Seperti yang MASKULIN nyatakan dalam artikel ‘pandang pertama’ sebelum ini, Samsung Galaxy Tab S9 FE merupakan edisi yang sudah ‘trim’ menjadi sebuah pakej mampu milik khusus buat peminat setia jenama asal Korea Selatan ini. Namun adakah ia menjejaskan prestasi dan juga rupanya?
Selepas menggunakan Samsung Galaxy Tab S9 FE selama kira-kira dua minggu, perkara pertama MASKULIN boleh kongsikan ialah ia merupakan sebuah tab yang memenuhi jangkaan tinggi yang penulis letakkan pada awalnya. Mengapa MASKULIN berkata begitu?
Galaxy Tab S9 FE sesuai dengan bentuk itu dengan sempurna, menghasilkan tablet yang dapat melakukan segala sesuatu dengan baik dalam pembinaan yang unggul, yang mungkin kita semua perlukan.
Tidak dinafikan sejak peranti pintar segmen tablet diperkenalkan, Samsung telah menjadi di antara pemain utama di
dalam pasaran tablet Android dengan menyediakan pengalaman perkakasan dan perisian teratas.
Samsung Galaxy Tab S9 FE dilihat sebagai sebuah tablet yang sesuai sepenuhnya dalam kategori yang sama dengan menyampaikan pengalaman pengguna yang tinggi yang memenuhi keperluan pengguna bukan kuasa tinggi dengan harga yang lebih berpatutan.
Buat penggemar peranti pintar anda mungkin sudah tahu bahawa Samsung merupakan di antara pengeluar skrin sesentuh yang sangat berkualiti di dunia. Malah jenama lain juga turut meminjam kepakaran mereka dalam menyediakan paparan berkualiti tinggi.
Samsung Galaxy Tab S9 FE hadir dengan skrin sesentuh 10.9 inci dengan kadar refresh 90Hz. Tidak dinafikan walaupun panel TFT LCD mungkin kurang dalam prestasi cahaya hitam berbanding OLED, namun prestasinya masih memadai untuk kegunaan kasual harian.
Ads
Adakah MASKULIN lebih suka paparan AMOLED? Sudah semestinya. Namun perluingat ia akan hadir dengan harga yang jauh lebih tinggi.
REKAAN
Jika mengikuti susur galur kepelbagaian tablet-tablet Galaxy, kita boleh dapati bahawa ia telah berkembang dengan kadar cukup menakjubkan terutamanya dari segi rekaan.
Galaxy Tab S9 FE mengambil reka bentuk yang sama seperti Tab S9 yang menjadi asasnya dan hampir tidak mengubah apa-apa.
Binaan keseluruhan luaran badannya ‘disaluti’ rangka aluminium. Warna kelabu tampil menonjol dengan memberikan profil ramping kepada Tab S9 FE. Pada bahagian tepinya pula ia tidaklah runcing dan disokong dengan , jalur antena yang melintasi tepi belakang memberikan siluet lebih menarik.
Ads
Di bahagian atas terdapat pelaras bunyi dan butang ‘power’ disokong ciri-ciri sensor cap jari, serta kawasan magnet untuk S Pen yang disertakan. Kedua-dua sisi peranti ini dilengkapi dengan pembesar suara, manakala bahagian kanan mempunyai port USB-C.
PRESTASI
Galaxy Tab S9 FE beroperasi dengan menggunakan ‘user interfcae’ (UI) One UI 5 berdasarkan Android 13. Secara keseluruhannya, MASKULIN berpendapat One UI 5 menawarkan pengalaman skrin besar yang hebat dan baik untuk peranti ini.
Sebenarnya tiada banyak perbezaan di antara One UI ini pada telefon Galaxy Samsung. Jika diperhatikan ia mempunyai halaman tetapan yang sama, panel Quick Setting dan sistem notifications yang lebih kurang serupa.
Tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa antara muka One UI Samsung sesuai dengan tablet lebih baik daripada telefonnya. Ini kerana ketika menggunakannya terasa ia sangat mudah untuk dinavigasi dan multitasks juga cukup mudah untuk diaplikasikan.
Galaxy Tab S9 FE hadir dalam konfigurasi RAM 6 GB/8 GB dengan pilihan penyimpanan 128 GB atau 256 GB. Ia dipadankan dengan pemproses Exynos 1380, yang bukan sesuatu yang biasa anda jumpai dalam tablet gred tinggi, tetapi ia dapat menyelesaikan tugas dengan baik.
Ads
BATERI
Salah satu aspek yang cukup kritikal bagi pengguna terutamanya di Malaysia ialah ketahanan bateri, Untuk Galaxy Tab S9 FE ia dibekalkan dengan bateri 8,000 mAh, berserta teknologi cas pantas.
Selain itu ia turut menawarkan ketahanan agak mengagumkan dengan memberikan penggunaan skrin di antara 7 hingga 8 jam dalam satui pengecasan penuh.
Walaupun tiada palam pengecas yang tersedia namun Galaxy Tab S9 FE menyokong palam pengecas pantas Samsung 45W. Untuk pilihan lain anda boleh gunakan pengecas pantas yang mempunyai jumlah Watts yang sama bagi keselesaan penggunaan kasual.
Secara keseluruhannya MASKULIN dapati Galaxy Tab S9 FE merupakan satu peranti yang membawa nilai wang yang cukup baik.
Walaupun hadir dengan paparan LCD, Samsung berjaya menjadikan versi Fan Edition ini dengan pengurangan minima dan menawarkan peranti yang berfungsi dengan baik bagi kebanyakan pengguna.
RATING MASKULIN: 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada zaman serba moden ini, telefon pintar telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita.
Dari menjawab mesej hingga menggulir media sosial, telefon hampir tidak pernah berpisah daripada tangan kita bahkan ketika tidur.
Namun, tahukah anda bahawa tidur dengan telefon boleh membawa risiko yang memudaratkan kesihatan?
Foto : eCentral.my
Gangguan Tidur
Cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin telefon boleh mengganggu penghasilan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu anda tidur dengan nyenyak.
Jika anda kerap menggunakan telefon sebelum tidur, otak anda akan terus aktif dan sukar untuk memasuki fasa tidur yang berkualiti.
Ini boleh menyebabkan gangguan tidur seperti insomnia dan keletihan kronik.
Peningkatan Risiko Kesihatan
Kajian menunjukkan bahawa radiasi elektromagnetik yang dipancarkan oleh telefon pintar boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan jika ia terlalu dekat dengan badan untuk tempoh masa yang lama.
Walaupun risikonya rendah, terdapat kebimbangan bahawa pendedahan berterusan mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi dan gangguan sistem saraf.
Kebakaran Telefon
Meletakkan telefon di bawah bantal atau terlalu dekat dengan tilam ketika dicas boleh menyebabkan telefon menjadi terlalu panas.
Ini boleh meningkatkan risiko letupan atau kebakaran, terutama jika anda menggunakan kabel atau pengecas yang tidak berkualiti.
Kejadian seperti ini mungkin jarang berlaku, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil.
Ketagihan Telefon
Tidur dengan telefon berdekatan boleh menyebabkan anda sukar untuk melepaskan diri daripada peranti tersebut.
Anda mungkin tergoda untuk memeriksa notifikasi atau menggulir media sosial sehingga lewat malam, yang akhirnya mengganggu waktu tidur anda.
Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan ketagihan digital yang menjejaskan kesihatan mental.
Bahaya Keselamatan Fizikal
Meletakkan telefon terlalu dekat dengan wajah anda ketika tidur boleh menjadi berbahaya secara fizikal.
Contohnya, telefon yang jatuh secara tiba-tiba boleh mencederakan wajah atau kepala anda.
Untuk mengelakkan bahaya ini, berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda amalkan:
Jauhkan Telefon dari Katil: Letakkan telefon anda di meja sisi atau tempat yang lebih jauh dari katil.
Aktifkan Mod Malam: Gunakan mod malam untuk mengurangkan cahaya biru daripada skrin telefon.
Elakkan Menggunakan Telefon Sebelum Tidur: Cuba jauhkan telefon sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur.
Gunakan Jam Penggera Tradisional: Gantikan fungsi jam penggera pada telefon dengan jam penggera biasa untuk mengurangkan kebergantungan pada telefon.
Gunakan Pengecas Berkualiti: Pastikan anda menggunakan pengecas dan kabel yang berkualiti tinggi untuk mengelakkan risiko kebakaran.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Dalam memilih smartwatch terbaik untuk senaman dan aktiviti kecergasan terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.
Ia bagi memastikan smartwatch atau jam pintar yang ingin dibeli memenuhi keperluan kecergasan anda dengan efektif.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa cara memilih smartwatch terbaik yang sesuai untuk aktiviti senaman dan juga kecergasan harian anda.
Ciri-Ciri Pengesanan Kecergasan
Jam tangan pintar yang baik untuk kecergasan seharusnya dilengkapi dengan ciri-ciri yang dapat mengukur kadar jantung, langkah yang diambil, kalori yang dibakardan kualiti tidur dengan tepat.
Jadi memilih smartwatch terbaik perlu memiliki GPS untuk mengesan atau merekodkan data larian, sesi berbasikal dan ia harus ada ciri-ciri menarik seperti kalis air khususnya jika anda gemar melakukan aktiviti air.
Hayat Bateri
Salah satu faktor penting memilih smartwatch terbaik ialah memiliki tempoh hayat bateri panjang sehingga dapat bertahan beberapa hari dengan sekali cas, walaupun ia digunakan secara kerap.
Jam tangan yang sering perlu dicaj boleh mengganggu rutin latihan anda, jadi sangat penting untuk memilih yang tahan lama.
Keserasian
Pastikan jam tangan pintar yang dipilih serasi dengan smartphone anda. Misalnya, pengguna iPhone mungkin lebih memilih Apple Watch untuk koneksi yang mulus, manakala pengguna Android memiliki pilihan seperti Huawei Watch GT 4 yang serasi dengan peranti mereka.
Paparan dan Antara Muka Pengguna
Kualitas paparan dan kesederhanaan antara muka pengguna sangat mempengaruhi pengalaman pemakaian. Pilih jam tangan yang memiliki paparan berkualitas tinggi dan kontrol yang mudah digunakan agar data kecergasan mudah dilihat dan fungsi mudah dinavigasi.
Harga
Walaupun jam tangan pintar premium menawarkan ciri-ciri terbaik, mereka juga datang dengan harga yang tinggi. Namun, banyak pilihan yang lebih mampu milik yang masih menyediakan ciri-ciri penting untuk mengesani kemajuan kecergasan anda. Tetapkan anggaran yang sesuai dengan keperluan dan preferensi anda.
Jam tangan pintar seperti Gamrin Forerunner 265 merupakan satu pilihan yang bagus, dengan ciri-ciri pengesanan kecergasan yang maju, hayat bateri yang panjang, dan serasi dengan mana-mana telefon pintar.
Ia juga memiliki reka bentuk yang sofistikasi dan antaramuka pengguna yang memudahkan penggunaan, menjadikannya pilihan yang ideal untuk peminat kecergasan.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat membuat pilihan yang tepat untuk menemani dan meningkatkan rutin kecergasan anda, sambil tetap terhubung dan motivasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Nama MCKK baru-baru ini menjadi bualan dek kes buli yang berlaku. Namun tahukah anda? Sekolah yang pernah digelar Eton of The East ini banyak melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini antara mereka yang popular dan berjaya. #Maskulin#LelakiMaskulin#MCKK♬ The Champion – Lux-Inspira
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.