Dalam tempoh beberapa minggu ini banyak telah diperkatakan tentang perkembangan industri telefon pintar. Setiap pengeluar seperti tahun-tahun terdahulu berlumba-lumba memperkenalan peranti flagship terkini dengan segala macam ciri teknologi terbaik.

Namun tidak salah MASKULIN perkatakan di antara yang paling menarik perhatian ialah telefon pintar boleh lipat terbaru dari jenama gergasi Korea Selatan, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G. Setelah kita semua dipertontonkan pengenalan peranti ini beberapa minggu lalu menerusi acara eksklusif Samsung serta pelancarannya di Malaysia, kini ia bakal menembusi pasaran tempatan.

Penulis diberi kesempatan oleh Samsung Malaysia untuk mencuba sendiri menggunakan Galaxy Z Flip 3 dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Menerusi pandang pertama ketika memegangnya, Galaxy Z Flip 3 ternyata mempunyai lemen elegan serta premium.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Ketika beberapa pengeluar lain masih lagi tercari-cari atau membangunkan teknologi skrin boleh lipat, Samsung telah pun memperkenalkan generasi ketiga sama ada untuk model Fold atau Flip. Jika pertama kali diperkenalkan dahulu ramaiyang agak skeptikal namun dengan pengenalan Galaxy Z Flip 3 terbaru, ia telah menjadi di antara yang terbaik di pasaran.

Lebih menarik ia juga merupakan di antara telefon pintar boleh lipat yang paling murah di pasaran. Ikuti ulasan di bawah dari MASKULIN untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang Galaxy Z Flip 3.

REKAAN DAN KETAHANAN

Mungkin bagi ramai pengguna dan peminat telefon boleh lipat, salah satu perkara yang mungkin merisaukan ialah ketahanan skrin. Bagi model ini, Samsung ternyata tidak mengambil remeh akan isu ketahanan. Skrinnya kini lebih 80% lebih tahan lasak berbanding model sebelumnya pada Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Flip 5G.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Skrin luarannya menampilkan penggunaan Gorilla Glass Victus 1.9 inci sambil menyaksikan rangkanya dari bahan tahan lasak Armor Aluminum. Kedua-dua kombinasi tersebut memberikan ketahanan dari sebarang kesan calar.

Galaxy Z Flip 3 juga mempuntai ketahanan air dengan sokongan IPX8. Jadi tidak perlu risau jika ia mahu digunakan dalam kondisi basah. Cover display yang ditonjolkan kali ini lebih besar iaitu kira-kira empat kali ganda berbanding model terdahulu.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Dari segi variasi warna, Galaxy Z Flip 3 hadir dalam empat pilihan utama iaitu Cream, Greeb, Lavender dan Phantom. Manakala Samsung turut menawarkan tiga warna tambahan di laman sesawang mereka iaitu Gray, White dan Pink. Setiap satu warna yang ditawarkan menampilkan imej elegan, trendy serta mampu menarik perhatian massa.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Ads

Di antara penambahbaikan ketara pada model ini ialah sistem audionya yang lebih baik dengan sokongan speakers stereo. Dari segi saiz pula jika ia dilipat, ukurannya hanya 86.4 x 72.2 x 15.9 – 17.1 mm dengan berat hanya 183 gram menjadikannya sebagai telefon pintar paling mudah untuk disimpan dalam apa jua jenis poket.

PAPARAN SKRIN UTAMA

Faktor paparan skrin merupakan antara ciri-ciri yang sangat penting bagi pengguna serta peminat peranti pintar. Galaxy Z Flip 3 tidak mengecewakan apabila hadir dengan Skrin 6.7 inci Super AMOLED bersama kombinasi reolusi 2640 x 1080 serta kadar refresh 120Hz. Spesifikasi tersebut sahaja ternyata memberikan pengalaman paparan yang cukup hebat.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Menggunakan Galaxy Z Flip 3 walaupun melakukan skrol pantas ternyata tidak mengecewakan dengan kelancaran yang tersedia. Paparannya yang bersifat ‘lebih tinggi’ berbanding kebanyakan telefon pintar yang lain juga memberikan kepuasan berbeza. Pada bahagian ‘lipatan’ juga tidak menjejaskan pandangan walaupun mungkin perlu sedikit masa untuk membiasakan diri.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Apabila dilipat skir luaran atau cover display juga tidak mengecewakan. Skrin sesentuh bersaiz 19. inci tersebut mampu melakukan kawalan muzik, memeriksa cuaca dan juga sebagai paparan kamera untuk selfie. Hanya tekan butang power sebanyak dua kali, fungsi kamera terus dibuka.

Widget kegemaran mengikut kesesuaian juga boleh ditambah selain karakter animasi eksklusif mengikut personaliti anda masing-masing. Dengan kemampuan ini, menggunakan Galaxy Z Flip 3 menjadi lebih mudah dan tidak perlu dbiuka terlalu kerap.

KEMAMPUAN KAMERA

Bagaimana pula dengan kemampuan serta sokongan kamera yang ditawarkan Galaxy Z Flip 3? Secara keseluruhannya ia mampu memberikan kepuasan sama da untuk rakaman foto atau video. Malah Galaxy Z Flip 3 memberikan pengalaman baharu yang jauh berbeza bernading peranti lain kerana kemampuan boleh lipatnya.

Ads

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Pada bahagian belakangnya terpapar dua lenda kamera utama iaitu 12MP (f/1.8) wide-angle shooter dan 12MP (f/2.2) ultra wide. Kamera selfie pula hadir dengan spesifikasi 10MP dengan f/2.4 aperture bagi memberikan kualiti foto yang cukup membrangsangkan.

Boleh dikatakan ketiga-tiga kamera yang dilengkapi pada Galaxy Z Flip 3 memberikan kualiti imej serta rakaman video yang bail dalam pelbagai kondisi pengcahayaan. Prestasinya di bawah cahaya malap juga cukup memuaskan. Walapuun tidak hadir tanpa camera telephoto namun ia mampu melakukan zoom 2x dan 10x.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Pengalaman menggunakan kamera selfie dan luaran jadi lebih menarik kerana kemampuan boleh lipat. Lakukan lipatan separuh dan ia boleh diletakkan di atas permukaan dengan cukup mudah. Malah panggilan video juga tidak perlu lagi dipegang dan pergerakan juga jadi lebih bebas.

Berikut merupakan beberapa foto contoh menggunakan kamera berbeza yang diambil oleh penulis.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Kamera utama
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Zoom 2X
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Zoom 4x
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Zoom 10x
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Ultra wide
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Kamera selfie
Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Ultra wide selfie

Dari segi rakaman video pula Galaxy Z Flip 3 menyokong formatr resolusi 4K pada kadar 60 fps. Hasil rakamannya ternyata berkualiti tinggi dan cukup ‘smooth’ selain disokong sistem pentasbilan imej yang cukup baik.

Ads

SPESIFIKASI DALAMAN & BATERI

Pantas dan mantap. Dua perkataan tersebut mungkin sesuai dengan sokongan spesifikasi dalaman oleh pemproses Snapdragon 888 dan 8GB RAM menjadikan ia sebagai peranti sangat mantap. Menggunakan telefon ini untuk permainan video yang cukup intesif juga tidak ada sebarang masalah dengan sokongan refresh rate yang tinggi.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Malah dilaporkan bahawa Ga;axy Z Flip 3 mencatat muultiscore 2,984 oleh Geekbench. Penggunaan aplikasi yang ‘lebih’ berat seperti Adobe Premire Rush juga tidak memberikan banyak masalah walaupun saiz video yang besar.

Dari segi bateri pula ia menggunakan bateri 3,300 mAh. Sesuai dengan saiznya yang cukup kompak dan ringan pengunaan bateri pada saiz ini bolehlah dikatakan memuaskan.

Penggunaan yang normal menyaksikan betarinya mampu bertahan untuk sehari. Ia menyokong pengecasan 15W menyaksikan pengecasan penuh boleh dilakukan dalam tempoh kira-kira satu jam lebih.

FLEX MODE DAN PERISIAN

Galaxy Z Flip 3 tampil dengan sistem operasi Android 11 dengan One UI 3.1. Versi Android terkini memberikan penampilan lebih moden dan cukup mesra pengguna dengan beberapa tambahan bersesuaian kemampuan boleh lipat oleh Galaxy Z Flip 3.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Antaranya ialah Flex Mode yang menyaksikan kemampuan pengasingan skrin atau split screen. Seperti dinyatakan terdahulu, Galaxy Z Flip 3 boleh digunakan dalam keadaan separa lipat atau L-shape dengan pelbagai sokongan aplikasi. Sebagai contoh aplikasi YouTube menampilkan video pada bahagian atas manakalan di bawahnya pula info tambahan seperti komen dan sebagainya.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini

Secara keseluruhannya Galaxy Z Flip 3 merupakan sebuah peranti pintar yang cukup sesuai dgunakan buat anda yang ingin tampil elegan serta dalam pada masa yang sama mahukan kelainan. Pengalaman menggunakan telefon pintar boleh lipat ternyata berbeza dan lebih menyeronokkan.

Samsung Galaxy Flip 3 kini ditawarkan untuk pra-tempahan dan hadir dalam dua versi iaitu 128GB (RM3,999) dan 256GB (RM4,199) menerusi laman sesawang rasmi Samsung Malaysia.

Samsung Galaxy Z Flip 3 Review: Telefon Pintar Boleh Lipat Elegan Sarat Ciri Teknologi Terkini
Variasi warna Samsung Galay Z Flip 3 5G

RATING MASULIN: 4.5/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI