Pengenalan siri Samsung Galaxy bagi kategori pertengahan yang dipersembahkan oleh Samsung minggu lalu menyaksikan mereka menampilkan tiga model terkini.

Tampil dengan Samsung Galaxy A72, Galaxy A52 dan A32, pengeluar dari Korea Selatan ini dilihat ingin membuktikan kepada pengguna bahawa siri ‘awesome’ seperti dilaungkan mereka ini mampu menandingi model-model flagship yang lebih mahal.

Samsung A72 menjadi tumpuan utama dengan beberapa pembaharuan serta pengenalan ciri-ciri baharu yang bukan sahaja boleh memberikan kepuasan maksima tetapi pengalaman menggunakan telefon pintar dengan lebih dinamik.

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Samsung Galaxy A72

Mengambil alih model terdahulu iaitu A71, model Galaxy A72 yang ditampilkan kali ini hadir dengan harga cukup kompetitif. Pada harga RM1899, ia dilihat sebagai antara telefon pintar yang cukup membawa nilai berpatutan untuk pengguna yang mahukan telefon pintar versatil.

Menggunakan Galaxy A72 selama lebih seminggu memberikan perspektif yang menarik kepada penulis kepada peranti terkini dari Sasmsung ini.

SPESIFIKASI

Dari segi spesifikasi asasnya, Galaxy A72 menepati ramalan apabila menawarkan perkakasan dalaman yang cukup baik. Menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 720G, ia merupakan penambahbaikan daripada model terdahulu. Dengan memori RAM 8GB, penggunaan kasual juga dapat dilakukan dengan begitu lancar.

Buat penggemar fotografi dan videografi, jumlah storan dalaman yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda dengan 256GB. Dari segi sokongan rangkaian pula, Galaxy A72 menyokong rangkaian LTE dan juga 5G. Manakala untuk kad SIM pula ia turut membenarkan pengguna untuk penggunaan Hybrid Dual Nano-SIM.

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

REKAAN

Memegang Galaxy A72 buat kali pertama menghadirkan rasa premium. Ia cukup kemas dipegang dan memberikan sensasi bahawa ia bukanlah calang-calang peranti yang diperkenalkan oleh Samsung. Penulis diberikan Galaxy A72 berwarna Awesome Blue, yang secara peribadinya merupakan warna terbaik untuk siri Galaxy A72.

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Variasi warna pilihan Samsung Galaxy A72

Tiga warna lain yang turut ditawarkan pada model Galaxy A72 ialah Awesome Black, Awesome Violet dan Awesome White. Menariknya, model terbaru ini hadir dengan rekaan ‘backplate’. Pendekataan menggunakan material seperti plastik memberikan sensasi berbeza berbanding glass backs. Namun pendekatan ini tidaklah bermakna ia tidak sedap dipegang.

IKLAN

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

Komposisi bahagian atas di sebelah kiri di bahagian belakang menyaksikan terletaknya himpunan lensa kamera. Ia kelihatan seamless dan ‘sebati’ dengan bahagian badan utamanya. Seolah kesemua kaemra tersebut terpacul dengan sempurna.

Pada bahagian sisi sebelah kiri tidak terdapat apa-apa slot atau ruang terbuka. Ini kerana slot atau tray kad SIM diletakkan di bahagian atas. Manakala di bahagian kanan pula kita boleh dapati butang power dan juga kawalan volume.

Pada bahagian bawah pula diletakkan USB-C charging port, gril speaker dan juga audio jack 3.5mm. Jadi buat anda yang masih menggunakan headphone atau earphone menggunakan sambungan berwayar, usah risau Galaxy A72 memberikan anda peluang itu.

Bahagan hadapan pula terhias skrin sesentuh 6.7 inci Full HD+ dengan kali ini hadir dengan kadar refresh rate lebih baik. Bermakna penggunaan lebih lancar dan tidak tersekat-sekat. Di bahagian atas oula terdapat ‘punch hole’ meletakkan kamera hadapan yang tidaklah terlalu menggangu perhatian semasa menggunakannya.

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

IKLAN

Galaxy A72 juga hadir dengan IP rating yang sangat baik. Dengan rating 1P67, yang dianggap sebagai antara terbaik di kalangan peranti pintar menjadikan Galaxy A72 setanding dengan telefon pintar flagship yang lain.

Secara keseluruhannya rekaan serta spesifikasi Galaxy A72 memberikan nilai kepuasan yang bertepatan dengan harga serta jangkaan daripada penulis. Dari segi fizikal pula, tumpuan pasti terletak pada rekaan belakangnya yang lebih unik dan menonjol berbanding model-model terdahulu.

KAMERA

Ketika pengumuman dilakukan Samsung untuk model ini, di antara aspek yang diberikan penekanan cukup terperinci ialah kemampuan kameranya.

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

Untuk Galaxy A72 secara keseluruhannya ia mempunyai 4 lensa kamera. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah macro lens. Walau bagaimanapun prestasi macro lens untuk telefon ini bolehlah dikatakan sebagai memuaskan. Ia mampu menghasilkan foto yang menarik cuma tidaklah terlalu terperinci seperti dihasilkan kamera digital.

IKLAN
Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Macro lens

Namun begitu, pengguna boleh menarik nafas lega dengan kemampuan wide, telephoto dan juga ultrawide lens yang memberikan kemampuan sangat baik. Ia juga hadir dengan kemampuan 30x Space Zoom.

Selain itu, kamera Galaxy A72 juga dilengkapi dengan sistem Optical Image Stabilisation (OIS). Jadi usah risau jika tangan menggeletar ketika merakamkan foto kerana ia akan membantu memberikan kestabilan ketika rakaman. Walaupun ia tidaklah mencapai tahap kamera terbaik di pasaran namun seleksi yang ditawarkan oleh Galaxy A72 cukup memuaskan.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA SAMPEL GAMBAR DARI GALAXY A72

Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Zoom 1X
Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Zoom 3X
Samsung Galaxy A72 Review, Kemampuannya Tandingi Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran
Ultra-Wide Zoom

BATERI

Aspek yang cukup penting di kalangan majoriti pengguna sekarang ialah ketahanan baterinya. Galaxy A72 hadir dengan bateri 5000mAh, saiz yang cukup besar dan tahan lama. Menggunakan telefon ini secara konsisten setiap hari dengan pelbagai aplikasi laman media sosial ia mampu bertahan sekurang-kurangnya dua hari.

Manakala untuk pengecasan semula pulatidak mengambil masa terlalu lama dengan kurang satu jam untuk bateri penuh. Bagi penggemar permainan video pula tidaklah perlu khuatir dan gusar. Penggunaan yang ‘hardcore’ atau lama menggunakan Galaxy A72 tidak akan menjejaskan pengalaman anda.

RATING KESELURUHAN

Usah membandingkan telefon Galaxy A72 dengan model flagship yang lain tetapi bandingkannya dengan model-model jenama pesaing dalam kategori sama. Untuk itu, Galaxy A72 mencapai prestasi yang sangat baik.

Hadir dengan harga yang cukup kompetitif dan mampu milik, Galaxy A72 mampu memberikan kepuasan buat pengguna versatil yang mahukan peranti serba boleh.

Untuk mendapatkan makulmat lebih lanjut anda boleh lawati laman sesawang rasmi Samsung di sini.

Rating MASKULIN: 4/5

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI