Pada ketika ini, MASKULIN yakin rata-rata pembaca mesti sudah menonton filem hebat yang memenangi pelbagai anugerah peringkat dunia menceritakan tentang bintang rock legenda Freddie Mercury dan grupnya QUEEN menerusi ‘Bohemian Rhapsody’.
Filem yang dikeluarkan pada tahun 2018 itu menjadi karya autobiografi pemuzik atau band paling tinggi mendapat jumlah kutipannya sepanjang ditayangkan.
Dulu kurus kering je.
Antara yang paling menonjol menerusi filem biopic ini ialah Rami Malek yang membawakan watak sebagai penyanyi utama QUEEN, Freddie Mercury. Malah lakonan mantap Rami sebagai Freddie telah menyaksikan dia menggondol anugerah-anugerah pelakon lelaki terbaik utama dipertandingkan.
Transformasi hebat Rami Malek menjadi Freddie Mercury.
Antaranya anugerah pelakon terbaik dimenanginya ialah di Academy Award, Golden Globe Award dan British Academy Film Award.
Selain mampu menjiwai watak Freddie Mercury dengan berkesan Rami juga mengejutkam ramai pihak dengan tampil menyamai bentuk fizikal penyanyi tersebut terutamanya bentuk badan tegap dan berotot.
Ramai tak tahu bahawa sebelum memulakan penggambaran Rami telah menjalani latihan fizikal intensif bersama dengan jurulatih propfesional. Untuk melakonkan watak sebagai Freddie, Rami perlu ‘membina’ badannya menyerupai Freddie yang mempunyai bentuk badan unik.
Bagi mencapai objektif itu Rami telah berlatih dengan seorang jurulatih terkenal, Jay Cardiello yang pernah melatih 50 Cent, Kevin Love dan ramai selebriti lain.
Ads
Jika anda ingin mendapatkan bentuk badan mantap seperti Rami Malek dan Freddie Mercury mungkin boleh cuba rejim senaman mereka seperti di bawah!
SENAMAN RAMI MALEK SEBAGAI FREDDIE MERCURY
Single-Leg Squat Press
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan selama 30 saat; bagi peringkat advanced boleh lakukan sebanyak 3 pusingan
Ads
Unilateral Rotations
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan; lakukan 3 pusingan jika sudah advanced
Breakdancer
Lakukan 1 set selama 30 saat
Marching Row
Lakukan 1 set selama 30 saat
Stability Holds
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan; lakukan 3 pusingan jika sudah advanced
Lima perkara ini sebenarnya selalu kita buat. Tapi ramai tak tahu ia sebenarnya menyebabkan anda susah nak kurus walaupun dah jaga makan.
Ini juga faktor lemak di bahagian perut makin bertimbun dan tubuh rasa lemau.
Jadi lepas je makan jangan lakukan 5 perkara ini!
1. Buka butang seluar atau tali pinggang
Bila kenyang, mesti korang akan buka ikatan di pinggang untuk rasa selesa. Tapi sebenarnya tindakan ini buatkan otot perut anda kendur dan perut makin buncit.
2. Tidur
Perut kenyang buatkan mata mengantuk. Tidur lepas makan melambatkan proses pencernaan dan buatkan perut kembung. Kalau nak tidur, pastikan dua jam selepas makan.
3. Mandi
Elakkan mandi selepas makan. Mandi selepas makan akan menurunkan suhu badan dan menurunkan proses metabolisme. Ia juga melambatkan proses pencernaan yang berisiko untuk menggemukkan tubuh.
4. Senaman berat
Hati-hati, senaman berat selepas makan boleh meningkatkan suhu dalam tubuh dan tekanan darah. Ia akan menyebabkan sakit perut dan kekejangan.
5. Merokok
Merokok selepas makan akan meningkatkan kadar asid dalam tubuh. Kadar asid tinggi mengganggu proses pencernaan dan risiko penambahan berat badan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dari sudut kesihatan dan kecantikan, kekurangan nutrien selalu dikaitkan sebagai sebab utama masalah kulit kering. Ini kerana pembentukan lapisan lipid di bawah kulit memerlukan nutrien asid lemak perlu. Begitupun, jangan mudah membuat kesimpulan sendiri.
Jika masalah kulit dihadapi tidak berkurangan selepas pengambilan diet seimbang, vitamin dan amalan gaya hidup yang sihat, ada baiknya jika merujuk terus kepada doktor. Boleh jadi masalah kulit yang dihadapi berisiko untuk menjejaskan kualiti hidup dalam jangka panjang.
Berikut beberapa jenis penyakit kulit yang sebahagiannya dianggap remeh kebanyakan orang terutama golongan lelaki.
Folikulitis
Folikutis disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul (jerawat yang mengandungi nanah) terbentuk. Masalah ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejalanya biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat masalah ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akan menjadi kronik dan berlanjutan.
Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik ialah penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi pada orang yang mewarisi kulit sensitif atau terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, pesakit biasanya cenderung menggaru sehingga kulit bercalar. Perlu diketahui bahawa ekzema tidak boleh diubati. Rawatan hanya boleh membantu melegakan rasa ketidakselesaan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.
Kudis buta
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, paha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Pesakit akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang menghidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh tungau.
Jerawat
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja membabitkan muka, malah turut menjejaskan bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersumbat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.
Sekalipun jerawat tidak membawa risiko maut, namun ia boleh mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ia boleh dielakkan dengan meningkatkan kebersihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan jerawat, tetapi perlulah mengikut perskripsi dan arahan doktor.
Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C serta kurangkan pengambilan lemak.
Sopak
Dalam bahasa perubatannya disebut sebagai vitiligo. Ia sejenis penyakit kulit yang membuatkan kulit penghidapnya bertompok putih dan tidak mempunyai pigmen. Sopak dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi. Melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen akan dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok putih pada kulit, termasuklah pada bahagian tubuh yang memiliki rambut atau bulu. Begitupun, penyakit ini tidak mendatangkan rasa sakit atau gatal mahupun berjangkit.
Epidermolysis Bullosa (EB)
Dikenali dengan penyakit kulit rapuh, EB merangkumi kumpulan penyakit kulit yang diwarisi. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit EB, lepuhan air mudah terbentuk pada kulit dengan hanya trauma kecil seperti geseran, gosokan, garu atau pita pelekat. Bagi kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus.
Secara amnya, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epidermis dan dermis yang dipanggil zon perantara. Kedua-dua lapisan terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit seperti kolagen, keratin dan plektin. Bagaimanapun, EB boleh berlaku apabila salah satu protein kulit ini berkurangan atau tiada langsung. Kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit boleh menyebabkan kekurangan ini.
Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar dikenalpasti turut memainkan peranan.
Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengapa ramai orang lebih cenderung dan selesa untuk bersenam di gimnasium? Setiap orang pastinya ada sebab1 mereka yang tersendiri.
Namun MASKULIN yakin antara sebab utama ialah keselasaan yang ditawarkan oleh gimnasium. Malah ia juga lengkap dengan pelbagai kelengkapan bersenam yang boleh membantu anda melakukan senaman.
Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman juga merupakan antara faktor utama mengapa ramai memilih untuk bersenam di gimnasium.
Apa perasaan anda jika sudah kerap bersenam di gimnasium tetapi hasil yang anda perolehi tidak sepeerti yang diharapkan. Apa yang anda dapat hanyalah penat sahaja. Tapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri adakah anda melakukan senaman dengan betul?
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab anda mendapat hasil yang baik bila bersenam.
Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan-kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri.
Cuba elakkan daripada melakukan lima perkara ini dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan.
SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG
Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.
TAK KONSISTEN
Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.
TAK JAGA MAKAN
Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.