Rutin Senaman Pantas Tiga Minit Ini Mampu Keluarkan Peluh Dengan Banyak

Share

Ramai mungkin akan memandang dengan skeptikal bila dengar orang cakap ‘tiada masa nak bersenam’. Tapi dalam kehidupan yang serba sibuk terutamanya di bandar-bandar besar perkara ini adalah satu realiti.

Bayangkan keluar rumah sejurus selepas Subuh dan pulang ke rumah selepas azam Maghrib. Ramai yang alami senario ini dalam kehidupan seharian. Jadi usahlah terlalu sinikal ya.

Image by Drazen Zigic on Freepik

Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsikan rutin senaman selama tiga minit yang mampu membuatkan anda berpeluh sakan! Lakukan mengikut kemampuan anda. Jika tak mampu nak ikut masa yang ditetapkan, ikutlah pace sendiri. Biar perlahan asal selamat!

SQUAT

Sekiranya anda lakukan dengan betul, otot perut dan paha terasa tekanannya anda dapat lakukan sebanyak 10 kali dalam kiraan 20 saat.

PUSH UP

Lurus dan selarikan kaki dengan bahu di lantai. Tangan anda menyokong berat badan anda dan bawa ke bawah dan tolak ke atas. Lakukan selama 20 saat. Workout ini bagus untuk menguatkan otot di bahagian abdomen, paha, betis serta lengan anda agar nampak lebih gagah dan macho.

JUMPING JACK

Lompat bintang selama 20 saat dapat membantu membakar lebihan kalori. Malah ia juga baik untuk jantung dan meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan.

CRUNCHES

Baring dan angkat kaki seperti anda sedang duduk (90 darjah) dan dengan perlahan angkat badan serta rapatkan muka ke paha anda. Pastikan posisi tangan anda berada di belakang telinga anda untuk membantu menolak badan anda.

RUNNING CLIMBER

Selarikan kaki, bahu dan tangan di lantai. Dengan kadar segera angkat kaki kiri dan rapatkan di perut kemudian ulangi kaki kanan dan lakukan pergerakan yang sama. Pergerakan ini sama seperti anda sendang memanjat bukit. Lakukan selama 20 saat.

BURPEES

Turunkan badan dengan pastikan kaki selari dengan bahu dan tangan menahan berat badan ke lantai dan bawa ia ke bawah kemudian tolak badan anda untuk naik dan lompat.

Lakukan beberapa kali kerana Muscles target untuk senaman ini adalah chest, back, triceps, biceps, shoulder, peha, punggung dan perut. Workout ini bukan sahaja untuk turunkan berat badan, membakar lemak atau membina otot. Tapi senaman ini sangat membantu meningkatkan stamina kita lebih baik dan hebat.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim