Tak pernah sangka gaya rambut pun ada maksud yang tersendiri. Selama ini ramai yang fikir asalkan ada rambut panjang yang boleh sikat, maka sikatlah.
Bagi pandangan mata lelaki, kalau kepala sudah rasa rimas, boleh potong pendek dan kemaskan.
Namun menerusi artikel ini, mungkin anda akan mulai terfikir gaya rambut apa nak set up untuk tahun 2019.
Iyalah, sebab Maskulin nak dedahkan 10 stail paling hot yang ada rahsia tak ramai lelaki sedar :
1. Rambut pacak
Anda dilihat sebagai lelaki yang paling pandai menyimpan memori terindah, romantis dan halus jiwanya. Anda juga dilabel sentiasa dahagakan perhatian dan gemar mencari publisiti.
2. Potongan ‘Fade’
Nipis di bahagian sisi, ia menjadi stail pilihan lelaki yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai bentuk badan sasa. Lebih menarik jika anda menyimpan janggut agar sifat ‘kejantanan’ diri lebih menyerlah! Wanita akan beranggapan anda adalah seseorang yang paling setia dan kalau sekali dah cakap sayang, memang sayanglah ceritanya.
3. Rambut panjang
Ads
Lelaki yang memiliki rambut panjang dilihat sebagai seorang lelaki yang berjiwa klasik, mereka mempunyai kelebihan yang halus, kreatif dan bijak menyusun karakter diri agar bersesuaian dengan sifat orang dikelilingnya.
4. Rambut kerinting
Lelaki berambut kerinting dikatakan antara individu yang menyeronokkan, peramah dan mudah bergaul. Anda dilihat sangat cekap dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan harian. Mendapat markah lebih jika lelaki berambut kerinting gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak kerana wanita secara tak langsung mungkin melabel anda sebagai “sexy looking guy”.
5. Separa panjang, rambut depan ditolak ke tepi
Ads
Lelaki yang menggayakan rambut stail ini dikatakan sebagai lelaki comel yang menjadi pilihan ramai. Anda dilihat sebagai golongan jejaka yang paling romantis namun paling lama mengambil masa untuk bersiap! Namun begitu anda mampu menguruskan diri dengan baik dan sering menjadi tumpuan ramai wanita.
6. Rambut belah tengah
Gaya rambut ini memperlihatkan anda sebagai lelaki yang tidak pernah mengenal erti kalah. Anda bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Sifat anda juga unik jika hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki lain bahkan tidak semua orang mampu menjadi tekun seperti anda.
7. Botak
Bijak dan suka memikirkan tentang masa hadapan. Orang melihat anda bercita-cita tinggi dan tidak pernah gagal untuk membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup. Insan yang menggemari stail rambut ini juga tidak suka berhadapan dengan benda-benda remeh, tak kisah apa yang orang hendak katakan diri anda malah sangat setia kepada pasangan.
Ads
8. Rambut belah tepi
Bijak, sedikit pemalu dan cepat cemas apabila berhadapan dengan situasi genting. Meskipun begitu, anda senang bergaul dan mudah buat orang di keliling ‘jatuh hati’ dengan personaliti anda.
9. Garisan rambut berbentuk ‘M’
Potongan rambut yang menyerlahkan garisan rambut bentuk ‘M’ ini adalah pilihan lelaki yang macho. Namun begitu, anda berhati lembut, mudah tersentuh dan sangat cemburu. Karisma anda tinggi dan mahukan kekasih atau wanita pujaan hatinya memberi perhatian penuh namun kadang-kala anda pandai juga melawak!
10. Gaya Man Bun
Anda disifatkan sebagai lelaki yang moden, metroseksual dan pandai mengikut trend. Anda adalah insan yang berkeyakinan tinggi, tidak takut untuk menerima kritikan dan personaliti anda memang menarik! Banyak rahsia yang perlu selongkar jika mahu mengetahui lebih lanjut tentang diri anda.
Jadi daripada 10 senarai gaya rambut yang didedahkan bersama rahsia-rahsia ini, apa gaya rambut anda sekarang ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan fesyen nama Pharrell Williams mungkin tidak asing. Penyanyi, penerbit, pencipta lagu dan kini mula dikenali sebagai pereka fesyen, Pharrell dilihat sebagai antara salah seorang individu berpengaruh pada masa kini.
Kolaborasi menerusi jenamanya, Humanrace bersama adidas dengan memperkenalkan koleksi pakaian dan kasut menjadi rebutan ramai.
Dan terbaru, Pharrell mengumumkan Humanrace bakal memperkenalna pulak koleksi produk penjagaan kulit, Menurutnya, produk penjagaan kulit diperkenalkan ini selari dengan falsafah mencipta sebuah dunia yang memetingkan kesejahteraan hidup.
Apa yang menarik ia juga bakal dipasarkan sebagai produk penjagaan kulit yang universal – boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita. Selain itu ia juga bersifat vegan, tidak mempunyai sebarang bauan dan mempunyai tahap kebersihan tinggi.
KERJASAMA PAKAR
Terdapat tiga produk pertama diperkenalkan iaitu The Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator dan Humidifying Cream. Ketiga-tiga produk Humanrace ini dibangunkan bersama dengan pakar dermatologist atau pakar kulit yang merupakan doktor peribadi Pharrell, Dr Elena Jones.
Sesuai dengan tema jenama Humanrace yang memetingkan kelestarian alam, setiap pakej produk penjagaan kulit ini boleh dikitar dan digunakan semula. Ia juga dihasilkan daripada 50 peratus bahan kitar semula.
Jelas Pharrell, produk kebanggaannya ini bakal dilancarkan bermula pada 25 November 2020 di laman seswang rasmi Humanrace.
Ikuti YouTube MASKULIN serta subscribe untuk video-video menari tentang gaya hidup lelaki seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengalaman menggunakan serta membeli minyak wangi adalah berbeza-beza mengikut individu. Ini kerana tidak semua minyak wangi sesuai dengan setiap orang.
Anda sebagai pengguna perlu bijak memilih minyak wangi yang bukan sahaja sesuai dengan bau badan tetapi personaliti diri.
Jika tersilap memilih jenis bauan minyak wangi memang ia kurang mengeluarkan bau. Malah dalam kes tertentu ia hanya membuatkan badan anda mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Ada juga sesetengah daripada anda memilih untuk setia dengan satu jenama sahaja walaupun kesannya tidaklah seharum yang disangka. Bukan itu saja malah terdapat beberapa sebab mengapa minyak wangi yang anda gunakan tidak mengeluarkan bau seperti dimahukan.
SIMPAN TERLALU LAMA
Ya, mungkin anda ada lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingt setiap inyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan pun hanyalah 5 tahun. Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurng kuat.
PENYIMPANAN SALAH
Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wanghi. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Bila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.
KULIT KERING
Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering bau minyak wangi yangh dipakai mudah hilang. Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.
TERLALU BANYAK BAU
Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau. Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab minyak wangi mudah hilang baunya.
MASALAH KULIT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik bila bercakap tentang minyak wangi. Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dikenali dengan nama uban di kalangan masyarakat kita, rambut putih ini sebenarnya adalah satu perkara normal. Majoriti akan melaluinya cuma berbeza cepat atau lambat sahaja.
Tapi yang membimbangkan sekarang pada pada usia belum masuk 40 tahun pun dah ramai yang berdepan masalah uban ini. Kalau ketika ini dah nampak kehadiran rambut putih di kepala, kena segera lakukan sesuatu supaya tak nampak tua sebelum waktu dek uban.
Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey. Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban. Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan dari ahli keluarganya sejak dulu lagi.
Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt
“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?
Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.
Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt
Cara membuat
1. Kisar kedua bahan sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
4. Amalkan seminggu 1 kali.
INFO: Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.
Selamat mencuba.
Artikel diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!