Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah. Namun yang menjadi persoalan, adakah pembiayaan rumah kali pertama anda lulus atau tidak.

Jadi untuk memastikan pembiayaan rumah anda tidak ditolak, penting untuk anda ketahui beberapa perkara sebagaimana yang dikongsikan Amir Syahir ini.

Semoga perkongsian beliau ini bermanfaat.

Pembiayaan Rumah Kali Pertama Ditolak? Jangan Bersedih. Jom Baca Ini

“Bang, pembiayaan perumahan saya bank baru tolak, apa yang saya patut buat?”

Nak senang lulus pembiayaan perumahan kena ada ilmu gak tau. Kena belajar ilmu pembiayaan perumahan ni.

Jadi, jika pembiayaan perumahan kau kena tolak, teliti perkara-perkara berikut :

1. Selidik Sebab

Jika pegawai bank kata kena tolak, tanya sebab kenapa kena tolak. Biasanya sebab kewangan tak kuat, komitmen pula banyak. Dokumen tak lengkap pun boleh jadi. Jadi, belajar sediakan dokumen yang lengkap.

IKLAN

2. Baiki Profil Kewangan

Jika kau tak mampu tambah pendapatan, kau kena kurangkan komitmen. Kurangkan komitmen dulu. Hapuskan hutang lapuk. Buatlah side income, pasif income dan pelaburan income. Gaji tu jangan tinggal berapa belas ringgit je dalam akaun bank tiap-tiap bulan dik oii.

Rupanya Ada Trik Yang Anda Kena Tahu Kalau Nak Senang Lulus Pembiayaan Perumahan!

3. Cari Rumah Bawah Kemampuan

Kira DSR baik-baik. Jika kau mampu membayar pembiayaan perumahan RM200K, cuba cari rumah bawah RM150K.

4. Baikilah CCRIS

Check CCRIS tu, kot ada terlepas bayar. Ada nombor 1 tu maksudnya ada yang pernah kau tersangkut bayar. CTOS pun kena periksa. Kot kau pernah jadi penjamin ke, pernah kasi pinjam no kad pengenalan ke pakwe kau orang untuk buat bayar bil telefon ke kan. Lepas tu pakwe kau tak bayar.

IKLAN

5. Cipta Rekod CCRIS

Jika tiada rekod CCRIS, ada banker suruh kau buat kad kredit dengan dia. Jadi, cipta dulu rekod pembayaran balik. Yang dah ada kad kredit, pembiayaan daripada bank, kena kepilkan Letter Offer daripada bank tu. Nanti takut bank salah kira kau punya DSR.

6. Individu Berisiko

Mungkin kau tergolong daripada individu berisiko. Contohnya kau umur 35 tahun tapi takde langsung simpanan, komitmen dengan bank. Ataupun kau baru bekerja dua bulan. Pekerja kontrak pun bank anggap kau individu berisiko. Apa kau boleh buat sediakan dokumentasi selengkapnya. Surat lantikan kerja jika kerja kurang enam bulan.

7. Tambahkan Simpanan

Tambahkan simpanan sebanyak mungkin. Jika ada simpanan yang banyak lagi bagus. Simpan sehingga ada 6 bulan ansuran. Nak sedap lagi setahun. Contohnya, ansuran rumah kau nak beli RM700 sebulan. Jadi, untuk bayar ansuran selama enam bulan, kau kena ada simpanan RM4200.

Semoga boleh dijadikan panduan untuk korang.

IKLAN

Kalau kena tolak, kau baiki dulu loan Profile. Jangan duk bersedih pulak. Selepas enam bulan cuba mohon lagi. Kau dah ada kesedaran tu bagus dah.

Jadi jika pembiayaan perumahan kali pertama kena tolak, jangan bersedih lah ye. Biasa la tu. Cinta kau pun kena tolak banyak kali, inikan pula pembiayaan perumahan. Kah!

P/S: Pernah alami pembiayaan perumahan ditolak? Kongsikan di ruangan komen

TAG | SHARE jika bermanfaat

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaHartanahASY

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI