Bulan puasa ni mesti ramai yang nak turunkan berat badan kan? Mungkin ada antara anda yang lepas berbuka saja, terus ke gym untuk pump otot anda agar raya kali ini anda tampak sado! Kepada yang perut buncit tu, pasti nakkan perut rata agar nanti bila pergi beraya, akan ada wanita-wanita yang terpikat dengan anda. Mungkin mudah untuk anda makan makanan yang seimbang ketika berbuka, kerana anda sudah mengetahui bagaimana untuk bahagikan masa makan sejak sebelum puasa lagi. Jadi jika anda buka puasa dengan makan 3 biji kurma dan air masak, setelah setengah jam anda boleh menikmati makanan berat seperti nasi dan sumber protein yang berkhasiat.
Namun, mungkin ada antara anda yang menghadapi masalah ketika sahur, kerana anda perlu mengambil makanan yang berat agar anda peroleh tenaga berpanjangan. Tapi, makanan apa yang anda perlukan ye? Apa yang pasti, NO NASI ATAUPUN MAKANAN YANG BERMINYAK KETIKA SAHUR! Ini kerana badan anda akan cepat letih dan lesu setengah hari. Minyak dan karbo yang banyak telah menarik mineral dalam badan, dan ia tidak dapat membantu anda untuk kekal hidrat dengan lebih lama. Mungkin anda hanya perlu ambil beberapa minuman ini untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari. Sekurang-kurangnya anda kekal hidrat.
Ini antara resipi yang anda boleh lakukan ketika bersahur:
Bananarama
Cara Penyediaan:
Bahan:
1 biji pisang beku
2 sudu besar mentega kacang
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan air
Ads
Kaedah:
Kisar pisang yang dibekukan dengan tambahan mentega kacang, serbuk koko dan air.
Cadangan Tambahan:
Jika anda mahu jadikan ia minuman lebih bertenaga, anda boleh masukkan serbuk protein, 2 sudu besar kelapa yang tidak manis dan dicincang, 1 sudu besar kacang badam mentah, sedikit serbuk kayu manis atau 2 sudu besar oat.
Coco Mango Smoothie
Cara Penyediaan:
Bahan:
2 biji mangga
2 biji oren
1/2 biji nanas
1 cawan air kelapa
1 sudu besar mentega kelapa
Kaedah:
Kisar semua bahan tersebut sehingga ia memiliki tekstur smoothie.
Cadangan Tambahan:
Anda boleh kisar semua bahan di atas bersama 1/2 biji avokado atau jus limau segar.
Healthy Smoothie
Blend milk, yogurt, quick oats, banana, peanut butter, chia seeds and cocao powder untuk hidangan protein segera.
Ads
Cara Penyediaan:
Bahan:
1/2 cawan susu
1/2 cawan yoghurt
1/2 cawan oat segera (direndam 5-10 minit di dalam 1/2 cawan air)
1 biji pisang
1 sudu besar mentega kacang
Kaedah:
Kisar semua bahan sehingga ia menjadi smoothie.
Simpan di dalam peti sejuk sebelum ia dihidangkan.
Cadangan Tambahan:
Kisar bersama 1 sudu besar biji chia dan 1 sudu besar serbuk koko jika anda mahu.
Smoothie Tembikai
Nak minum smoothie with watermelon, Greek yogurt (protein), apples (fiber), dan pisang? Ini cara penyediaannya:
Cara Penyediaan:
Bahan:
1/2 cawan tembikai (tanpa biji)
1 biji pisang sejuk beku
1 biji epal (dibuang kulit dan teras buah)
3/4 cawan yoghurt tanpa lemak
1 sudu besar madu
Kaedah:
1. Kisar tembikai dan tapis ia di dalam mangkuk.
2. Ambil air tapisan tembikai itu dan masukkan ke dalam pengisar semula.
3. Tambah pisang, epal, yoghurt dan madu.
4. Kisar semua bahan hingga ia sekata.
Cadangan Tambahan:
Anda boleh tambah pemanis ikut citarasa anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kulit berminyak sudah menjadi resam dalam kehidpan lelaki. Namun, ramai yang tidak ambil peduli akan wajah berminyak. Ada antara anda juga tidak langsung mahu mengambil inisiatif untuk mencegah dan mengatasinya. Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk. Tetapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi daripada apa yang diperlukan. Ini bermaksud kulit anda berminyak!
Tidak ramai yang tahu kesan daripada kulit berminyak ini. Minyak berlebihan yang terhasil mula memerangkap habuk dan kotoran dan kemudian liang pori boleh menjadi tersumbat. Hasilnya, kulit anda mula mengeluarkan jerawat. Terdapat beberapa faktor kulit berminyak, antaranya:
1. Pemakanan
Antara punca yang paling kerap terjadi adalah, melalui pemakanan anda. Dalam dunia hari ini yang sering mengeluarkan produk berminyak, sebagai contoh makanan bergeoreng, setiap orang sering mengambil makanan ini tanpa memikirkan kesan sampingannya. Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak terlalu banyak.
2. Genetik
Setiap orang lahir dengan kelebihan mereka yang tersendiri. Mungkin ada segelintir yang tidak bernasib baik dengan lahir mempunyi genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda dari terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal dengan mengikuti cara mengawal kulit berminyak.
3. Tekanan
Stress di tempat kerja merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. Tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak.Namun, tekanan boleh mengubah keseimbangan hormone dalam badan seseorang dan menyebabkan masalah kulit muka berminyak.
4. Cuaca
Anda pasti pelik mengapa mereka yang bekerja di dalam pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja berhadapan dengan panas terik sering mengeluh. Ini kerana jika anda bekerja di kawasan terbuka dan panas, cenderung anda untuk mengalami kulit muka berminyak sangat tinggi. Ini adalah kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.
Lelaki pasti berhadapan dengan masalah kulit mati ataupun kulit kering yang melampau kan? Bukan senang sebenarnya nak jaga kulit, kerana itu kita dapat lihat ramai antara wanita menghabiskan duit untuk mendapatkan kepuasan pada kulit. Bagaimana dengan lelaki? Adakah produk untuk mereka kekal segar dan tampak menarik kurang di pasaran? Sebenarnya, tiada masalah untuk lelaki menggunakan produk kecantikan produk bergantung kepada kulit. Jika anda malu untuk dapatkan khidmat nasihat daripada consultant di farmasi, apa kata kalau anda cuba dapatkan produk-produk ini.
The Body Shop Aloe Soothing Day Cream
Semestinya lidah buaya menjadi kegemaran orang ramai terutamanya wanita kerana ia memang mengandungi khasiat tersendiri yang boleh merawat banyak peyakit. Ia terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif dan membantu melegakan kulit anda. Apabila anda pakai produk ini, kulit anda akan berasa dingin dan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan, gatal atau merah. Sebut saja Body shop, anda akan terbiasa dengan produk mereka yang mengandungi bahan semulajadi. Pelembap lembut ini untuk menenangkan kulit sensitif dan kering. Dirumus tanpa wangian, warna, pengawet dan alkohol dan pilihan yang sempurna untuk kulit sensitif.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Krim Nourishing Himalaya ini tidak melekit dan sesuai untuk digunakan secara harian kerana ia memberi perlindungan agar kulit terus kelihatan segar dan lembap sepanjang hari. Produk ini sedikit istimewa kerana ia mempunyai campuran ekstrak lidah buaya, cherry, pokok kino India dan pennywort India yang melindungi kulit anda dari kotoran udara dan cuaca panas. Cherry adalah tumbuhan yang digunakan untuk tindakan antioksidannya yang membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala pokok kino India mempunyai astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk anda kelihatan seperti muda. Kulit anda akan kekal lembap dan tidak kering lagi dengan krim pelembap ini.
Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist
Produk ini memang dicipta khas untuk lelaki. Garnier yang memahami lelaki, telah mengeluarkan produk untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dengan krim pencerah pelembap yang mempunyai bebas gris dimuatkan dengan volcanic mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang membantu akan melawan masalah kulit anda sekali pakai. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam pH yang diperlukan. Bukan sahaja itu ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas dari minyak.
L’oreal Men Expert Barberclub Face & Beard Oil
Untuk mereka yang mempunyai jambang, mungkin anda boleh cuba produk ini. Cara pemakaiannya, sapukan pada jambang anda setelah mandi dengan menggunakan sikat. Lakukan ia seperti rambut anda. BarberClub Long Beard Oil sangat menyihatkan kulit dan keadaan janggut yang terbaik dalam janggut kelas sepanjang hari. Diperkaya dengan minyak pati Cedarwood.
Dove Men+Care Face Lotion
Dove amat memahami kaum Adam dimana golongan ini juga memerlukan pelembap harian untuk merawat kulit wajahnya. Oleh karena itu, mereka mencipta produk Dove Men+Care Face Lotion. Pelembab ini menawarkan perlindungan khusus untuk kulit kering. Produk ini akan menghidrasi kulit yang kering dan memberi kelembaban intensif.
Tak perlu risau dengan wajah berminyak setelah memakai produk ini karena formula pelembab Dove Men ini mudah meresap ke dalam kulit. Tambah SPF 15 di dalam Dove Men+Care Face Lotion membuat wajah Anda terlindung dari kerusakan yang disebabkan oleh sinar matahari.
Sumber produk: productnation.co/bacaterus.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Onitsuka Tiger tidak lagi asing di kalangan penggemar fesyen gaya hidup terkini. Jenama asal Jepun ini kini semakin rancak menonjolkan pelbagai rekaan terbarunya dalam usaha memetakan nama mereka menjadi lebih gah di persada fesyen.
Onitsuka Tiger secara berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi.
Terbaru, mereka memperkenalkan koleksi Musim Luruh/Dingin Onitsuka Tiger. Kali ini ia hadir hasil daripada cetusan inspirasi alam semula jadi banjaran Himalaya yang hebat dan agung kala musim dingin.
Selain itu, ledakan sensasi sentuhan aktiviti pendakian serta trekking 1970-an turut diserlahkan.
Untuk musim ini, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio berkolaborasi bersama Toyoki Adachi, pereka merangkap pengarah artistik jenama grafik tekstil “nowartt”, menggabungkan rekaan grafik lengkap kedua-duanya pada setiap helaian pada koleksi ini.
Jenama “nowartt” menonjolkan ‘warisan seni moden’ dan mencipta grafik tekstil dengan menggabungkan dua konsep: “seni tekstil terkini” (“now art textile” ) iaitu seni yang membuatkan kita berasa dalam keadaan semasa tanpa mengira zaman, sementara “tekstil tanpa peperangan” (“no war textile” ) adalah seni yang menzahirkan rasa kedamaian. Kesemua grafik tekstil ini mengandungi mesej “keselesaan berharmoni dengan alam sekitar”.
Untuk kolaborasi ini, grafik tekstilnya diserlahkan di bawah tema fusion vintaj dan seni dari era 60-an juga 70-an dengan berlatarbelakangkan kekuatan yang merintangi pelbagai tradisi, dan fusion antara analog serta digital.
Motif utama termasuklah neelakurinji, iaitu sejenis bunga yang hanya mekar sekali dalam tempoh 12 tahun dan Deeringia polysperma, yang disenaraikan sebagai salah satu spesis tumbuhan terancam, dan ia dihasilkan dalam ekspresi minimalis tipikal rekaan abad pertengahan.
Grafik tekstil ini, direka menerusi kombinasi dua konsep yang saling bercanggah – “vintaj x seni” dan “analog (lukisan tangan) x digital” – digunakan pada helaian seluar trek klasik, jaket tebal serta beg galas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen sejak tahun lalu pasti sedar akan trend penggunaan sandal atau slide yang semakin popular.
Salah satu faktor yang banyak menyumbang populariti footwear jenis ini adalah disebabkan pandemik yang melanda dunia sejak tahun lalu. Sepanjang tempoh itu ramai daripada masyarakat global lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah atau kawasan yang tidak ramai orang.
Lalu pemilihan footwear yang popular menjadi pilihan ialah sandal dan juga slide. Tapi dalam masa yang sama trend ini juga banyak dipengaruhi oleh rekaan-rekaan yang bersifat lebih universal selain selesa dipakai dan mudah digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.
Onitsuka Tiger turut memperkenalkan koleksi sandalnya dengan tiga rekaan baru yang diperkenalkan dalam himpunan koleksi Musim Luruh dan Dingin tahun lalu. Mereka memperkenalkan tiga sandal baharu iaitu DENTIGRE STRAP, OHBORI STRAP dan OHBORI SLIDER.
DENTIGRE STRAP rekaan sandal bertali pengikat dilancarkan susulan daripada pengenalan siri DENTIGRE. Ia merupakan model hibrid yang tampil dengan kombinasi padanan gaya ringkas dan ringan bersama penampilan lasak namun masih selesa di bahagian tapaknya.
Sebagai tambahan, logo Onitsuka Tiger ditonjolkan pada bahagian tali pengikat sebagai penghias. Rekaan pengikat bercangkuk dan gelung yang ditampilkan bukan sahaja memudahkan pemakaiannya malah boleh dilaraskan mengikut kesesuaian padanan yang menyerlahkan lagi fungsinya.
Model OHBORI EX pula diperkenalkan dalam gaya musim lalu yang tampil dengan dua lagi model sandal ditambah untuk musim ini. Koleksi OHBORI STRAP, model sandal bersama tali pengikat, dikemaskinikan dengan kusyen dan struktur fleksibel serta menampilkan logo Onitsuka Tiger pada talinya.
Manakala model OHBORI SLIDER pula merupakan model jenis sarung dengan kemasan pad kusyen di bahagian atasnya yang diilhamkan daripada model terdahulu bersama dua tali yang boleh dilaras mengikut kesesuaian padanan. Rekaan versatil ini memberikan impak elegan dan sofistikated, sekali gus menjadikannya padanan yang sesuai untuk pelbagai gaya.