Saintis Ini Dedah Cara Mudah Nak Hilangkan Nafas Berbau Selepas Makan Durian

Share

Makan durian memang satu nikmat jika anda antara peminat raja buah ini. Aromanya yang memikat selera pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk makan durian apabila tiba musimnya.

Walaupun rasanya enak namun bau durian yang ‘pekat’ boleh membuatkan nafas berbau busuk.

Nafas berbau selepas makan durian lebih-lebih lagi jika anda sendawa pastinya membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dan pening kepala.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian seorang saintis, Dr Suri Roowi tentang cara-cara mudah untuk menghilangkan nafas berbau selepas makan durian.

Semoga dengan adanya tip ini, bolehlah anda mempraktikkannya selepas makan durian.

BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?

Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian?

Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.

Gambar: Pexels

WALAU BAGAIMANAPUN

Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian

Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa

Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.

“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”

“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih

Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.

Iaitu

“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”

Gambar: Pexels

Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian

Walau bagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG

Selamat Mencuba

#DrSuriRoowi
Principal Scientist

Published by
RY