Sebagai pemain penting dalam industri telekomunikasi yang menghasilkan pelbagai rangkaian produk pintar di pasaran, Samsung sentiasa dilihat sebagai salah satu jenama penanda aras di peringkat global.
Saban tahun mereka tidak pernah gagal mencuri perhatian dengan pengenalan peranti pintar mereka terutamanya menerusi siri Samsung Galaxy. Walaupun kepesatan dan persaingan menghasilkan inovasi dan teknologi terkini, Samsung dilihat sentiasa bersaing di hadapan dalam memberikan nilai terbaik kepada pengguna.
Kepelbagaian peranti yang diperkenalkan menerusi Samsung Galaxy menjadikannya bukan sahaja sebagai peranti tetapi mencipta sebuah ekosistem teknologi yang berkaliber.
Melihatkan kesungguhan itu, Samsung dilihat sebagai di antara jenama yang cukup digeruni dan dicemburui ramai. Seperti tahun-tahun terdahulu, Galaxy S dijangka akan menjadi tumpuan ramai terutamanya apabila diperkenalkan dalam masa terdekat.
Menurut Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience Business Samsung Electronics, pada tahun ini juga Galaxy S akan meneruskan legasi inovasi siri tersebut dengan pengenalan yang cukup mengagumkan.
“Itulah sebabnya sistem kamera gred pro kami semakin pintar, menawarkan foto dan video terbaik dalam sebarang cahaya di kalangan telefon pintar Galaxy kami.
“Bersama-sama dengan pengoptimuman perkakasan dan perisian, cipset terbaharu kami yang lahir daripada falsafah perkongsian terbuka Samsung membolehkan prestasi Galaxy terpantas dan paling berkuasa. Ketersambungan ekosistem kami juga semakin mudah dan lancar berbanding sebelum ini.
“Di bahagian atas siri Galaxy S ialah Galaxy S Ultra kami. Ia adalah produk yang boleh anda percayai untuk memberikan anda yang terbaik daripada yang terbaik dengan prestasi dan kualiti yang ditakrifkan semula.
“Kami menggabungkan sepenuhnya pengalaman Galaxy Note yang paling disukai ke dalam Ultra, merintis telefon pintar dengan kuasa, prestasi dan keupayaan kreatif dua inovasi Galaxy terkemuka dalam satu,” jelasnya lagi.
Selain itu Samsung juga meneruskan dedikasi terhadap mengurangkan kesan dan impak terhadap alam sekitar dengan strategi pemuliharaan terbaru bagi meneruskan kelestarian alam sekitar.
Awal Februari 2023, Samsung akan melancarkan acara ‘Unpacked’ yang eksklusif bagi memperkenalkan inovasi terbaharu mereka dan pastinya yang bakal mencuri perhatian ialah telefon pintar Galaxy S terbarunya.
Buat anda yang berminat menyaksikan ‘Galaxy Unpacked’bolehlah sertainya pada 2 Februari 2023 jam 2pagi waktu Malaysia. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi platform seperti YouTube Samsung Malaysia, laman sesawang rasmi Samsung, Facebook Samsung Malaysia dan Samsung Malaysia Newsroom.
Daftarkan minat anda untuk menerima e-baucar bernilai RM200 di sini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI