Tidak dinafikan bila duduk lama mengadap komputer boleh menyebabkan kita mengalami sakit leher dan belakang badan.
Rasa lenguh ini jika tidak diatasi segera boleh melarat hingga menjejaskan bahagian bahu, lengan dan ada kalanya membawa kepada sakit kepala. Malah ia juga boleh menjejaskan kerja-kerja harian kita.
Bagi memulihkan kesakitan pada leher dan belakang badan kesan daripada duduk lama mengadap komputer, seorang pengguna Facebook, Noor Hafiza Mohamad berkongsikan 11 teknik regangan yang diajar pegawai fisio terapi kepadanya.
Dengan melakukan teknik regangan ini, sakit leher dan belakang badan yang dialaminya beransur hilang. Jadi kepada anda yang sepanjang hari duduk lama mengadap komputer, bolehlah amalkan teknik regangan yang dikongsikan ini.
BACA: Cara Buat Susu Buang Angin Untuk Hilangkan Lenguh Badan, Lepas Minum Terus Sendawa!
Ini Steps Yang Pegawai Fisio Terapi Ajar Buat 11 Teknik Regangan
Alhamdulillah selepas hampir sebulan ulang alik ke klinik buat fisio terapi, sakit leher dan belakang semakin hilang. Dekat ofis dan rumah pun kena rajin buat. Selalunya sakit leher dan belakang datang balik bila kena siapkan laporan kerja atau terlalu sibuk siapkan kertas kerja ?.
Kita tidak boleh duduk statik lebih dari 30 minit. Setiap 30 minit kita kena buat pergerakan / regangan. Regangan pula dikira dalam detik 14 saat. Tidak boleh terlalu lama. Takut kita paksa urat bekerja lebih dan jadi cepat tua. Kalau terlalu cepat kiraannya nanti kurang berkesan pula.
Teknik 1: Buat regangan ini jika anda duduk sepanjang masa
Teknik 2: Menenangkan minda & bagus untuk pencernaan
BACA: Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!
Teknik 3: Membuatkan tulang belakang kuat & fleksible
Teknik 4: Melancarkan pengaliran darah & meredakan stress
BACA: Elok Makan Nenas Setiap Hari Sebagai ‘Superfood’ Untuk Kulit Sihat, Kurus & Vitamin Anti-Stres!
Teknik 5: Melegakan stres & mengembalikan mood
Teknik 6: Menguatkan otot dalaman paha
BACA: Buat Teknik Urutan 5 Minit Ini Kalau Nak Redakan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat!
Teknik 7: Membantu mengawal tenaga seksual
Teknik 8: Melegakan tekanan pada badan dan minda
BACA: Bukan Darah Tinggi Je, Doktor Ini Kongsi Sebab-Sebab Lain Berlakunya Pening Kepala!
Teknik 9: Menguatkan pinggang, belakang dan lengan
Teknik 10: Mengencangkan otot kaki dan punggung
Teknik 11: Melancarkan kestabilan & keseimbangan badan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI