Perkara ini berlaku untuk semua peringkat umur. Anak-anak, remaja, hingga orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Puncanya pun bermacam-macam, seperti kerana adanya timbunan nanah di bahagian dasar gigi akibat jangkitan bakteria yang menimbulkan keradangan, gigi retak, susut gusi, kerosakan gigi yang mewujudkan lubang, tampalan gigi rosak, serta gigi tumbuh yang terapit.
Rasa sakit menjadi tak tertanggung apabila tahap jangkitan sudah merasuk ke dalam sistem rangkaian saraf. Bahkan ada yang disertai masalah kesihatan lain seperti sakit kepala dan demam. Peringkat keparahan rasa sakit berbeza-beza, mulai dari ringan hingga hebat. Menurut pola kemunculannya, rasa sakit akan timbul silih berganti, sesaat terasa, sesaat hilang, atau boleh terus-menerus (berterusan).
Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat
Anda mungkin berfikir untuk melakukan pemeriksaan oleh doktor, tapi terbantut rasa takut akan suntik kebal bilamana doktor menyatakan gigi Anda bolong atau berlubang dan perlu ditampal. Atau sebab-sebab lain yang menyurutkan niat anda berjumpa dengan doktor.
Untuk itu, daripada Anda bingung harus bagaimana, maka bertanyalah kepada kerabat perihal ubat sakit gigi mujarab yang pernah mereka pakai. Kalau Anda ragu terhadap saran dari kerabat, maka Anda boleh memilih mengubatinya sendiri dengan mengikuti petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.
Daun Jambu Batu
Daun jambu batu mempunyai kesan untuk menurunkan keadaan keradangan pada gigi. Tidak hanya itu, daun jambu batu juga dikarunai sifat anti-mikrob dan analgesik yang boleh meringankan sakit gigi.
Cara menghilangkan sakit gigi pakai daun jambu batu ada dua model. Pertama, Anda boleh mengunyah mereka selama beberapa minit hingga kandungannya bekerja untuk menghilangkan sakit gigi. Atau, kedua, Anda boleh merebus daun jambu biji hingga mendidih, lalu dinginkan. Campur dengan garam dan gunakan sebagai ubat kumur.
Daun Bayam
Daun bayam tidak sahaja dimakan sebagai sayur sihat yang tinggi serat, tetapi ia juga dicetuskan sebagai golongan tanaman hebat untuk sakit gigi Anda. Lakukan rawatan sakit gigi sama seperti daun jambu batu. Mula-mula Anda bersihkan bayam mentah lalu kunyah mereka. Ini boleh dikerjakan di rumah, jadi Anda boleh sambil berehat.
Ekstrak Vanila
Rawatan sakit gigi rumahan yang selanjutnya boleh Anda cuba adalah memakai ekstrak vanila. Pernah dengar kaedah ini? Rawatan ini akan bekerja memberi rasa tenang pada gigi Anda. Mula-mula Anda siapkan bola kapas, lalu celupkan ke dalam ekstark vanila. Tampal atau sapukan kapas pada kawasan yang terjejas. Kaedah rawatan semulajadi ini boleh dilakuakn beberapa kali setiap hari untuk mendapatkan hasil terbaik.
Daun Teh Hijau
Teh hijau adalah minuman kesihatan bagi masyarakat India dan China, sebab mereka awal mula tumbuh di daerah tersebut. Daun teh hijau ternyata mempunyai kesan menyembuhkan sakit gigi, jadi jom Anda cuba. Ini boleh berlaku kerana ia mengandungi asid tannic dan catechin yang mampu menguatkan gigi.
Petua hilangkan sakit gigi dengan daun teh hijau bermula dengan mencuci daun teh hijau, lalu mengunyahnya. Ini sama dengan rawatan memakai daun bayam atau jambu batu untuk kurangkan sakit gigi. Kunyahlah daun selama 5 minit dan boleh dilaksanakan 2 – 3 kali sehari.
Pasta Gigi Bagus
Toothpaste atau pasta gigi yang biasa Anda gunakan untuk menggosok gigi haruslah dengan kandungan lembut yang tidak banyak mengandungi zat yang kasar (perosak struktur gigi). Walaupun tujuan Anda agar gigi menjadi putih, tapi bila jalan yang ditempuh salah maka hanya mengakibatkan sakit gigi. Cara berus gigi yang bagus pun ternyata ada panduannya, iaitu dengan tidak terlalu lama serta tidak menggosok gigi dengan kencang.
Alkohol
Mungkin Anda tidak setuju, jadi jangan cuba petua hilangkan sakit gigi bahagian ini. Jadikan sebagai penambah wawasan sahaja. Alkohol memang boleh membuat mabuk peminumnya, tetapi di dunia kedoktoran alkohol kerap dipakai untuk menangani beberapa masalah kesihatan.
Seperti alkohol yang berguna untuk kes sakit gigi. Ia akan menjadi ubat sakit gigi yang cukup berkesan. Berkumurlah dengan sedikit alkohol seperti vodka, scotch, atau wiski hingga rasa sakit pada gigi boleh reda secara beransur-ansur. Sekali lagi, ini sebaiknya tidak Anda lakukan bila bertentangan dengan syariat agama Islam.
Timun
Siapa suka timun? Sayur berbentuk bujur dengan warna hijau muda ini termasuk ke dalam salah satu rawatan rumah untuk sakit gigi. Ia mempunyai kesan sejuk dan menenangkan pada kawasan sakit yang Anda rasakan.
Potonglah timun menjadi beberapa bahagian yang berbeza, lalu tambahkan garam. Kunyah setiap bahagian secara bergilir-gilir. Bila sebelum melaksanakan rawatan ini timun Anda simpan dalam lemari ais, maka keluarkan dan biarkan beberapa minit sehingga suhunya tidak sejuk. Barulah dipakai.
Kentang
Kentang termasuk makanan lunak dengan kandungan karbohidrat kompleks cukup tinggi yang boleh menggantikan fungsi nasi. Tahukah Anda kalau kentang adalah makanan enak yang mudah dicerna dan kaya akan nutrisi? Dengan adanya itu, mengunyah kentang mentah (sebelumnya dihiris dahulu kecil-kecil) dengan sedikit garam akan membantu meredakan sakit gigi anda.
Baking Soda
Di pelbagai laman web kesihatan, mungkin baking soda sering dimasukkan ke dalam senarai bahan semulajadi untuk membantu menghilangkan sakit gigi, right? Sebetulnya, ia tidak hanya bagus sebagai ubat sakit gigi, melainkan juga untuk memperbaiki masalah pada kulit dan rambut.
Gunakan baking soda untuk hilangkan sakit gigi dengan cara mencampurkannya denga air, lalu celupkan kapas. Sapukan kapas pada kawasan yang terjejas. Atau kaedah lain dalam rawatan yang sama memakai bakin soda ialah dnegan mencampurkan sedikit air panas denga baking soda, lalu taburkan pada mulut Anda.
Bilas Mulut Pakai Air Garam
Ini sudah menjadi rahsia umum bahawa sesungguhnya air garam adalah ramuan mujarab untuk menyembuhkan sakit gigi. Tapi kadang sebahagian orang mengeluh kerana ketika melakukannya gigi jadi terasa lebih sakit, memang begitu. Tapi yakinlah kalau ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah yang boleh Anda lakukan sebab garam itu banyak faedahnya.
Siapkan satu gelas air hangat, lalu tambahkan beberapa sudu makan garam (jangan banyak-banyak). Aduk airnya dan gunakan sebagai ubat kumur, jangan ditelan. Pastikan agar mengenai bahagian gigi yang sakit. Lakukan secara berulang dan rasakan kesannya.
Minyak Cengkih
Menurut beberapa ahli, minyak cengkih dianggap sebagai bahan rawatan untuk sakit gigi dengan kesan terbaik. Minyak cengkih membawa sifat anti-bakteria, anti-radang, anti-oksidan, dan anestetik yang boleh membantu mengurangkan sakit gigi dan melawan jangkitan bakteria di dalam mulut. Ramai pakar pergigian yang mengesyorkan pesakit mereka untuk mencuba rawatan dengan minyak cengkih.
Mudah sekali caranya. Rendam bola kapas pada minyak cengkih, lalu apabila ada gigi yang berlubang maka tampal dengan kapas tersebut. Namun bila tidak ada gigi bolong, Anda boleh menyapukan kapas perlahan pada kawasan yang terjejas. Bila anda tidak sengaja menelan minyak cengkih, itu tidak masalah sebab ia selamat bila ditelan.
Beri Urutan Tangan Dengan Es Batu
Pernah dengar petua ini? Mungkin yang pernah Anda dengar ialah memakai ais batu sebagai kompres gigi bahagian luar yang sakit. Memang aneh kaedah rawatan satu ini, tapi Anda boleh mencuba sendiri untuk membuktikan kebenarannya.
Gosokkan ais batu pada tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Tekan ais batu seperti diberi urutan ringan. Lakukan selama beberapa minit. Perubatan ini didapati dalam perubatan alternatif dengan melakukan penekanan pada titik saraf yang berkaitan dengan sakit yang pesakit alami, kesnya di sini ialah sakit gigi. Bila berjaya, jom kongsikan petua ini.
Perhatikan Makanan dan Minuman Anda
Semasa kecil mungkin Anda terbiasa dengan makanan manis dan minuman sejuk sehingga di masa dewasa gigi Anda akan menerima kesan negatif dari kebiasaan buruk anda sewaktu kecil.
Sakit gigi akan muncul dan Anda tidak dapat mengulang waktu untuk mengelak tidak makan ataupun minum semua itu, tetapi Anda masih boleh mencegah agar tidak sakit lagi dengan berkata “goodbye” pada beberapa makanan ataupun minuman tertentu yang tidak baik untuk gigi.
Makanan yang tidak baik untuk gigi semisal makanan melekat yang akan melekat di gigi lebih lama sehingga menyebabkan bakteria mudah berkembang biak dan membuat mulut dalam keadaan berasid. Minuman berkarbonat juga tidak baik untuk gigi, semisal soda. Masih banyak lagi contohnya, Anda boleh pergi cari tahu di Internet.
Jaga Mulut Bersih
Terbiasa dengan mulut bersih akan menjauhkan Anda dari masalah kesihatan yang terletak pada mulut seperti sakit gigi. Sehabis makan, tunggulah 30 minit lepas gosok gigi Anda pakai ubat gigi yang boleh mengelak gigi berlubang. Anda juga boleh membuang sisa makanan yang terselit di antara gigi memakai benang gigi.
Lada dan Garam
Petua hilangkan sakit gigi berikutnya ialah memakai campuran lada dan garam. Buatlah pasta dengan mencampurkan lada, garam, dan beberapa titisan air. Selepas itu, aplikasikan pada gigi Anda selama beberapa minit. Jangan lupa bersihkan selepas itu. Ini boleh Anda lakukan sekerap mungkin hingga rasa sakit berkurangan dan hilang.
Bawang Putih
Ada tiga step rawatan untuk mengambil faedah bawang putih pada aktiviti pengubatan gigi sakit.
- Permulaan, siapkan dua ulas bawang putih, satu ulas cengkeh, satu sudu teh garam, dan beberapa titis minyak zaitun.
- Tumbuk semua bahan tadi hingga menjadi pes.
- Selepas jadi pes, tempelkan pada bahagian luar gigi yang sakit selama 30 minit.
Ads
Ads
Bawang putih mampu melegakan rasa sakit untuk beberapa waktu. Ini disebabkan oleh adanya sifat antibiotik dan unsur perubatan lain yang dapat melambatkan kesan bakteria pada gigi.
Hydrogen Peroxide 3%
Hidrogen peroksida adalah cecair kimia yang mampu membunuh bakteria yang ada di dalam rongga mulut dan kelebihannya telah diakui sebagai amalan yang selamat oleh American Dental Association. Biasanya hidrogen peroksida dipakai untuk memutihkan warna gigi yang mula menjadi gelap akibat usia atau kekuningan akibat beberapa zat kromogenik.
Belilah hidrogen peroksida 3% terlebih dahulu, lalu campurkan satu sudu makan hidrogen peroksida ke dalam satu gelas air mineral. Gunakan ramuan ubat ini untuk menghilangkan sakit gigi dengan cara berkumur selama 30 hingga 30 saat. Ini lebih berkesan untuk mengatasi sakit gigi akibat gigi berlubang atau gangivitis.
Cuka
Cuka juga dianggap sebagai cecair pembunuh bakteria jahat di dalam mulut. Cubalah gunakan cecair ini sebagai ubat sakit gigi menggunakan kapas. Lakukan sebelum tidur di malam hari atau selepas bangun tidur di pagi hari.
Pasta Kunyit
Kunyit adalah herba penyembuhan semula jadi untuk beberapa macam penyakit. Sifat antiseptik dan antibakteria pada kunyit boleh Anda manfaatkan untuk merawat kerosakan gigi yang menimbulkan sakit. Buatlah pasta dari serbuk kunyit dan madu. Letakkan pes ini pada gigi anda yang sakit.
Pasta Halia
Tidak cuma kunyit, halia pun boleh Anda jadikan ubat semula jadi untuk sakit gigi. Halia mengandungi bahan anti-radang dan etanol semulajadi untuk menenangkan saraf pada bahagian gigi yang bermasalah. Pilihlah halia yang segar dan bersih.
Potong sedikit halia, lalu kunyah perlahan, diamkan beberapa saat halia di dalam mulut. Pada beberapa saat akan terasa pedas tetapi menyegarkan. Di saat kandungannya bekerja pada gigi yang sakit akan timbul kesan nyaman. Petua ini sudah dikenal sejak lama, jadi anda jangan ragu tuk mencuba.
Bila petua hilangkan sakit gigi tanpa ubat ini sudah Anda cuba, tetapi tidak tampak hasilnya. Sakit gigi tetap terasa selama lebih dari dua hari dan mungkin semakin parah, maka bergegaslah menemui doktor. Doktor akan mengubati sakit gigi dengan mengenalpasti terlebih dahulu apa punca sakit gigi yang berlaku pada Anda sebelum mengambil langkah pengubatan.
sumber: kasihpetua.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI