Senaman bodyweight adalah alternatif pada senaman yang menggunakan alatan atau beban. Jangan jadikan alasan penat untuk lakukan senaman bodyweight sehingga anda mengabaikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.
Jika tiada masa ke gym, senaman bodyweight juga boleh dilakukan di rumah. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit untuk melakukan senaman bodyweight ini.
Kini anda tiada alasan untuk mengelak daripada melakukan senaman dan mengekalkan bentuk badan yang menarik. Ini 4 senaman bodyweight yang anda boleh lakukan dengan selesa hanya di rumah.
1. Dip Chair Single Leg Lift
Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi, kemudian angkat sebelah kaki anda. Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama senaman ini adalah untuk membina otot di bahagian triseps dan anterior deltoid (shoulder). Anda boleh menambah intensiti dengan mengangkat sebelah kaki atau menggunakan sebelah sahaja tangan anda.
2. Push Press Single Arm
Mulakan dengan posisi push up, kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu. Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
3. Spiderman Push Up
Sekiranya anda sudah biasa melakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan Spiderman Push Up. Selain membina otot di bahagian dada dan triseps, Spiderman Push Up membina kekuatan pada abdominal, oblique serta fleksibiliti pada otot kaki.
4. Jumping Squat
Senaman ini lebih pada membina otot dan pembakaran kalori di bahagian kaki. Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah dan kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit. Jika ada berasa tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Seboleh-bolehnya cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput. Pakai kasut tapak tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint (penyambung) lutut anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI