Tak pernah sangka gaya rambut pun ada maksud yang tersendiri. Selama ini ramai yang fikir asalkan ada rambut panjang yang boleh sikat, maka sikatlah.

Bagi pandangan mata lelaki, kalau kepala sudah rasa rimas, boleh potong pendek dan kemaskan.

Namun menerusi artikel ini, mungkin anda akan mulai terfikir gaya rambut apa nak set up untuk tahun 2019.

Iyalah, sebab Maskulin nak dedahkan 10 stail paling hot yang ada rahsia tak ramai lelaki sedar :

1. Rambut pacak

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Anda dilihat sebagai lelaki yang paling pandai menyimpan memori terindah, romantis dan halus jiwanya. Anda juga dilabel sentiasa dahagakan perhatian dan gemar mencari publisiti.

2. Potongan ‘Fade’

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Nipis di bahagian sisi, ia menjadi stail pilihan lelaki yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai bentuk badan sasa. Lebih menarik jika anda menyimpan janggut agar sifat ‘kejantanan’ diri lebih menyerlah! Wanita akan beranggapan anda adalah seseorang yang paling setia dan kalau sekali dah cakap sayang, memang sayanglah ceritanya.

3. Rambut panjang

IKLAN

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Lelaki yang memiliki rambut panjang dilihat sebagai seorang lelaki yang berjiwa klasik, mereka mempunyai kelebihan yang halus, kreatif dan bijak menyusun karakter diri agar bersesuaian dengan sifat orang dikelilingnya.

4. Rambut kerinting

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Lelaki berambut kerinting dikatakan antara individu yang menyeronokkan, peramah dan mudah bergaul. Anda dilihat sangat cekap dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan harian. Mendapat markah lebih jika lelaki berambut kerinting gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak kerana wanita secara tak langsung mungkin melabel anda  sebagai “sexy looking guy”.

5. Separa panjang, rambut depan ditolak ke tepi

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

IKLAN

Lelaki yang menggayakan rambut stail ini dikatakan sebagai lelaki comel yang menjadi pilihan ramai. Anda dilihat sebagai golongan jejaka yang paling romantis namun paling lama mengambil masa untuk bersiap! Namun begitu anda mampu menguruskan diri dengan baik dan sering menjadi tumpuan ramai wanita.

6. Rambut belah tengah

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Gaya rambut ini memperlihatkan anda sebagai lelaki yang tidak pernah mengenal erti kalah. Anda bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Sifat anda juga unik jika hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki lain bahkan tidak semua orang mampu menjadi tekun seperti anda.

7. Botak

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Bijak dan suka memikirkan tentang masa hadapan. Orang melihat anda bercita-cita tinggi dan tidak pernah gagal untuk membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup. Insan yang menggemari stail rambut ini juga tidak suka berhadapan dengan benda-benda remeh, tak kisah apa yang orang hendak katakan diri anda malah sangat setia kepada pasangan.

IKLAN

8. Rambut belah tepi

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Bijak, sedikit pemalu dan cepat cemas apabila berhadapan dengan situasi genting. Meskipun begitu, anda senang bergaul dan mudah buat orang di keliling ‘jatuh hati’ dengan personaliti anda.

9. Garisan rambut berbentuk ‘M’

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Potongan rambut yang menyerlahkan garisan rambut bentuk ‘M’ ini adalah pilihan lelaki yang macho. Namun begitu, anda berhati lembut, mudah tersentuh dan sangat cemburu. Karisma anda tinggi dan mahukan kekasih atau wanita pujaan hatinya memberi perhatian penuh namun kadang-kala anda pandai juga melawak!

10. Gaya Man Bun

Rupanya Di Sebalik Gaya Rambut Lelaki Ada Maksud Tersendiri. Patutlah Gaya No. 3 Tu Mengancam!

Anda disifatkan sebagai lelaki yang moden, metroseksual dan pandai mengikut trend. Anda adalah insan yang berkeyakinan tinggi, tidak takut untuk menerima kritikan dan personaliti anda memang menarik! Banyak rahsia yang perlu selongkar jika mahu mengetahui lebih lanjut tentang diri anda.

Jadi daripada 10 senarai gaya rambut yang didedahkan bersama rahsia-rahsia ini, apa gaya rambut anda sekarang ini?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI