Rupanya 2 Warna Ini Penyebab Pepijat ‘Berumah’ Di Katil & Bantal, Berhati-Hati!

Share

Tiada siapa yang suka mendengar perkataan pepijat atau bed bug. Kehadirannya membuatkan katil menjadi tidak selesa dan boleh menggangu tidur. Namun tiada siapa yang menyangka, rupanya ada dua warna yang menjadi penyebab pepijat boleh berumah di katil, bantal ataupun selimut anda. Bukan sebab masalah kebersihan sahaja.

Menurut kajian terbaharu oleh Journal of Medical Entomology, pepijat gemar menyorok pada katil, sarung bantal, selimut dan sebagainya yang berwarna MERAH DAN HITAM. Kajian yang sama turut menjelaskan, pepijat tidak gemar untuk menyelinap di bawah fabrik yang berwarna hijau, kuning dan putih.

Para pengkaji yang membuat kajian telah melakukan eksperimen untuk membuktikan teori mereka. Mereka telah menghasilkan sebuah ruang persembunyian (khemah kecil) dengan menggunakan kertas pelbagai warna. Setiap khemah kecil dalam warna-warna tertentu ini diletakkan pinggan kecil di mana para pengkaji telah meletakkan pepijat di tengah-tengah pinggan dan tunggu selama 10 minit untuk melihat khemah warna apa pepijat ini akan pilih sebagai tempat persembunyian!

 

Hasilnya? Terbukti khemah kecil bewarna merah menjadi tumpuan pepijat berbanding warna lain. Khemah bewarna hitam juga tidak kurang hebatnya. Pengkaji turut menjelaskan terdapat pembolehubah lain yang mempengaruhi seperti jantina, umur dan tahap kelaparan pepijat itu tetapi secara konsistennya kesemua pepijat yang digunapakai dalam kajian mereka memilih untuk bersembunyi di khemah bewarna merah dan hitam.

Penulis jurnal tersebut, Corraine McNeill berkata, “Dulu, kami ingat pepijat akan duduk di tempat yang berwarna merah kerana ia menyamai warna darah yang menjadi sumber makanan mereka. Tetapi kami silap! Mereka suka warna merah kerana ia hampir menyamai warna badan mereka dan mereka mahu berada di samping ‘kawan-kawan’ yang lain.”

Okey, sekarang anda sudah tahu apa warna yang pepijat suka kan? Jadi pastikan anda cepat-cepat tukar hiasan dalam bilik tidur anda jika ia berwarna merah dan hitam!

Sumber: CityLab (Gizmodo)

Published by
Ruziana Zainal