Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Majoriti orang akan mendapat penyakit ini walaupun hanya sekali. Jadi tidak perlulah terlalu bimbang dan risau sekiranya anda tiba-tiba merasakan sakit belakang, terutama kepada yang masih belum pernah merasakannya.
SAKIT BELAKANG BOLEH DISEBABKAN OLEH 3 PERKARA, IAITU PENYAKIT YANG DIHIDAPI OLEH BELAKANG BADAN, MASALAH SAKIT PUAN, DAN FAKTOR DARI BAHAGIAN BADAN YANG LAIN.
Secara terperinci ia akan dinyatakan seperti apa yang tertera di bawah:
Punca 1 : Masalah Pergerakan
Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Ads
Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibeliti. Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.
Ads
Punca 2 : Kecederaan
Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.
Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros. Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
Ads
Punca 3 : Penyakit
Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.
Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Langkah #1 : Membersih dan Exfoliate
Langkah #2 : Pelembapan
Langkah #3 : Mencukur
Tips Tambahan
Amaran dan Nasihat
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Langkah #1: Membersih dan Exfoliate
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
1. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai dengan Jenis Kulit
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
2. Mencuci Muka Setiap Hari
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
3. Jangan Masuk Tidur Dengan Memakai Krim Matahari (sunscreen)
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
4. Exfoliate Secara Berkala
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Langkah #2: Melembapkan Kulit dan Menjaganya
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
1. Kerapkan penggunaan pelembap
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
2. Lembapkan Sekitar Mata
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
3. Lembapkan Bibir
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
4. Guna Krim Pelindung Matahari (sunscreen)
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Langkah #3: Mencukur
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
1. Guna Pisau Cukur yang Berkualiti
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
2. Mencuci Muka Dengan Air Suam
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
3. Guna Krim Pencukur
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
4. Gunakan Kaedah Mencukur yang Betul
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
5. Bilas Muka Selepas Selesai Mencukur
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
6. Sapu pelembap kulit (moisturizer)
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Tips Tambahan
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Semasa mencuci muka, utamakan dahi, pipi dan kawasan kening kerana tempat itu mudah untuk mengeluarkan peluh dan terdedah dengan bakteria.
Bilas muka dengan air sejuk selepas mencukur keran boleh mengurangkan kesakitan dan menyegarkan muka.
Air yang suam (jangan terlalu panas) boleh membantu mengembangkan liang pori dan memudahkan proses mencukur dan mencuci muka.
Gunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit muka anda, lebih-lebih lagi bagi orang yang menghadapi masalah kulit sensitif.
Kerapkan minum air dengan banyak untuk bantu kulit untuk hidrat
Amaran
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Elakkan daripada menggunakan produk pencuci ataupun krim pencukur yang berasaskan alkohol kenara dikhuatiri boleh mengeringkan kulit dan memberikan kesan sampingan kepadanya.
Gunakan exfoliating scrubs dengan berpada-pada kerana penggunaan yang berlebihan boleh memberikan kesan yang buruk kepada muka dan mencepatkan kedut pada muka. Pastikan anda membaca panduan penggunaannya dengan sepenuhnya.
Anda akan dapat apa yang anda bayar. Perkara ini merujuk kepada produk penjagaan kulit dan produk-produk lain yang murah. Sekiranya anda menggunakan pisau cukur yang murah, janganlah pula marah sekiranya ia cepat tumpul.
Kesimpulan
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
sumber: www.panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.
Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.
Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.
1. Antara bahagian yang paling kotor
Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.
2. Elak kulit berjerawat dan berminyak
Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.
3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.
4. Beri kesan anti-penuaan terbaik
Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur
Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!
Tip perlu ikut!
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak tahu cara memikat wanita dengan bergaya?Ha ini tipnya.
1. Jaga penampilan anda.
Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa. Jangan pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.
2. Jadi diri sendiri.
Jangan jadi orang lain. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat.Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey.Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.
3. Bijak berkomunikasi.
Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda.Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…
4. Prihatin dan ambil berat.
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE”tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.
5. Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”
Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan.Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab.Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau.Si dia pasti akan terharu.
6. Jejaka yang periang
Perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum.Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”.Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanitasekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja.Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe
7. Jangan suka control hidup orang
Jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar.wanita cukup pantang pasal benda ni.wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka.Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka.Tiap minit nak tahu dia ada kat mana.Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga.ini baru cara memikat wanita yang gentleman.
Sumber : kitablelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.