Siapa sangka kacang kuda yang anda sering lihat di kawasan Rehat & Rawat (R&R) atau kebanyakan pasar malam, rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada diet sihat.
Jika anda dalam misi menurunkan berat badan, jadikan kacang kuda sebagai makanan diet yang boleh anda manfaatkan untuk kurus.
Seorang coach yang dikenali sebagai Syai Aizat berkongsikan tentang khasiat kacang kuda untuk kurus bersama resipi merebus kacang kuda. Jangan lupa senaraikan kacang kuda ini dalam menu diet harian anda.
Wow!!!! berita baik buat si penggemar kacang kuda ni.
Antara manfaat kacang kuda adalah:
1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah
Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.
Ads
2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan
Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat.
Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.
3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi
Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5% daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.
Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.
4. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan
Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.
Ads
Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.
5. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan
Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga.
Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.
Saya share cara nak rebus kacang rebus. Mana tahu ada yang tak tahu caranya.
BAHANNYA:
1. Kacang kuda dibasuh dan direndam hingga kembang.
2. Sedikit garam.
3. Air secukupnya untuk merebus.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang kuda, tuang air secukupnya. Masak guna api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan renehkan. Sekiranya semasa merebus airnya kurang, sila tambah lagi. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.
Kacang rebus cara di atas lulus untuk membantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.
Sila tag dan share tentang info manfaat kacang kuda ini.
Rutin atau senaman treadmill mungkin dipandang ringan. Malah ramai beranggapan, senaman treadmill dengan posisi berlari atau berjalan laju di atas lantai yang bergerak membosankan, membuang masa dan tidak berkesan. Namun anda silap!
Senaman treadmill juga sebenarnya sama faedahnya seperti anda mendaki bukit yang tinggi kerana ia mampu membakar kalori dan lemak dengan cepat. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, ada cara tersendiri yang perlu anda ikuti ketika melakukan senaman treadmill.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
1. Sesuaikan diri bila menggunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya. Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
2. Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan. Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
3. Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
4. Jadikan treadmill sebagai rutin harian
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
5. Tidak perlu masa lama
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Amalkan tabiat dengan mengosongkan perut anda terlebih dahulu sebelum memulakan senaman treadmill ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai jejaka idam untuk memiliki lengan yang besar agar kelihatan lebih sasa dan tegap.
Oleh itu, kebanyakan daripada mereka sering memberi tumpuan lebih untuk melatih otot bisep padahal otot trisep sebenarnya mewaikili kira-kira dua pertiga daripada keseluruhan saiz lengan.
Pempengaruh kecergasan Aiman Radzi berkata perkara ini bukanlah bermaksud anda perlu melupakan terus senaman otot bisep, demikian katanya menerusi video panduan senaman di Youtube Maskulin.
Namun, anda perlu memberi tumpuan lebih kepada latihan otot trisep dalam rutin senaman anda.
Berikut antara latihan otot trisep yang anda boleh lakukan di gim:
Cable Triceps Extension
Mesin ini mempunyai pelbagai variasi, antaranya menggunakan tali, palang lurus atau palang V.
Kesemuanya boleh digunakan mengikut keselesaan anda.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat senaman ini ialah, anda perlu tetapkan kedudukan siku anda selari dengan badan ketika memegang palang atau tali.
Pastikan hanya bahagian lengan bawah sahaja yang bergerak ketika menarik palang atau tali berkenaan.
Jika anda menggunakan tali, pastikan anda meluaskan bukaan tangan ketika menarik untuk kesan lebih maksima.
Bagaimanapun apabila anda sudah mulai penat, tiada masalah untuk menarik tali dengan merapatkan kedua-dua tangan asalkan kedudukan siku masih tetap.
Gunakan bebanan sesuai dengan kemampuan anda dan lakukan sebanyak 25 kali untuk tiga atau empat set.
Bodyweight Skull Crushers
Senaman ini merupakan senaman yang jarang dilakukan namun sangat efektik untuk melatih otot trisep.
Lebih menarik, senaman ini hanya memerlukan berat badan anda sebagai bebanan. Maka ia juga boleh dilakukan di rumah.
Mula-mula, cari mana-mana palang untuk anda berpaut. Pegang palang itu dan condongkan badan ke arahnya.
Tahap kesusahan senaman ini bergantung pada tahap kecondongan badan anda ke arah palang tersebut.
Lebih jauh kaki anda, lebih condong badan anda dan lebih susah senaman ini.
Kemudian, turun kan badan sambil tangan masih berpaut pada palang di bahagian atas kepala anda.
Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanya 10 hingga 12 kali untuk tiga hingga empat set.
Sarapan merupakan amalan penting bagi memenuhi keperluan nutrien setelah tubuh tidak mendapat bekalan makanan sepanjang waktu anda tidur.
Pengambilan sarapan tidak boleh dipandang remeh kerana ia merupakan satu gaya hidup sihat yang wajar diamalkan untuk menjaga kesihatan.
Jika anda sering bersenam pada waktu pagi, tentu anda menghadapi dilema sama ada anda perlu mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum bersenam ataupun tidak.
Menurutnya, kalau kita ingin menghilangkan lemak-lemak yang tersembunyi, tersimpan atau yang kita ‘sayang’ dahulu, jawapan terbaiknya adalah bersenam tanpa sarapan.
Kenapa?
Sebabnya, badan akan menggunakan lemak-lemak tersembunyi, terselit dan yang berada di celah-celah tempat yang kita tidak mahu lihat itu sebagai bahan bakar yang akan memberikan kita tenaga sama ada untuk kita berjalan, berlari, mengangkat weight (bebanan) dan sebagainya.
Itu merupakan antara benda yang sangat baik untuk tubuh berikan kepada kita secara alami ataupun merupakan bahan bakar secara alami.
Lemak merupakan enviromental friendly apabila digunakan sebagai bahan bakar. Jadi kalau kita ingin bersenam adalah lebih baik jika kita bersenam tanpa mengambil sarapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.