Rutin Senaman Pagi Selama 20 Minit Ini Mampu Buat Badan Lebih Cergas & Minda Lebih Tajam
Disember 15, 2021
Share
Sesiapa yang biasa melakukan senaman pagi pasti akan faham dengan aoa yang ingin MASKULIN perkatakan. Mempunyai rutin senaman yang baik terutamanya di waktu pagi mampu memberikan banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal dan mental.
Senaman mudah yang dilakukan selama 20 minit boleh memberikan kesegaran kepada badan. Regangan otot yang anda lakukan membuatkan tubuh lebih segar dan bersdia untuk mengharungi hari yang panjang. Malah ia juga mampu membantu selera makan menjadi lebih baik.
Berikut beberapa rutin senaman boleh anda lakukan selama 20 minit setiap pagi sama ada di rumah, gym atau pun pejabat. Ayuh kita bersenam!
WALL SIT
Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
Ulang semula sebanyak 20 kali
JUMPING JACKS
Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh
Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan
Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha
Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal
Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh
Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan
Ulang semula sebanyak 10 kali
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang
Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali
PUSH-UP ROTATION
Meniarap dalam posisi tekan tubi
Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali
Selamat mencuba melakukan rutin senaman selama 20 minit ini bersama MASKULIN. Semoga ia memberikan manfaat agar kesihatan anda menjadi lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN bagi update paling terkini dari kami!