Buat anda yang mengikuti perkembangan filem bergenre adiwira atau superhero pastinya cukup kenal karakter Wolverine dari siri ‘X-Men’. Karakter yang tampil bengis tetapi ‘dalam hati ada taman’ tersebut cukup popular kerana karakter dan sifat ‘anti-hero’.
Pelakon yang membawakan watak tersebut di beberapa buah filem di layar perak ialah tidak lain tidak bukan aktor asal Australia, Hugh Jackman. Kemunculannya di dalam sembilan buah filem melakonakan watak Logan atau Wolverine menjadikan Hugh Jackman sebagai antara ikon filem superhero.
Dan nampaknya titik nokhtah Hugh Jackman bersama karakter tersebut belum berakhir apabila dia bakal muncul di dalam filem ‘Deadpool 3’ yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
Melihatkan penglibatannya semula untuk watak ini, Hugh Jackman telah melakukan persediaan yang cukup rapi terutamanya dari segi fizikal. Dalam satu temu bual bersama HBO Max, Hugh Jackman mendedahkan dia telah merancang untuk mendedikasikan masa bagi mendapatkan semula bentuk badan sasa untuk watak ikonik tersebut.
AKTIF TEATER
“Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh tergesa-gesa. Saya juga belajar semua ini memerulakan masa. Jadi kami mempunyai enam bulan dari apabila saya menamatkan (The Music Man) hingga ketika saya memulakan penggambaran. Dan saya tidak melakukan kerja lain. Saya akan bersama keluarga saya dan berlatih. Itu akan menjadi kerja saya selama enam bulan,” jelasnya.
Sebelum ini dia cukup aktif dalam bidang teater Broadway dengan persembahan ‘The Music Man’ sejak penghujung tahun 2021. Di sebalik kesibukan jadual teater itulah membuatkan dirinya berdepan cabaran berbeza untuk mempersiapkan diri bagi watak Wolverine.
Namun Hugh Jackman mendakwa dirinya berada dalam kondisi yang sangat baik pada waktu sekarang. Melakukan 8 persembahan setiap minggu dengan menyanyi dan menari menjadikan staminanya cukup mantap sekali.
Untuk kembali ke bentuk badan seperti Wolverine, Hugh Jackman mungkin mengambil inspirasi daripada latihan karakternya seperti didokumentasikan secara meluas di Instagramnya pada masa itu.
Bagi mendapatkan definisi otot yang mantap latihan melibatkan melakukan 100 tekan tubi, latihan fasa untuk menyasarkan otot tanpa lemak dan menurunkan lemak badan dan set berat.
Berikut merupakan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh Hugh Jackman
1. Warm up dengan regangan dinamik dan senaman foam roll.
2. Barbell bench press sebanyak 5 reps dan 2.5 minit rehat (4 sets)
Ads
3. Dumbbell shoulder press dan behind the neck press sebanyak 10 reps dan 1 minit rehat (4 sets)
4. Cuban press dengan 10 reps dan 30 saat rehat (3 sets)
5. Trisep dips dan trisep push down dengan 10 ke 12 reps dengan 15 ke 60 saat rhat (3 sets)
6. Latihan shoulder circuit dengan 8 reps bersama laterial raise, front raise dan rear flys dan overhead press (4 sets)
Semoga rutin Hugh Jackman ini boleh menjadi contoh untuk anda yang ingin mendapatkan kecergasan yang mantap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah dengar tentang penyakit OCD atau lebih dikenali sebagai Obsesive Compulsive Disorder? Mungkin penyakit ini tidak begitu kronik, tetapi buat mereka yang berada di sekeliling pesakit OCD pasti akan merasa gelisah apabila pesakit tersebut melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.
Bukan senang nak detact orang yang menghidap penyakit OCD ini, mereka sebenarnya normal dihadapan umum. Pastinya mereka yang menghidap penyakit ini akan tertanya- tanya apakah faktor yang menyebabkan penyakit ini berkembang dalam diri mereka sehingga memakan diri. Ini merupakan faktor-faktor anda kronik OCD.
1.Genetik
( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
2.Organik
Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
3.Personaliti
Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
4.Pengalaman lalu
Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
5.Konflik
Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menggunakan pemberat boleh memberikan hasil yang lebih cepat kepada tubuh badan untuk dibentuk mengikut selera masing-masing.
Dalam erti kata lain, ia memerlukan tenaga dan kekuatan dua kali ganda untuk memastikan rutin ini berjaya.
Namun diingatkan, sebaik sahaja mendapat tubuh yang ideal menerusi latihan bersama pemberat, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan latihan.
Ini kerana badan anda boleh ‘jatuh’ dan sukar untuk naik semula nanti. Apa-apa pun, jom layan entri ini untuk ketahui apakah gerakan yang dimaksudkan Maskulin :
1. Barbell squat
2. Dumbbel lunges
3. Barbell deadlift
4. Seated barbell military press
5. Dips-chest version
6. Close-grip barbell bench press
7. Pullups
8. Barbell bench press medium grip
9. Pushups
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.