Gaya Hidup

Rutin Penjagaan Kulit Wajah, Lelaki Pun Kena Ada

Share

Rutin penjagaan kulit wajah, lelaki pun kena ada. Kita selalu dengar tentang rutin penjagaan kulit dalam kalangan wanita. Bermula dengan pencuci muka, penyegar, pelembab, serum sehinggalah ke sunscreen.

Rutin Penjagaan Kulit Wajah, Lelaki Pun Kena Ada

Bila sebut tentang lelaki, ramai yang masih rasa janggal. Kononnya, lelaki tak perlu jaga kulit. Cukup dengan sabun mandi atau air paip sahaja. Tapi benarkah begitu?

Hakikatnya, kulit lelaki juga perlukan penjagaan. Malah, dalam sesetengah aspek, kulit lelaki boleh jadi lebih mencabar untuk dijaga berbanding wanita. Kalau selama ini kita fikir penjagaan kulit itu sekadar kosmetik atau untuk nampak “cantik”, mungkin sudah sampai masanya untuk ubah perspektif.

Kulit Lelaki Pun Ada Masalahnya

Kulit lelaki biasanya lebih tebal dan berminyak berbanding wanita. Ini sebab hormon testosteron yang merangsang penghasilan sebum (minyak semula jadi kulit) yang lebih tinggi. Disebabkan itu, lelaki lebih cenderung mengalami masalah seperti:

*Jerawat

*Kulit berminyak melampau

*Poripori besar

*Kulit kusam dan kasar

Tambahan pula, lelaki kerap bercukur. Proses bercukur boleh menyebabkan iritasi, kulit kering atau luka kecil jika tidak dijaga dengan betul.

Kenapa Lelaki Patut Ada Rutin Penjagaan Kulit?

Untuk Kesihatan, Bukan Sekadar Penampilan

Kulit yang sihat bukan saja nampak bersih dan segar, tapi juga menunjukkan bahawa kita jaga diri. Kulit yang terjaga mengurangkan risiko jangkitan, jerawat teruk, dan masalah kulit lain.

Cegah Penuaan Awal

Ya, lelaki pun boleh nampak lebih tua dari usia sebenar kalau tak jaga kulit. Kulit yang terdedah pada matahari tanpa perlindungan mudah mengalami kedutan dan pigmentasi.

Rasa Lebih Yakin

Bila kulit bersih dan terurus, secara automatik rasa yakin pun naik. Tak kisahlah kerja di pejabat, jumpa klien atau sekadar lepak dengan kawan – kita akan rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Mudah Dan Tak Ambil Masa Lama Pun

Rutin penjagaan asas lelaki tak perlu serum 7 lapis. Cukup ada pencuci muka, pelembap dan sunscreen. Kalau rajin, boleh tambah toner atau exfoliator seminggu sekali.

Rutin Asas Penjagaan Kulit Lelaki

Cuci Muka (2 Kali Sehari)

Guna pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Elak sabun badan kerana ia boleh keringkan kulit wajah.

Pelembap

Ramai lelaki skip langkah ni, tapi sebenarnya penting untuk elakkan kulit jadi terlalu kering atau terlalu berminyak.

Sunscreen (Wajib Pagi)

Ini pelindung nombor satu dari kesan buruk matahari yang boleh rosakkan kulit dalam diam.

Eksfoliasi (1-2 Kali Seminggu)

Bantu buang sel kulit mati dan bersihkan pori. Tapi jangan berlebihan nanti kulit jadi sensitif.

Penjagaan kulit bukan isu jantina, tapi soal kesihatan diri. Tak salah jadi lelaki yang ambil berat tentang kulit wajah. Ia bukan bermakna kita ‘terlalu menjaga penampilan’, tapi kita sedar bahawa diri sendiri pun layak diberi perhatian. Tak susah pun. Mulakan dengan asas, dan dari situ boleh perlahan-lahan tambah ikut keselesaan.

Kalau badan kita pun kita jaga, kenapa kulit muka yang orang selalu tengok dulu kita abaikan?

Nak mula sekarang? Satu tip mudah, malam ini sebelum tidur, cuci muka dengan pencuci muka yang betul dan sapu pelembap. Tengok sendiri beza rasa kulit esok pagi. Mungkin dari situ akan mula nampak pentingnya jaga kulit.

BACA: Hilangkan Blackhead Guna 2 Bahan, Kulit Wajah Rasa Macam Kertas Pasir Terus Jadi Licin

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Has