Berita kurang menarik dari Bollywood, pelakon Saif Ali Khan, 54, kini sedang dirawat dan dikatakan kritikal.
Khan tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar Bandra, Mumbai bersama isterinya Kareena Kapoor, yang juga seorang pelakon, dan dua anak mereka, Jeh dan Taimur.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Zon 9, Dixit Gedam berkata,
“Seorang yang tidak dikenali menceroboh kediaman pelakon Saif Ali Khan. Pelakon dan penceroboh itu bergaduh. Pelakon itu cedera dan sedang dirawat. Siasatan sedang dijalankan.” Kejadian berlaku kira-kira jam 2:30 pagi ketika Khan bersama isterinya Kareena Kapoor Khan dan ahli keluarga lain sedang tidur.
Menurut polis Mumbai, disyaki penceroboh itu melakukan cubaan merompak di kediaman pelakon Saif Ali Khan dan dalam usaha untuk menghalang pencuri itu daripada melarikan diri, Khan telah bergelut dengannya dan diserang dengan objek tajam, meninggalkannya dengan enam kecederaan.
Saif yang terdengar bunyi bising bangun dan berhadapan dengan perompak tersebut dan berlaku pergelutan antaranya dengan perompak terbabit.
Pelakon filem Hum Saath-Saath Hain itu dilaporkan cedera akibat ditikam beberapa kali dengan pisau dan telah dikejarkan ke Hospital Lilavati, Mumbai kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurut Pegawai Eksekutif hospital berkenaan Niraj Uttamani, Saif mempunyai enam kecederaan di tubuhnya. Dua daripada merupakan luka yang sangat dalam. Satu daripada kecederaan hampir dengan tulang belakang.
“Kami akan menjalankan pembedahan terhadapnya dan akan dilakukan beberapa orang doktor bedah termasuk doktor bedah kosmetik. Kami akan memberi maklum balas selepas pembedahan selesai dilakukan,” katanya.
Polis berkata penyerang melarikan diri selepas kejadian itu dan siasatan telah dilancarkan, dengan anggota polis giat melakukan buruan, kata media.
Moga yang baik-baik sahaja untuk Saif Ali Khan ini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.