Sakitnya mata bila tengok lengan berlemak dan menggelebeh. Lebih memburukkan penampilan apabila anda sarungkan t-shirt atau kemeja lengan pendek, nampak bergayut-gayut lemak di lengan.
Bagaimana nak sadokan lengan dan mengatasi lengan berlemak serta menggelebeh ini? Perkongsian dari laman web Coach Tengku Asmadi boleh membantu anda mendapatkan lengan mantap sekali gus membuang lemak-lemak degil itu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba!
Antara lemak yang paling sukar untuk dihapuskan adalah di kawasan sekitar lengan. Kali ini saya kongsikan 8 tips kecilkan lengan berlemak agar dapat body macam supermodel itu pun kalau buat apa tips saya beri ?
Cuba anda bayangkan apabila baju baru yang anda beli itu tidak dapat digayakan dengan sempurna dek kerana lengan yang besar. Badan saiz M tetapi lengan pula bersaiz L. Masalah bukan?
Oleh itu, ini saya sediakan tips ringkas bagaimana anda boleh hapuskan lemak di lengan secara efisien.
1. Kawal kalori anda
Untuk mengecilkan lengan, anda harus tahu saiz pengambilan kalori yang sepatutnya. Cuba kira kuantiti kalori yang anda ambil. Bagaimanapun, fokus kepada kualiti makanan dan bukannya kepada kuantiti makanan. Mengurangkan lemak di lengan sebenarnya lebih mudah berbanding di bahagian badan yang lain seperti perut dan pinggul. Amalkan diet sihat okay?
Tahukah anda bahawa 70% bahagian lengan adalah terdiri daripada air? Dan selebihnya adalah otot. Jika anda mahu mengurangkan lemak di lengan, anda harus tahu mengawal kadar pengambilan air dan hidrasi badan anda. Anda harus minum 8 hingga 12 gelas air sehari kerana dengan meminum air cukup, anda sebenarnya dapat mengeluarkan toksin daripada badan.
Bersenamlah. Ada pelbagai jenis senaman lengan yang boleh anda lakukan. Pastikan anda lakukan senaman yang bersesuaian dengan jantina anda. Kebiasaannya senaman yang anda boleh lakukan adalah dengan mengangkat botol mineral yang size 500ml ke atas dan lakukan secara berulang, bermula dengan kiraan 10 dahulu dan tambah bila dah selesa. Buat kedua-dua belah lengan kalau buat satu aje kan lain pulak sado sebelah ?
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, kawal cara pemakanan anda. Cuba ambil makanan yang mempunyai zat protein (ikan, daging yang tidak berminyak) serta karbohidrat (sayuran dan buah-buahan).
Siapa kata anda tidak akan ada masa untuk lakukan senaman jika masa anda hanya tertumpu untuk berada di pejabat? Meskipun anda duduk di meja pejabat sepanjang hari, sekali-sekala, lakukanlah regangan lengan. Setidak-tidaknya, ia dapat menghapuskan lemak lengan anda. Jangan malas untuk menggerakkan lengan anda! Dalam masa yang sama, ia turut bisa melancarkan aliran darah ke seluruh badan.
Tahukah anda jika anda menari selama 30 minit sehari anda sebenarnya dapat menghapuskan lemak di lengan? Menari dapat penggalakkan pergerakkan lengan anda tanpa anda sedari, bahkan ia juga tidak menyakitkan kerana anda sedang berseronok kala melakukannya ?
Ada pakar senaman yang berpendapat bahawa kaedah senaman lompatan “jumping jack” ini dapat menghapuskan lemak di lengan. Dalam masa yang sama, senaman lompatan ini turut bisa menguatkan otot-otot di badan.
Kedua-dua perbuatan atau senaman ini sememangnya memerlukan pergerakan tangan. Tekanan yang diberikan kepada bahagian tangan, lengan dan bahu secara tidak langsung bisa merangsang pembakaran lemak.
Jadi, apa anda tunggu lagi? Manfaat kesemua langkah ini untuk buang lemak berlebihan di bahagian lengan. Say no more to flabby arms! Tetapi harus diingatkan supaya anda perlu rajin. Jangan malas lakukan senaman serta tahan nafsu daripada makan makanan berkalori penuh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang benar-benar berperwatakan lelaki. Dari segi penampilan, dia berbadan sasa dan berfikiran matang.
Bila Bermula
Saya bermula dalam industri bina badan ini sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Ketika saya berumur 17 tahun , saya sudah berjinak-jinak dalam pertandingan bina badan peringkat junior. Pertandingan pertama saya ialah Mr Kuala Lumpur dan sejak itu minat saya dalam aktiviti bina badan makin mendalam sehingga lah sekarang.
Rutin Harian
Jika ada pertandingan, saya akan melewati gimnasium sebanyak enam kali seminggu. Ini semua dilakukan untuk persediaan saya menghadapi sesebuah pertandingan. Kalau rutin harian biasa saya, selalunya 4-5 hari seminggu.
Inspirasi dan Idola
Ketika saya di zaman sekolah menengah, saya seorang yang kurus. Justeru saya mendapat inspirasi untuk membina badan ketika saya melihat David Kimmerle. Dia seorang ahli bina badan merangkap seorang peragawan. Saya mahu menjadi seperti dia.
Tip dan Nasihat
Tip saya mudah, perkara pertama yang perlu diterapkan jika mahu membina badan adalah displin. Bila kita berdisplin, kita boleh melaksanakan banyak perkara yang berkaitan bina badan. Displin juga mengajar kita supaya menjaga perihal pemakanan. Segala latihan dan training akan lebih bersemangat. Akhir sekali, nasihat saya , gunalah dan manfaatkan kecergasan dan badan kita ke arah perkara positif.
Perancangan akan datang
Saya mahu maju membina badan sehingga saya dikenali dan diangkat sebagai idola seseorang. Saya juga mahu membuka gimnasium saya sendiri dan mengajar ilmu saya dalam bidang ini kepada semua orang yang memiliki semangat yang sama dengan saya.
Tun Mahathir pada kacamata Generasi Y
Sebagai Generasi Y itu sendiri, saya melihat cara kepimpinan Tun Mahathir lebih teratur. Cara pemikiran beliau juga tidak sama sekali dengan orang lain. Maksudnya, Tun Mahathir melihat sesuatu menjangkaui masa. Dia seorang yang idealistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang ada masalah mudah stres dan ada berdepan tekanan darah tinggi, melakukan senaman merupakan satu aktiviti yang ada cabaran tersendiri.
Seperti mana yang kita tahu sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’. Jadi anda perlu tahu beberapa jenis workout yang selamat untuk dilakukan.
Tekanan darah tinggi boleh membawa komplikasi serius apabila berlakunya serangan strok. Lebih malang ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal.
Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera. Usaha dengan cara terbaik untuk turunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan bersenam.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah.
Dikhuatiri jika anda mengikuti membuatnya membuta tuli, ia boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
JENIS LATIHAN TERBAIK
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga workout asas yang sesuai. Antaranya ialah;
Kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Kekuatan membina otot
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan badan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah sakit lutut boleh menyerang sesiapa sahaja. Di kalangan pakar orthopedik mengatakan, masalah sakit lutut tidak hanya berlaku pada golongan tua sahaja kerana orang muda juga boleh mengalaminya.
Bahkan tidak mustahil untuk golongan muda antara usia 17 hingga 30 tahun mengalami masalah sakit lutut ini sehingga ada juga yang terpaksa dibedah.
Antara penyebab masalah sakit lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau adanya ketumbuhan pada lutut.
1. Elak berdiri tegak sepanjang masa. Sekali-sekala bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki untuk menyeimbangkan bebanan berat badan anda.
2. Pastikan kaki dan lutut berada dalam keadaan yang selesa setiap kali anda duduk. Ubah cara duduk dan baring sekiranya anda rasa tidak selesa ketika itu.
3. Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.
4. Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya anda dapat melakukan tugas dengan selesa.
5. Elak berada dalam posisi yang sama lebih daripada 30 minit. Ubah posisi duduk atau baring anda sekali-sekala.
6. Sekiranya anda alami sakit lutut, jangan berjalan jauh kerana ia akan memburukkan lagi keadaan lutut anda.
7. Balut dengan bandage atau gunakan pembalut jenis sarung sekiranya lutut anda sakit. Cara ini dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan tisu di sekitar lutut.
8. Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang anda lakukan sekiranya sakit lutut. Ini bermaksud otot-otot lutut anda memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban.
9. Tuamkan bahagian yang sakit dengan ais batu yang diletakkan dalam tuala untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Manakala tuam menggunakan air panas pula boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
10. Pastikan anda mengawal berat badan dengan mengamalkan diet sihat kerana bebanan berat boleh memberi tekanan pada otot lutut.
Lutut dan kaki tentu sekali akan berasa haus apabila digunakan pada kadar yang maksimum terutamanya sekiranya anda seorang atlet.
Ini kerana mereka bersenam dan berlatih dengan kerap sehingga menyebabkan ketegangan pada tisu dan otot kaki serta lutut. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda dengan sebaik mungkin.
Cegah masalah sakit lutut sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang lama. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin mengambil suplemen yang bersesuaian untuk penjagaan kaki dan lutut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan silang kaki bila duduk, pantang larang penting orang tekanan darah rendah. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah atau hipotensi, menjaga gaya hidup dan tabiat harian sangat penting untuk mengelakkan simptom seperti pening, mudah penat, atau lebih teruk lagi, pengsan secara tiba-tiba.