Nama Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di negara kita. Populariti filem-filem Bollywood sejak sekian lama cukup mekar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila beliau mempunyai hartanah di serata pelusuk dunia termasuklah Dubai.
Menurut Bollywood Shaadis, pada 2007, pemaju hartanah Nakheel memberikan hadiah istimewa kepada Shah Rukh Khan berupa sebuah vila mewah.
Isteri SRK, Gauri Khan, dikatakan bertanggungjawab untuk mereka bentuk bahagian dalam rumah yang diberi nama “Jannat”, yang bermaksud syurga.
Rumah pantai Shah Rukh Khan berdiri di atas tanah seluas 14 ribu kaki persegi dengan keluasan bangunan 8.5 ribu kaki persegi.
Sehingga kini keseluruhan bahagian dalam vila ini tidak banyak didedahkan kerana ia sangat peribadi dan selamat, tetapi luarannya boleh dilihat oleh pengunjung.
Dengan harga sekitar 10 Juta Ringgit Malaysia, villa Jannat dilengkapi dengan dua garaj automatik, enam bilik tidur dan kemudahan mewah seperti kolam renang peribadi dan pantai untuk memancing dan sukan air.
Untuk vila di Dubai ini juga, isteri Shah Rukh Khan turut menggabungkan beberapa perabot asli dengan perabot dari pelbagai negara.
Gauri Khan, isteri Shah Rukh Khan, yang bekerja sebagai pereka dalaman dan penerbit, turut mereka bentuk kandungan vila Jannat itu.
Pemandangan bangunan pencakar langit Dubai yang menakjubkan boleh dinikmati terus dari rumah ini.
Rumah di Dubai ini keluarga ini jadikan hanya sebagai rumah percutian dan rumah pantai. Jadi ia lebih santai dan kurang formal. Menurut Gauri, mereka sering berada di kolam renang, pantai atau berjemur.
Seperti yang dinyatakan di atas, Gauri Khan memainkan peranan aktif dalam mereka bentuk rumah mereka di Dubai dan Mumbai.
BACA LAGI : SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan
Sumber : Bollywood Shaadis
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!