‘Pemalas menjaga kulit’ sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Apa tidaknya, rutin penjagaan yang adakalanya rumit membuatkan lelaki malas untuk memikirnya, apatah lagi mengikutinya.
Namun tahukah anda, penjagaan kulit wajah tidak semestinya memerlukan masa yang panjang dan pelbagai produk yang rumit? Ada rutin yang sangat bersesuaian bagi golongan yang ‘pemalas’ ini.
Seorang doktor pakar kulit, Dr Lim Ing Kien, yang lebih dikenali sebagai Dr Ingky, telah memberikan saranan rutin penjagaan kulit wajah yang mudah dan berkesan untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa atau minat untuk menjalani rutin penjagaan kulit yang kompleks.
Berikut adalah panduan penjagaan kulit yang terdiri daripada hanya dua langkah mudah pada waktu pagi dan dua langkah mudah pada waktu malam.
Waktu Pagi
1. Pencuci Muka
Langkah pertama dalam rutin pagi ialah menggunakan pencuci muka. Pencuci muka penting untuk menghilangkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang terkumpul sepanjang malam. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada kering, berminyak, atau sensitif. Ini akan memastikan kulit anda bersih dan segar untuk memulakan hari.
Ads
2. Tabir Suria
Langkah kedua ialah penggunaan tabir suria. Ini adalah langkah yang paling penting untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Banyak produk tabir suria di pasaran juga berfungsi sebagai pelembap, menjadikan langkah ini lebih mudah dan praktikal. Dengan menggunakan tabir suria yang mempunyai pelembap, anda dapat memastikan kulit anda kekal lembap dan terlindung sepanjang hari.
Waktu Malam
1. Pencuci Muka
Ads
Sama seperti rutin pagi, langkah pertama pada waktu malam juga adalah menggunakan pencuci muka. Pencuci muka pada waktu malam penting untuk membersihkan kulit daripada kotoran, minyak, dan sisa solekan yang terkumpul sepanjang hari. Ini membantu kulit berehat dan pulih semasa anda tidur.
2. Pelembap
Langkah kedua pada waktu malam ialah menggunakan pelembap. Pelembap membantu menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki lapisan pelindung kulit. Terdapat banyak produk pelembap yang murah di pasaran, jadi anda boleh memilih apa sahaja jenis yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Sama ada kulit anda kering, berminyak, atau sensitif, pastikan anda memilih pelembap yang dapat memenuhi keperluan kulit anda.
Ads
Dengan hanya empat langkah mudah ini, iaitu dua pada waktu pagi dan dua pada waktu malam, anda dapat memastikan kulit wajah anda sentiasa dalam keadaan baik tanpa perlu menghabiskan banyak masa dan tenaga.
Rutin ini sesuai untuk mereka yang sibuk dan ingin mengekalkan kulit wajah yang sihat dengan cara yang paling ringkas dan berkesan. Ingatlah, konsistensi adalah kunci dalam penjagaan kulit, jadi pastikan anda mengikuti rutin ini setiap hari untuk hasil yang optimum.
BARISAN PRODUK EKSKLUSIF SESUAI UNTUK ANDA BERIKAN KEPADA TEMAN LELAKI, AYAH MAHUPUN ADIK BERADIK ANDA.
Ja Malone London Blackberry & Bay Shower
Gel suatu mandian cukup lembut membelai tubuh. Kombinasi sunflower seed, jojoba dan minyak kelapa mendominasi kelembutan kulit dan mewangi harum.
Crabtree & Evelyn Indian Sandalwood Shave Cream
Mengandungi vitamin E yang kaya dengan kelembutan buat kulit wajah lelaki. Garapan aroma sandalwood klasik disertai kombinasi not ‘spicy cypress’, ‘zesty bergamot’ dan ‘vetiver’.
Aesop Herbal Deodorant
Ternyata dapat menghindari masalah bau badan. Kandungan bebas alumunium nyata diformulasikan secara botanic dan diperkaya dengan ‘Zinc Ricinoleate’ lantaran digarap dengan ‘essential oil’ seperti Rosemary, Sage, dan Eucalyptus untuk memberikan kesegaran bau badan.
KIEHL’S Age Defender Moisturizer
Diformulasikan dengan Linseed Extract dan kombinasi Caffeine bersama protein soya. age defender membantu memberi signifijkan kepada perubahan kulit agar lebih elastik dan tegang selain kelihatan lebih mudah dan bertenaga sepanjang hari.
Truefitt &Hill Tickening Shampoo
Mengandungi susu dan protein untuk memberi kekuatan pada rambut selain aroma memukau dari mild citrus dan melon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut berbau sememangnya satu masalah buat lelaki kurang menjaga kerapian rambut mahupun yang sibuk bekerja. Sebagai lelaki, anda bukan sahaja menjaga rapi kulit wajah bagaikan menatang minyak yang penuh, tetapi rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau. Ditambah pula dengan sifat malas anda untuk membasuh rambut, membuatkan masalah ini makin rumit, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri.
Kita anda bermasalah dengan rambut berbau, atasinya dengan 8 tip mudah ini.
1. Gunakan tuala yang lembut
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.
2. Rajin menyikat rambut
Bagi yang jarang menyikat rambut selepas ini kena rajin-rajinkan diri anda menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.
3. Basuh rambut dengan air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.
4. Minum banyak air putih
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.
5. Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.
6. Cuci rambut setiap hari
Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.
7. Jauhi stres
Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.
8. Lakukan banyak aktiviti santai
Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
1. Bersihkan wajah dengan maksimum
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
2. Membuang sel-sel kulit mati
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
3. Buat wajah awet muda
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
4. Kulit wajah lebih cerah
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
5. Menyamarkan noda pada wajah
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.