Dedikasi besar seorang pelakon untuk menjayakan watak lakonan yang dipertanggungjawabkan kepadanya merupakan satu indikasi positif bahawa ia sebuah filem berkualiti.

Itulah yang yang dibuktikan oleh Hairul Hazreen yang berkongsi pengalaman getirnya mempersiapkan diri untuk berlakon di dalam filem ‘Wira’.

Menariknya, ‘Wira’ sebuah filem yang diarahkan oleh Adrian Teh, pengarah yang menghasilkan filem blockbuster sebelum ini iaitu ‘Paskal’.

 

View this post on Instagram

 

Definitely, Filem 👏🏻 Penuh 👏🏻 Aksi 👏🏻 Nantikan WIRA, akan datang 21 November ini! 👊🏻👊🏻 #WIRA2019 #actionmovie

A post shared by WIRA (@wira_2019) on

Difahamkan filem ‘Wira’ yang dihasilkan dengan bajet sebanyak RM8 juta ini menonjolkan kisah kekeluargaan dan aksi MMA.

IKLAN

Dari pemerhatian MASKULIN, Hairul Azreen bekerja keras memastikan kondisi fizikalnya berada pada tahap terbaik. Malah dia turut mendapat latihan daripada jurulatih peribadi yang juga atlet MMA terkenal, Theebaan. G.

IKLAN

Menerusi perkongsian di Instagram Hairul berkata, “Kami cuma harap korg semua support beli tiket utk filem aksi fighting ni, tapi benda yang paling susah adalah shoot 1 shot 1 take dari level 4 sampai bawah. Sampai 3 ligament saya koyak. Guys Wira 21 November ni ok!”

Kecederaan tersebut berlaku semasa Hairul melakukan aksi lagak ngeri terjun dari tingkat dua sebuah bangunan.

IKLAN

Dua perkongsian video di belakang tabir filem ‘Wira’ dikongsi oleh Hairul dan memaparkan pelbagai aksi cabaran fizikal yang rumit dan mencabar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WIRA (@wira_2019) on

Produksi filem ini juga mendapatkan khidmat daripada pakar lahak ngeri terkenal antarabangsa berasal dari Indonesia iaitu Yayan Ruhian. Selain itu ‘Wira’ turut menampilkan Fify Azmi, bekas finalis Dewi Remaja 2014/15.

Bagi peminat filem aksi nama Yayan pasti tidak asing kerana dia merupakan pelakon filem ‘The Raid’ dan melakukan kemunculan dalam ‘John Wick 3’.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI