Anda pastinya tertanya-tanya apakah rahsia sesetengah lelaki memiliki kulit wajah bak orang muda. Atau dalam bahasa mudahnya berwajah awet muda. Untuk pengetahuan anda kulit lelaki boleh mengalami simptom cepat tua apabila adanya pengurangan pada fungsi organ dan tisu secara menyeluruh.
Perkara ini terjadi apabila kulit sering terdedah dengan serangan radikal bebas yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti sinaran ultraungu (UV), pencemaran dan juga tekanan.
Semakin lanjut usia makan kesannya pada kulit menjadi semakin ketara. Tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita wanita, tentu anda sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mengekalkan dan memulihkan keadaan kulit supaya kelihatan muda.
Untuk mengelak perkara ini berlaku anda perlulah tahu apakah punca serta cara atasinya dengan berkesan.
Maskulin mendapatkan pandangan Dr. Desmond Fernandes iaitu Doktor Pakar Bedah Plastik Afrika Selatan yang terkenal di seluruh dunia dan juga pengasas produk penjagaan kulit generasi baru, Environ, tentang proses penuaan terjadap kulit lelaki.
Oleh itu, sebelum masalah ini terus melarat sebaiknya anda cegah dahulu. Ini rahsia untuk yang lelaki perlu amalkan kalau nak elak kulit cepat tua.
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan. Bagi memastikan penampilan anda sentiasa elok, berikut adalah regim penjagaan kulit lelaki yang ringkas dalam masa 10 minit sahaja.
1. Buang sabun itu
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya.
Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih basah. Tempoh Masa: 2 minit.
2. Sental saja
Gunakan sental harian yang membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda bagi menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari.
Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan sental kepada hujung jari anda dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit.
3. Mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga anda apabila anda memerlukannya.
Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit.
4. Sapukan
Kulit anda sentiasa memerlukan pelembab dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit anda daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur.
Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi Vitamin E dan Perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!