‘Sado Kurus’ Seperti Bruce Lee, Ini Rutin Senaman Boleh Anda Buat!

Share

Siapa tidak kenal dengan nama Bruce Lee. Tahun ini menyaksikan 50 tahun legenda seni bela diri ini meninggalkan kita. Namun saban hari namanya terus disebut sebagai salah seorang ikon yang cukup berpengaruh sepanjang zaman.

Kepakarannya dalam seni bela diri menjadikan namanya sehingga hari ini masih kekal relevan. Selain seni bela diri dan lakonan, Bruce Lee juga sentiasa menjadi rujukan dalam bidang kecergasan.

Bentuk badannya menjadi idaman ramai penggemar senaman terutamanya bagi mereka yang kurus tapi memiliki badan berotot.

Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body seperti Bruce Lee. Ikuti tip dari MASKULIN pada kali ini.

ARM CIRCLE

Dianggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semestinya dengan mengangkat bebanan sahaja.

Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putaran ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.

PUSH-UP

Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.

Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.

CONCENTRATION CURL

Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.

PULL UP

Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu.

Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.

Selamat mencuba!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim