Sakit Pergelangan Tangan? Ikut 6 Langkah Ini Untuk Rawat Segera Sebelum Ke Hospital

Share
  1. Sakit pada bahagian pergelangan tangan dikenali sebagai DeQuervain’s Tenosynovitis. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada ibu hamil malah mereka yang sering menaip!

Ya, menaip papan kekunci sememangnya memerlukan pergerakan jari yang pantas selain memaksa pergelangan tangan untuk bergerak secara berulang-ulang.

Selain itu, faktor kecederaan atau mendukung bayi misalnya dalam tempoh yang lama turut membolehkan pergelangan tangan kita sakit secara perlahan-lahan.

Apa yang nak dibuat?

1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support

Alat sokongan ini dapat mengurangkan pergerakan tangan anda sekali gus membantu saraf pada bahagian tangan untuk berehat.

2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan

Ada kalanya anda mungkin sudah benar-benar tidak tahan dan rasa sakit itu sangat menyucuk! Boleh pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.

3. Hand exercise

Goyangkan tangan anda secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk memastikan darah dapat mengalir dengan sempurna pada bahagian tangan yang sakit.

4. Ice pack pada tempat yang sakit

Dengan meletakkan ice pack pada bahagian yang sakit, anda akan merasa lega buat seketika dan boleh mulakan kerja seperti biasa selepas itu namun, jangan lasak-lasak.

5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit

Anda boleh berjumpa pakar untuk mendapatkan suntikan ubat anti keradangan bagi mengurangkan derita yang anda alami.

6. Pembedahan

Jika terlampau sakit sehingga timbul gelembung otot pada bahagian yang sakit, segera ke hospital bagi mendapatkan temu janji. Berkemungkinan terdapat ketulan yang perlu dibuang dengan segera.

Walau bagaimanapun, sakit ini boleh berulang pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!

Published by
arif.karim