Rutin Penjagaan Wajah Sentiasa Diamalkan Aktor Kacak Pujaan Ramai

Share

Lihat sahaja aktor Hollywood mahupun tempatan. Jika melihat mereka di kaca televisyen sudah kagum dengan ketamanan dan wajah mereka, apatah lagi jika bertemu mata. Pasti anda terkesima melihat mereka. Mungkin anda pun berteka-teki apakah rutin penjagaan wajah mereka.

Sebenarnya kebanyakan mereka melakukan penjagaan rutin yang tidakah terlalu ekstrem. Rata-rata daripada mereka tahu menjaga kulit wajah dengan mengamalkan cara cucian yang betul dan kena pada masanya.

Pemuliham produk yang sesuai juga memainkan peranan sangat penting bagi memastikan wajah sentiasa nampak segar dan sekali gus tampan di kaca televisyen. Dan semestinya jika anda ingin tampil kacak seperti mereka haruslah melabur sedikit membeli produk penjagaan diri yang berkualiti.

Foto: tirachardz – www.freepik.com

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelbihan mencuci wajah terutamanya pada waktu malam dan sebelum tidur. Rutin ini banyak dilakukan oleh selebriti lelaki seantero dunia.

BERSIHKAN WAJAH

Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.

HALANG BAKTERIA

Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!

Foto: drobotdean – www.freepik.com

PROSES BAIK PULIH

Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.

BANTU REGENERASI

Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.

KEKALKAN KELEMBAPAN

Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.

Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.

Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk content padu dan menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim