Melakukan latihan senaman dengan teknik yang betul dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan. Kini ramai anak muda melakukan aktiviti bersenam untuk menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan sasa.
Senaman yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti mendatangkan pelbagai faedah seperti meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan banyak lagi.
Senaman itu bagus tetapi anda haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu dalam melakukan latihan. Selain melakukan senaman, anda juga perlu mengetahui langkah yang betul.
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang dan melakukan kesalahan ketika bersenam sehingga kesannya membuatkan berat tak juga turun.
Sesetengah daripada anda tidak mengamalkan teknik betul ketika bersenam. Hal ini terjadi apabila anda melakukan latihan tanpa bimbingan pakar kecergasan yang bertauliah. Senaman dengan hanya mendapat ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai. Ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan. Melakukan senaman dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam, selain mengelakkan anda cedera, membuang masa dan tenaga.
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan senaman bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Ads
Manakala regangan dilakukan selepas melakukan senaman pula bertujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kedudukan yang asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan serta memaksimumkan prestasi senaman dan mengurangkan risiko kecederaan.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk bersenam tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum bersenam. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak akan menentukan prestasi kereta anda.
Ads
Sama seperti tubuh badan, anda juga memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi anda manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa bersenam.
Bagi anda yang inginkan tubuh badan solid, amat digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan alatan senaman. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk. Ini kerana terdapat sesetengah pergerakan yang tidak diamalkan, hanya sekadar melakukan latihan asas sahaja.
Hal ini menjadikan tubuh badan anda kaku terutamanya bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box dan sebagainya. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding mereka yang hanya melakukan latihan asas dengan mengangkat dumbbell sahaja.
Setiap hari hidup kita di zaman sekarang memang tak dapat lari daripada menggunakan telefon pintar. Malah sejujurnya, MASKULIN sendiri tak dapat nak bayangkan bagaimana kehidupan pada era kini tanpa telefon pintar.
Semua perkara yang kita lakukan boleh dikatakan bergantung kepada penggunaan telefon pintar. Ia kini bukan bertindak sebagai peranti teknologi maklumat sahaja tetapi telah mencorak budaya masyarakat moden.
Tapi sejauh manakah penggunaaan telefon pintar ini boleh menjejaskan kehidupan kita dalam seharian terutamanya dari segi kesihatan?
MASA DEPAN YANG SIHAT
Anda pernah lihat filem animasi hebat dari Pixar Animation Studio bertajuk ‘WALL-E’? Menerusi filem itu manusia digambarkan hidup sebagai makhluk yang hanya duduk di atas kerusi dan menggunakan teknologi seakan telefon pintar.
Adakah di masa akan datang kita akan menjadi seperti ini?
Di skrin itulah mereka makan, berhibur dan melakukan apa sahaja. Sehinggakan semua orang mempunyai masalah berat badan dan hanyut dalam dunia sendiri.
Agak menakutkan bila difikirkan ia sebenarnya boleh jadi begitu kepada kita. Sebuah kajian terbaru daripada sekumpukan saintis yang dijalankan di Simon Bolivar University mendapati risiko obesiti boleh meningkat hingga 43 peratus lebih tinggi jika seseorang itu menggunakan telefon pintar melebihi 5 jam dalam tempoh sehari.
GAYA HIDUP TAK SIHAT
Dalam kajian yang dibentangkan di ACC Latin America Conference 2019, saintis telah menjalani pemerhatian dan kajian terhadap 1,060 orang pelajar di Fakulti Sains Kesihatan di Simon Boliver University bermula dari bulan Jun sehingga Disember 2018.
Daripada jumlah itu, 700 orang merupakan wanita manakala selebihnya 360 orang adalah lelaki yang berusia 19 dan 20 tahun. Peserta lelaki didapati 36.1 peratus berkemungkinan untuk lebih berat badan dan 42.6 untuk obese. Manakala wanita pula 63.9 peratus lebih berat dab 57.4 peratus untuk obese.
Penggunaan telefon pintar yang lama juga buatkan pengambilan makanan segera lebih meningkat.
Saintis juga mendapati risiko obesiti akan meningkat 43 peratus lebih tinggi jika telefon pintar digunakan melebihi 5 jam sehari. Ini kerana mereka mendapat pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengambil makanan ringan, minuman manis, snek dan juga makanan segera akibat aktiviti ini.
Ia juga secara tak langsung menghadkan aktiviti melibatkan fizikal di kalangan pengguna telefon pintar melebihi 5 jam sehari. Hasilnya 26 peratus subjek mengalami masalah berat badan berlebihan dan 4.6 peratus menjadi obese.
Ini menunjukkan mereka yang menggunakan telefon pintar lebih lama lebih cenderung untuk mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Kajian ini juga mendapati pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian ini akan lebih cenderung untuk mengambil makanan dan minuman menggemukan jika menggunakan telefon pintar lebih lama.
Kepada anda yang suka sangat menggunakan telefon pintar lama-lama tu, harap inilah peringatan buat anda. Apa kata letak telefon dulu seketika dan lakukan aktiviti yang lebih menyihatkan.
Pernah lihat bagaimana bentuk rupa badan seorang model kecergasan? Ya, ramai yang mengimpikan untuk medapatkan bentuk badan yang tegap, berotot dan yang paling penting sihat seperti mereka.
Kini terdapat pelbagai jenis rejim latihan ditawarkan oleh banyak kelas dan kursus senaman di seluruh negara. Namun sebenarnya jika komited dan berdisiplin anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Dan jika dilakukan berterusan pasti anda terkejut dengan hasilnya.
Latihan berbetuk pergerakan dan menggunakan berat bebanan boleh memberikan kesan dan komplikasi yang baik jika dilakukan dengan teknik yang betul. Sebarang latihan intensif perlu dilakukan dengan berkala agar anda tidak mengalami kecederaan.
Ini merupakan 7 jenis senaman yang boleh memberi impak besar terhadap misi anda mendapatkan bentuk badan bak model kecergasan!
Burpee
Tidak salah kalau MASKULIN katakan bahawa ini merupakan senaman kegemaran bagi ramai orang kerana kesannya membakar lemak secara maksima. Pergerakan yang mempertaruhkan keseluruhan tenaga tubuh nyata lebih baik berbanding latihan kardio disertai dengan koordinasi yang mampu menjadikan berat badan tubuh boleh dikurangkan dalam jangka masa yang singkat.
Crunch
Ini pula merupakan latihan senaman abdomen yang bekerja untuk membentuk otot di bahagian perut. Latihan berat badan yang mampu untuk membakar lemak di bahagian perut lantaran bisa menghasilkan six pack dalam jangka masa yang singkat.
Pike Push Up
Jika anda telah mencapai keseimbangan dalam momentum rutin tekan tubi, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba pike pushup. Variasi latihan berat badan ini secara terus mensasarkan bahagian bahu dan mampu membantu memperkuatkan bahagian tubuh yang lemah. Ia sekaligus membantu membina otot tubuh secara keseluruhan.
Secara asasnya kecergasan yang mencipta squat berat badan adalah untuk menghasilkan kekuatan bahagian bawah badan. Pastikan bahagaian bahu sebaris dengan kedua belah kaki dan turunkan bahagian bawah tubuh hingga bahagian peha berada dalam garisan lurus. Anda akan dapat rasakan impaknya di bahagian perut, lengan dan betis.
Plank
Plank pula senaman yang mencipta kekuatan pada bahagian bahu dan perut. Latihan ringkas tetapi sukar ini ternyata boleh memberikankeseimbangan pada tubuh dan menghasilkan kekuatan pada setiap bahagian anggota badan.
Prone Back Extension
Pasti ramai mampu melakukan reverse hyper dengan menggunakan mesin latihan namun tekanan yang dikenakan pada otot nyata akan memberi impak kepada pembinaan otot tersebut. Lebih banyak amount bebanan yang diletakkan pada tubuh ia akan mempertingkatkan kadar kontraksi dimana berlakunya kontraksi ini akan menghasilkan lebih banyak otot. Prone back extension menghasilkan lebih banyak kontraksi maka latihan berat badan ini mampu untuk mencipta jumlah otot yang lebih banyak.
Spiderman Plank Crunch
Mencabar bahagian tegah tubuh, kaki dan bahagian dada nyata bertujuan untuk mempertingkatkan keseimbangan tubuh. Berada dalam posisi plank lantas gerakkan bahagian sebelah kaki menghampiri bahagian siku lantas bawakan kembali ke posisi asal dan ulangi dengan kaki yang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak ramai yang mengambil berat terhadap senaman dan melakukan pergerakan yang baik di bahagian leher.
Melainkan saranan doktor untuk anda rehatkan atau kurangkan pergerakan leher, tahukah anda melakukan pergerakan leher yang baik mampu membuatkan badan anda lebih aktif dan segar sepanjang hari?
Senaman leher yang baik mampu memberikan kelebihan kesihatan yang mungkin selama ini anda sendiri tak jangka.
Antaranya melepaskan rasa stres, kekejangan otot bahu dan rasa kejung badan hingga buat rasa tak bermaya. Selain itu senaman leher yang baik juga dapat mengelak kecederaan leher dan juga tulang belakang.
Berikut merupakan 3 sebab mengapa sentiasa aktif memberikan kesihatan luar biasa kepada bahagian leher.
MEMASTIKAN KEDUDUKAN LEHER YANG BAIK
Apabila bada melakukan aktiviti fiikal yang banyak seperti berjalan, bersenam, kerja rumah serta kerja berat yang lain secara automatik otot akan dipaksa bekerja. Ini termasuklah otot di bahagian leher.
Melakukan senaman yang baik boleh menjadikan otot di bahagian leher menjadi lebih kuat dan fleksibel. Sebenarnya melakukan kerja rumah biasa pun sudah boleh melatih leher menjadi lebih baik. Contohnya bila anda sedang mencuci pinggan. Badan harus tegak dengan kedudukan leher yang baik semasa mencuci. Lakukan selama 15 minit, leher anda sedia terlatih untuk lebih stabil.
Jika otot leher lemah badan akan mudah sakit dan berlaku kejang otot.
ALIRAN DARAH LEBIH BAIK
Jika banyak menghabiskan masa dengan duduk atau berbaring aliran darah pasti tidak dapat mengalir dengan baik. Jadi lebih baik anda bangun dan melakukan regangan dari semasa ke semasa terutamanya di bahagian leher serta kepala.
Antara senaman yang baik untuk aliran darah yang baik terutamanya di bahagian leher ialah senaman aerobik. Selain itu senaman seperti brisk walk, jogging, renang dan berbasikal juga baik.
DAPAT KEKALKAN POSTUR BADAN YANG BAIK
Ramai tidak tahu bahawa kesihatan otot leher yang baik dapat memberikan postur badan yang ideal. Tahukah anda berat kepala seorang yang normal adalah di antara 4.5 hingga 5 kilogram? Jadi bayangkan tulang belakang harus menyokong berat tersebut dengan memastikan kedudukan postur yang baik.
Jadi adalah amat penting anda memastikan otot leher sentiasa terjaga bagi memaastikan postur badan tidak lari sama ada membongkok ke depan atau ke belakang. Bila kekal aktif otot badan akan membantu bahagian tulang belakang mendapatkan postur yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.