Satu demi satu jenama gergasi dunia tampil ke hadapan menawarkan kepakara serta sumbangan mereka kepada frontlines di seluruh dunia. Sebagai tanggungjawab sosial, Samsung turut serta melakukan perkara yang sama di United Kingdom.
Menurut laporan BBC, Samsung akan mendermanakn kira-kira 2,000 unit telefon pintar Galaxy XCOver4 kepada National Health Service (NHS) UK di Nightingale Hospital.
Skrin sesentuh telefon pintar Galaxy XCover 4 mempunyai kemampuan untuk digunakan ketika petugas perubatan memakai sarung tangan. Jadi ia secara tidak langsung memudahkan mereka berhubung dan melakukan tugasan tanpa perlu membuka sarung tangan ketika bertugas.
Samsung juga dilaporkan turut menyumbang mesin nyahkuman UV telefon pintar bagi membendung penularan wabak COVID-19 di hospital.
Jelas Samsung, “Petugas perubatan bekerja tanpa henti setiap hari untuk melindungi negera mereka jadi inilah masa yang sesuai untuk Samsung memberikan bantuan sepatutnya”.
“Walaupun bantuan ini tidaklah sebesar mana namun pihak kami berharap ia mampu memberikan sedikit kelegaan kepada frontlines dalam melakukan tugas pada waktu yang cukup sukar ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Samsung UK & Ireland, Francis Chun.
Pihaknya juga menyediakan khidmat pembaikan telefon pintar dari rumah ke rumah menerusi WeFix dan juga saluran sokongan.