Pada masa sekarang bila sebut sahaja nama Ryan Reynolds pastinya anda akan mula membayangkan karakter Deadpool yang cukup terkenal.
Namun di sebalik bidang lakonannya, Ryan Reynolods merupakan seorang ahli perniagaan dan pemasaran yang cukup hebat.
Pelakon yang juga terkenal dengan lakonan lawaknya, telah mencapai kejayaan yang luar biasa bukan sahaja di layar perak tetapi juga dalam dunia perniagaan.
Pada usia 47 tahun, Ryan telah berjaya mencipta dan menjual perniagaan bernilai lebih $14 bilion (RM65 bilion), menunjukkan bakat luar biasa dalam pemasaran dan penjenamaan.
Bagaimana dia melakukannya? Ikuti beberapa beberapa iklan genius yang pernah dia hasilkan dan libatkan diri.
Foto: Getty Images
Empayar Perniagaan $14 Bilion
Penglibatan perniagaan Ryan meliputi pelbagai industri, Ini secara tidak langsung menunjukkan kepelbagaian dan kepekaan perniagaannya yang tajam. Berikut adalah portfolio mengagumkan beliau:
Sukan: Wrexham AFC
Teknologi: 1Password, Mint Mobile
Makanan & Minuman: Aviation Gin
Automobil: Pasukan Perlumbaan Alpine F1
Kreatif: Maximum Effort Productions
Pemasaran dan Penjenamaan Teliti
Foto: NBC
Pendekatan Ryan terhadap perniagaan berakar pada minat sejati dan pendekatan pemasaran yang teliti. Beliau bukan sekadar figura; beliau terlibat secara mendalam dalam setiap aspek perniagaannya.
Kisah Aviation Gin
Pada tahun 2018, Ryan menemui Aviation Gin dan terus jatuh cinta. Beliau tidak hanya membeli saham; beliau menjadi wajah jenama tersebut, membawa hubungan yang tulen dan kreativiti ke dalamnya.
Ads
“Saya perlu mempunyai hubungan yang tulen dengan sesuatu. Jika tidak, saya rasa penonton, pengguna produk tersebut, akan tahu bahawa saya tidak mempunyai kefasihan yang sama dengan produk tersebut.” – Ryan Reynolds
Memanfaatkan Daya Tarikan di Layar
Sebagai seorang pelakon, keakraban Ryan dengan kamera diterjemahkan dengan lancar ke dalam usaha pemasarannya.
Personaliti lawaknya dan kecerdasan tajamnya menjadikan iklan-iklan beliau tidak dapat dilupakan. Contohnya, pengumuman “merger” beliau dengan Richard Branson dan Virgin Atlantic. Ia lucu, menarik, dan berkesan.
Memanfaatkan Momen Budaya
Ads
Keupayaan Ryan untuk bergerak pada kelajuan budaya ditunjukkan dalam tindak balasnya terhadap iklan terkenal Peloton “The Gift That Gives Back.” Dalam masa beberapa hari, Aviation Gin mengeluarkan “The Gift That Doesn’t Give Back,” menampilkan pelakon yang sama. Iklan tersebut menjadi viral, menjana berjuta-juta tontonan dan perhatian besar.
“Saya suka pemasaran dan saya suka gin.” – Ryan Reynolds
Melabur Berdasarkan Kepercayaan
Pada tahun 2022, Ryan, bersama beberapa pelabur, membeli 24% saham dalam Pasukan Perlumbaan Alpine F1 dengan harga $218 juta.
Beliau juga melabur dalam 1Password, berlakon dalam kempen iklan mereka. Pelaburannya didorong oleh kepercayaan sejati terhadap produk, bukan sekadar keuntungan kewangan.
Melihatkan kejayaannya ramai mungkin tidak tahu akan cabaran dilalui oleh Ryan. Sebagai anak bongsu daripada empat beradik lelaki, beliau menghadapi kegelisahan dan sifat pemalu sejak kecil. Namun, cabaran ini membentuk ketahanan dan kemampuan menyesuaikan diri beliau.
Ads
“Saya mempunyai banyak kegelisahan, banyak jenis fobia dan masalah yang saya perlu atasi.” – Ryan Reynolds
Kisah Ryan Reynolds adalah bukti kepada kuasa kepercayaan, keaslian dan kreativiti. Dengan mencurahkan hati dan jiwa ke dalam segala yang dilakukan, dia telah mengubah permulaan yang tidak dijangka menjadi kejayaan berbilion dolar.
Perjalanannya adalah inspirasi bagi usahawan dan kreatif yang bercita-cita tinggi.
Semoga kisah kejayaan pelakon hebat ini memberikan inspirasi untuk kita semua!
Kredit: Forbes
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan servis penghantaran makanan merupakan antara khidmat yang paling penting ketika negara sedang berdepan dengan COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mereka merupakan wira yang tidak didendang berkhhidmat sebagai antara barisan hadapan memberikan servis kepada kita semua. Dan itulah yang direalisasikan oleh sekumpulan pekerja dari sebuah gerai makanan di Kota Bharu, Kelantan secara harfiahnya.
Foto-foto mereka melakukan servis penghantaran di sepanjang musim PKP telah mula tular di laman media sosial.
Warong Poksu Superhero merupakan kedai makan berkonsepkan karakter-karakter terkenal superhero. Namun perniagaannya sedikit terjejas sepanjang tempoh PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.
Memetik laporan New Strait Times, pemiliknya, Mohd Fakri Rabys berkata idea memperkenalkan khidmat penghantaran superhero ini muncul sebagai alternatif menjana pendapatan sepanjang tempoh PKP.
Menariknya, pekerja-pekerja pengahantaran mereka menggayakan kostum daripada karakter terkenal seperti Batman, Darth Vader, Captain America, Gaban dan banyak lagi.
Selain menampilkan kelainan, idea ini menurut beliau mampu memberikan keceriaan dan hiburan kepada pelanggannya yang mungkin berasa sedikit tertekan sepanjang tempoh PKP.
“Ketika Warong Poksu Superhero ditutup pada awal PKP, saya menawarkan idea perkhidmatan COD membekalkan beras, telur, sayur-sayuran dan produk lain.
“Sehingga kini saya memiliki kira-kira 25 kostum superhero. Saya ingin kelihatan berbeza dengan perkhidmatan penghantaran yang lain.
“Setiap hari, saya memakai pakaian yang berbeza seperti Spiderman, Batman, the Flash, Black Panther dan Bumblebee dari Transformers ketika membuat penghantaran,” jelasnya.
Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Mohd Fakri kerana berani tampil dengan idea menarik yang bukan sahaja memberi kelainan tetapi mampu menghadirkan rasa bahagia kepada pelanggannya.
Mungkin merelah adiwira yang diperlukan oleh ramai orang ketika ini dengan membantu memberikan servis penghantaran. The real life superhero! Kita bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat antara satu sama lain.
Syukur kerana negara kita masih aman dan tenteram walaupun berdepan dengan krisis COVID-19 yang cukup meruncing. Masih mampu mencari rezeki sesuap nasi dengan idea-idea yang hebat seperti ini.
Kita juga bersyukur kerana walaupun terpaksa berdepan dengan ujian yang berat dengan kondisi ekonomi yang bakal teruk, kita masih ada satu sama lain.
Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba nanti sama-samalah kita bersyukur dengan apa adanya dan sama-sama membantu mereka yang memerlukan.
Setiap kali anak Malaysia memenangi apa-apa pertandingan sukan di peringkat antarabangsa tidak dinafikan kita semua turut berasa sangat bangga. Terbaru, pelari menarai atau tower runner profesional negara, Soh Wai Ching telah menjuarai pertandingan larian memanjat menara terkemuka dunia iaitu Empire State Building Run-Up 2021.
Larian pendakian menggunakan tangga yang sangat mencabar tersebut menyaksikan Soh Wai Cing menlengkapkan pendakian sebanyak 86 tingkat di bangunan yang cukup ikonik dengan nama New York. Lebih membanggakan, beliau mencatatkan masa pendakian yang sangat baik iaitu dalam masa 10 minit 40 saat!
Memetik laman sesawang rasmi pertandingan tersebut, atlet yang menyahut cabaran ini dianggap sebagai salah satu cabaran ketahanan yang sangat tinggi.
Namun begitu sifat kompetitifnya ternyata terserlah apabila sedikit kecewa kerana tidak berjaya mencapai sasaran yang diletakkannya iaitu rekod 9 minit 33 saat yang dicipta Paul Crakepada 2003.
Walaupun agak kecewa namun beliau berazam untuk kembali pada 2022 dan meningkatkan lagi kebolehannya dalam pertandingan tersebut. Beliau turut berharap mempunyai persediaan yang baik pada tahun depan untuk kembali berentap sekurang-kurangnya dua bulan.
Untuk rekod Empire State Building Run-Up merupakan perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga!
Perlumbaan yang berlangsung pada 26 Oktober lalu ini juga dilangsungkan bagi mengumpul kutipan dana untuk Equity Designs di mana ia membawa misi untuk melatih 150 orang guru menggunakan aktiviti fizikal bagi mengembangkan pembelajaran dan impak kesihatan kepada lebih 4,500 belia di Bronx, New York.
Lebih menarik Sebastian Stan, pelakon Hollywood terkenal dengan watak adiwira Bucky Barnes/ Winter Soldier turut hadir dan menyokong penganjuran serta kerja amal seperti ini. Sebastian hadir bersama jurulatih kecergasan peribadinya, Don Saladino.
Kemenangan Soh Wai Ching turut mencuri perhatian pelakon tersebut dan mereka sama-sama sempat berfoto bersama mengabadikan momen berharga. Malah Sebastian Stan turut memuat naik pertemuan mereka menerusi laman Instagram kendaliannya.
Soh Wai Ching menerusi Instagram kendaliannya juga turut melahirkan keterujaannya dengan kemenangan dan kesempatan bertemu dengan Sebastian Stan.
“Sangat gembira pada malam ini! Memenangi larian dan berpeluang bertemu dengan Winter Soldier, Sebastian Stan! Marvel fanboy di sini. Berharap agar dapat bertemu dengan Marvel Superhero yang lain!” jelas Soh Wai Ching menerusi kapsyen foto selfienya bersama pelakon tersebut.
Jutaan tahniah MASKULIN ucapkan kepada Soh Wai Ching kerana berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berlari!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sering kali berasa kagum bentuk badan dengan pelakon-pelakon bintang Hollywood menerusi filem-filem aksi lakonan mereka. Kadangkala kita juga hairan bagaimana mereka mampu bertukar-tukar bentuk badan atau melakukan transformasi menerusi filem berbeza.
Salah seorang daripada pelakon tersebut ialah Jared Leto yang cukup popular dengan karakter lakonannya, Joker. Bagi penggemar filem dan peminat Jared Leto khususnya, pasti anda perasan dia sentiasa tampil dengan bentuk badan berbeza-beza dalam kebanyakan filemnya.
Kadang-kadang dia tampil cukpu kurus dan ada juga penampilan dengan bentuk badan penuh otot sasa bak pejuang seni mempertahankan diri. Sebenarnya Jared merupakan seorang peminat aktiviti kecergasan dan sukan lasak.
Terbaru menerusi perkongsiannya di Instagram, Jared Leto menonjolkan kekuatan badannya terutamanya upper body dengan melakukan aktiviti mendaki atau indoor climbing.
SEPERTI TARZAN!
Siapa sangka aktor berusia 49 tahun ini mampu melakukan aksi dengan cukup mudah sekali. Buat anda yang biasa dengan indoor climbing pasti tahu betapa sukarnya melakukan aksi sepertinya. Áksinya tak ubah seperti karakter Tarzan yang bergayut dari dahan ke dahan.
Indoor climbing atau rock climbing merupakan aktviti yang cukup berkesan untuk membina kekuatan otot bisep dan lengan. Ia juga bukan tentang kekuatan tangan semata tetapi melibatkan otot keseluruhan badan. Disebabkan itulah sukan ini menjadi sangat popular di kalangan selebriti lain juga seperti Jason Momoa (Aquaman).
Menerusi video tersebut kita dapat rumuskan bahawa ini bukanlah kali pertama Jared Leto melakukan indoor climbing. Pergerakannya nampak seperti seorang yang sudah profesional membuktikan bahawa ia adalah aktiviti yang sudah lama dilakukannya.
Jadi buat anda yang mungkin nak body cantik seperti Jared Leto bolehlah cuba melakukan aktiviti mendaki seperti ini ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.