Rupanya Ada Kebaikan Jika Minum Air Lemon Selepas Selesai Ambil Makanan Yang Banyak Lemak

Share

Tidak dinafikan, air lemon memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan. Selain membekalkan sumber vitamin C, ia juga bermanfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat.

Sekiranya anda mempunyai misi untuk kurus dan membuang lemak degil, inilah minuman terbaik yang bagus untuk anda jadikan amalan.

Kebaikan minum jus lemon bersama madu atau gula perang ini telah dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya.

Oleh itu, pastikan anda mengambil jus lemon sebagai gabungan minuman terbaik untuk mengelakkan perut cepat lapar sekali gus mengurangkan anda makan banyak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kekal sihat dan cergas.

Amalkan Minum Air Lemon

Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.

Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.

Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.

Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.

Sangat Baik Diambil Lepas Makan Banyak Lemak

Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru dimakan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.

Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.

Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.

WALLAHU A’LAM

Published by
RY