Rutin Senaman Harian Untuk Dapatkan ‘Upper-Body’ Seperti Chris Hemsworth

Share

Buat peminat filem dari Marvel Cinematic Universe pastinya sudah tidak asing dengan watak Thor yang dilakonkan dengan begitu bergaya oleh Chris Hemsworth. Bukan hanya wanita malah ramai lelaki sekaan cemburu dengan bentuk badan yang dimilikinya.

Tegap dan mempunyai dada bidang serta lengan yang cukup mantap. Ramai tidak tahu bahawa untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu dia telah mengikuti rejim senaman dan juga diet yang cukup ketat.

Tapi usah risau, anda juga mampu mendapatkan bentuk badan sepertinya. Ikuti beberapa ruti senaman harian di bawah. Pasti anda pun boleh!

Chair Dips

Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.

Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.

Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.

Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi

Rotation Pushup

Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.

Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.

Pull Up

Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.

Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.

Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.

Plyometric Push Up

Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.

Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.

Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim