back to top
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Kecantikan Penjagaan Diri Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Untuk memulakan hari yang indah dan berjalan lancar bukan sekadar mengenakan pakaian yang berjenama tetapi memerlukan anda menjalankan beberapa rutin pagi. Semestinya rutin harian ini membantu meningkatkan penampilan untuk jadi lebih yakin.

RUTIN PAGI YANG MAMPU MENINGKATKAN PENAMPILAN ANDA

 

1) Semburan Pewangi Istimewa

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau ‘trademark’ bau tersendiri.

PEWANGI YANG SAMA AKAN MEMBUATKAN BUAH HATI ANDA CUKUP MENGENALI KARAKTER DIRI ANDA.

Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.

 

2) Hidangan Kafein

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda.

MENURUT KAJIAN, MENGAMBIL MINUMAN INI SETIAP HARI DALAM KUANTITI SEDERHANA MAMPU MEMBANTU MERENDAHKAN RISIKO DEMENTIA YANG MENJADI PUNCA PEMBENTUKAN KANSER.

Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

 

3) Jangan Lupa Pencuci Muka

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi  2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam.

IKLAN

UNTUK MEMBERI WAJAH LEBIH SEGAR, PORI TERTUTUP DAN ANJAL SETIAP PAGI, BASUH MUKA DENGAN AIR SEJUK.

 

4) Bawa Bekal Lebih Selamat

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Menghasilkan sarapan atau tengahari tidaklah mengambil masa yang lama.

Kebaikan yang anda peroleh apabila membawa bekalan adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses.

BUKAN ITU SAHAJA, MEMBAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI AKAN MEMBERI PERUBAHAN KETARA DARI SEGI KESIHATAN DAN BERAT BADAN ANDA.

 

5) 100 Kali ‘push up’

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman ‘push up’ setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicep yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita.

IKLAN

MALAH, SENAMAN SETIAP PAGI INI TURUT MEMBANTU MEMPERBAIKI POSTUR BADAN DI MANA IA MEMBANTU ANDA LEBIH TINGGI DAN YAKIN.

 

6) Pencukuran Yang Baik

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Wanita lebih gemar wajah yang bersih selepas melakukan pencukuran.

JANGAN BIARKAN HARI-HARI ANDA DALAM SEMINGGU TIDAK MELAKUKAN PROSES PENCUKURAN KERANA WAJAH SESEORANG BOLEH BERUBAH HANYA KERANA MISAI MAHUPUN JAMBANG!

Mungkin ada yang berpendapat jambang memberi rupa yang menarik tetapi fikirkan semula kerana wajah bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.

 

7) Jangan Lupa Krim Mata

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Mungkin anda menganggap ia kerja wanita untuk sering menyapu krim sekitar mata sebelum keluar rumah.

IKLAN

SEBAGAI LELAKI, ANDA JUGA TIDAK TERKECUALI KERANA MATA MERUPAKAN BAHAGIAN PERTAMA YANG DILIHAT DAN UNTUK MENGETAHUI TANDA-TANDA PENUAAN.

Menekap sedikit krim mata setiap pagi membantu melembapkan sekitar mata yang kering dan mengurangkan kedutan. Kandungan seperti retinol (vitamin A) membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.

 

8) Bersihkan Gigi

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar.

MEMBERSIHKAN MULUT BUKAN SEKADAR MEMBERUS GIGI TETAPI MEMBUAT RAWATAN GIGI SETAHUN SEKALI.

 

9) Jangan Tinggalkan Sarapan

Rutin Pagi Untuk Kekal Kacak

Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi.

KOMBINASI TERBAIK UNTUK SARAPAN ADALAH PROTEIN, BIJIRIN SEPERTI OAT YANG DICAMPUR DENGAN HIRISAN BUAH, YOGURT ATAU TELUR DADAR BERSAMA SAYURAN.

JIka anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.

 

PENUTUP

Ramai antara kita yang baru bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda lelaki yang paling maskulin!

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI