telefon samsung pintar
Foto: LetsGoDigital

Perlumbaan memperkenalkan teknolog paling hebat di dalam industri pembikinan telefon pintar seakan tiada penghujungnya. Saban tahun ada sahaja inovasi baharu yang diketengahkan. Malah ada teknologi yang diperkenalkan tidak pernah terfikir oleh kita. Antara pemain utama yang sering menerajui industri ini ialah Samsung.

Selepas baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat seperti Samsung Z Flip dan Z Fold 2, kali ini Samsung melangkah ke arah rancangan serta merealisasikan idea yang cukup luar biasa.

Memetik laporan dari LetsGoDigital, Samsung telah mempatenkan rekaan telefon pintar dengan 100 peratus skrin. Apa yang lebih menarik bingkainya juga tidak kelihatan walaupun di bahagian bawah dan atas.

Foto: LetsGoDigital

Ia dilihat sebagai sebuah rekaan progresif dan membuka pelbagai inovasi di masa akan datang. Dipatenkan di bawah nama ‘peranti elektronik’ pada bulan Julai lalu di United States Patent and Trademark Office, Samsung menzahirkan lakaran rekaan dengan display yang meliputi keseluruhan bahagian hadapan dan belakang.

IKLAN

CIRI KEMERA SLIDE

Paduan paparan hadapan dan belakang ini sekali gus bakal memberikan pengalaman menggunakan telefon pintar dengan cara lebih berbeza dan menarik.

Telefon pintar ini juga dilaporkan bakal dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED dan LCD dengan paparan semi-display di bahagian tepi.

samsung cipta telefon pintar
Foto: LetsGoDigital

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri slide kamera. Ini di mana pengguna hanya perlu menolak telefon pintar ke atas atau bawah untuk menggunakannya.

Rekaan foto rendering beriktu dihasilkan oleh pereka LetsGoDigital berdasarkan lakaran daripada fail paten di Amerika Syarikat.

Ini merupakan satu lagi perkembangan yang bakal memberikan penglaman menggunakan telefon pintar yang jauh lebih berbeza.

Kredit: LetsGoDigital