“Sampah Sangat Ke Skrip Drama Melayu?” Ini Luahan Seorang Penulis Skrip Drama

Share

Sudah menjadi resam dalam jiwa seorang artis untuk menjiwai watak lakonan yang diberikan kepada mereka. Sebuah filem dan drama yang Hit tentunya memerlukan kekuatan skrip dan lakonan barisan pelakon yang handal. Bukan mudah untuk menaikkan sebuah drama,  lakon layar memainkan peranan penting dalam memikat selera penonton untuk melekat di hadapan televisyen. Namun, netizen banyak menyatakan bahawa drama melayu berbentuk ‘sampah’ dan tidak seperti drama barat yang lebih kepada realitii dan kelainan dalam setiap drama yang keluar di kaca tv.

Baru-baru ini perang di media sosial apabila ketidakpuashatian seorang selebriti tanah air tentang skrip drama melayu yang dianggap tidak begitu mencabar kreadibiliti beliau sebagai anak seni. Aiman Hakim Redza yang sebenarnya lama menyepi meluahkan rasa kesal beliau dengan drama melayu yang tidak mempunyai skrip yang kuat serta cliché.

 

 

Berikutan dari insiden tersebut, penulis skrip komedi ini meluahkan rasa beliau di laman FB menerusi statusnya. Dia menyatakan bahawa drama melayu yang lebih kepada elemen drama seperti perbezaan cinta antara dua darjat, berebut jawatan CEO dan projek berjuta-juta. Baginya, ketika dia menulis, bayangan wajah lelaki kacak langsung tidak bermain di dalam fikirannya. Untuk skrip komedi, dia sering membayangkan wajah pelawak-pelawak Malaysia menyebut semua ayat yang ditulis olehnya.

 

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Malaysia sudah basi dengan drama-drama yang bercirikan cinta antara dua darjat mahupun perkahwinan secara paksa oleh keluarga.  Mungkin dari mata Aiman, dia inginkan skrip yang lebih mencabar keupayaannya sebagai pelakon. Namun, sebelum anda mengecam kes seperti ini, anda harus ingat, drama tv ditonton oleh mak cik- mak cik, drama sebegini sesuai untuk mereka. Remaja lelaki dan orang dewasa lebih gemar menonton drama Korea ataupun Tv Series barat.Jika anda perhatikan tv series barat juga ada cliché mereka tersendiri (bercinta dengan kawan A, kawan B rampas, Kawan C bercinta dengan kawan A) pusing-pusing perkara yang sama. Dalam konteks drama Korea pula pasti akan ada cinta tiga segi. Episod 10-12 bercinta, putus Episod 14-15, jumpa balik lagi 10 minit cerita nak habis! Drama Hindi lagi mengarut! 500 episod tapi ulang benda yang sama! Drama Indonesia? anda pun tahu bagaimana drama tersebut kan? Jadi jika anda nak mengatakan drama melayu cliché tak ada perkembangan, tengok drama luar negara, bandingkan. Konklusinya, mana-mana negara pun mempunyai cliché mereka tersediri. Drama berbentuk santai yang diterapkan dalam negara masih diterima masyarakat, mengapa perlu kita persoalkan? Lagipun anda punya pilihan untuk menonton kan? Kalau rasa tak nak tengok, tukar siaran lain.

Akhir kata skrip yang baik dan produksi mantap tapi lakonan kayu pun tidak boleh menjadikan sebuah drama itu Berjaya!

 

Published by
Maiya Deen