Sempena dengan kemunculan filem epik pada bulan hadapan, ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ (SWTROS) pelbagai jenama mengambil kesempatan melakukan kolaborasi istimewa.
Samsung juga tidak ketinggalan turut serta meraikan kemunculan filem hebat ini dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Note10+ Star Wars Edition. Rekaan luarannya diinspirasikan daripada watak antagonis, Kylo Ren.
Bagi meraikan filem terakhir daripada filem saga ini, telefon pintar Samsung ini didatangkan dengan sarung eksklusif, S-Pen berbentuk seperti lightsaber, badge item edisi khas dan sepasang Samsung Galaxy Buds yang hadir dengan warna dan tema sama.
BACA: Menggunakan Telefon Pintar Lebih 5 Jam Sehari Boleh Jadi Punca Obesiti
Dengan warna dominan hitam dan merah, ia membawa sentuhan karakter Kylo Ren memberikan homage terbaik kepada karakter anti-hero terkenal. Pada bahagian belakang pula logo Star Wars jelas kelihatan dibawah insignia First Order dari Kylo Ren.
Selain itu, ia juga lengkap dengan pelbagai feature digital yang eksklusif seperti wallpaper, animasi shutdown, ikon dan bunyian dari filem Star Wars yang pasti memberikan nostalgia tersendiri kepada peminatnya.
Keluaran khas ini dijangka dipasarkan dalam kuantiti yang terhad dan bakal menjadi rebutan ramai.