Sacoor Blue Terapkan Jiwa Muda Dalam Koleksi Baharu

Share

Sacoor Blue, sebuah jenama yang mementingkan kehidupan mampan amat teruja melancarkan koleksi terbarunya yang mendapat inspirasi daripada semangat anak muda serta kreativiti, membawa pembeli-belah mengembara melalui tiga inspirasi berbeza.

Digital Daydream

‘Digital Daydream’ mendapat inspirasi daripada dunia permainan dengan rangkaian kemeja-T serta baju panas yang dinamik, menggabungkan ilustrasi retro pertengahan 80-an dan 90-an.

Pakaian-pakaian itu tertumpu kepada budaya gaming dan menjadi tanda ingatan kepada keseronokan dan keterujaan yang dibawa permainan-permainan ikonik ini ke dalam kehidupan kita. Dengan mengenakan gaya ini seolah anda melangkah ke dalam kapsul masa, membawa anda kembali ke era kegemilangan Walkman

dan permainan arked.

Masih ingatkah kegembiraan mendengar muzik pada pemain CD, atau keseronokan memelihara haiwan kesayangan Tamagotchi anda? “Digital Daydream” menyingkap intipati detik itu. Sama ada anda meminati permainan fizikal atau dalam talian, koleksi ini direka untuk keselesaan yang diperlukan bagi sesi permainan yang kompetitif atau sekadar bersantai di sofa.

Lunch Break

Lunch Break’ membawa kita kembali ke detik-detik indah bersama rakan-rakan selepas sekolah, membangkitkan kenangan ketawa riang dan makan bersama. Koleksi ini memberi penghormatan kepada estetika 50-an dengan warna-warna terang.

Direka untuk golongan muda dan yang berjiwa muda, ia menggabungkan unsur-unsur pakaian sukan universiti dengan potongan yang diilhamkan oleh akademia untuk gaya preppy yang menarik.

Dalam dunia yang bergerak pantas, ‘Lunch Break‘ menekankan kepentingan berehat, bukan sahaja untuk kesejahteraan fizikal tetapi juga untuk kesihatan mental kita. Ia mengingatkan kita untuk berhenti seketika daripada rutin kita, dan mengisi semula dengan meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan yang benar-benar memahami kita.

Homeland

Homeland’ meraikan saat-saat yang menggembirakan bertemu semula dengan orang tersayang dalam suasana yang damai dan selesa. Pilihan jaket serta pakaian berkait yang selesa di bawah rangkaian ini membayangkan suasana itu.

Setiap satu direka untuk mendorong anda lari daripada tekanan kehidupan seharian, sebaliknya menikmati aktiviti luar dan membiarkan imaginasi anda bebas berlari.

Koleksi ini menampilkan cetakan botani rustic, bunga-bunga yang menyegarkan dan corak foklor dalam warna-warna yang ceria. Ia memberi inspirasi kepada gaya hidup nomad dan menggalakkan kita untuk meluangkan masa dikelilingi alam semula jadi.

Setiap satu mencerminkan keindahan semula jadi kita, menjemput anda untuk menerapkan gaya hidup yang berkaitan dengan kehidupan yang bermatlamat.

Rekaan dari Portugal, koleksi terbaru dari Sacoor Blue ini pasti akan menarik jiwa-jiwa muda dalam diri kita semua dengan setiap inspirasi menceritakan kisah pengembaraan anak muda. Inspirasi di sebalik koleksi ini bukan sahaja mempamerkan komitmen Sacoor Blue terhadap fesyen tetapi juga untuk memupuk hubungan bermakna dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan.

Koleksi baharu ini boleh didapati di semua kedai Sacoor Blue di Malaysia, termasuk Pavilion KL, IOI City Mall Putrajaya, LaLaport BBCC dan MyTOWN Shopping Centre. Ikuti Sacoor Blue di Instagram dan Facebook untuk ketahui tentang produk terbaru.

Ketahui lebih lanjut mengenai rekaan terkini di laman web rasmi Sacoor Blue.

Published by
Ruszaini Ruslan