Nama Shah Rukh Khan tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya di negara kita. Populariti filem-filem Bollywood sejak sekian lama cukup mekar di Malaysia. Jadi tidak hairanlah apabila beliau mempunyai hartanah di serata pelusuk dunia termasuklah Dubai.
Menurut Bollywood Shaadis, pada 2007, pemaju hartanah Nakheel memberikan hadiah istimewa kepada Shah Rukh Khan berupa sebuah vila mewah.
Isteri SRK, Gauri Khan, dikatakan bertanggungjawab untuk mereka bentuk bahagian dalam rumah yang diberi nama “Jannat”, yang bermaksud syurga.
Vila dengan pantai persendirian yang eksklusif
Rumah pantai Shah Rukh Khan berdiri di atas tanah seluas 14 ribu kaki persegi dengan keluasan bangunan 8.5 ribu kaki persegi.
Sehingga kini keseluruhan bahagian dalam vila ini tidak banyak didedahkan kerana ia sangat peribadi dan selamat, tetapi luarannya boleh dilihat oleh pengunjung.
Ads
Dengan harga sekitar 10 Juta Ringgit Malaysia, villa Jannat dilengkapi dengan dua garaj automatik, enam bilik tidur dan kemudahan mewah seperti kolam renang peribadi dan pantai untuk memancing dan sukan air.
Untuk vila di Dubai ini juga, isteri Shah Rukh Khan turut menggabungkan beberapa perabot asli dengan perabot dari pelbagai negara.
Gauri Khan, isteri Shah Rukh Khan, yang bekerja sebagai pereka dalaman dan penerbit, turut mereka bentuk kandungan vila Jannat itu.
Ads
Pemandangan bangunan pencakar langit Dubai yang menakjubkan boleh dinikmati terus dari rumah ini.
Dijadikan Sebagai Rumah Percutian
Rumah di Dubai ini keluarga ini jadikan hanya sebagai rumah percutian dan rumah pantai. Jadi ia lebih santai dan kurang formal. Menurut Gauri, mereka sering berada di kolam renang, pantai atau berjemur.
Seperti yang dinyatakan di atas, Gauri Khan memainkan peranan aktif dalam mereka bentuk rumah mereka di Dubai dan Mumbai.
Jerawat satu hal, bila jerawat dah surut tinggal pula parutnya yang hitam dan mengerikan. Masalah ni pasti menjatuhkan keyakinan seorang lelaki yang maskulin ketika berdepan dikhalayak ramai. Jom kita lihat perkongsian oleh saudara Hery Rozular di laman Facebook miliknya antara tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan kulit mengunakan bahan semulajadi.
“ Betik ni buah yg terkenal dgn sumber beta-carotene yg penuh dgn enzim yg bagus utk kulit kita. Enzim dlm betik ni boleh melambatkan proses terjadinya kedutan kat muka n lawan jugak radikal bebas yang boleh rosakkan kulit kita.
Enzim dipanggil “papain”, sejenis enzim yg boleh cerahkan kulit n pudarkan jugak parut jerawat tauu. Bukan tu jgk, dgn mengamalkan betik ni secara konsisten boleh buat kulit muka kita lagi lembut !
Gabungan antara madu yg terkenal dengan boleh lembapkan kulit n rawat jerawat, dan lemon yg jgk berfungsi utk pudarkan parut jerawat, kecilkn pori, cerahkan kulit pendek kata mask ni memang sesuai sangaaat kpd sesapa yg nak cerahkan kulit, rawat sunburn, nak lembapkan kulit, and pudarkan parut jerawat uols tuuu.
Segala bahan2 dan cara nak buat mask simple n cukup2 powerrr ni saya dah attachkan di bawah, cukup2 jimat kalau malas nak beli mask yang jenis sheet boleh pakai sekali tu, tapi ni siap boleh share ngan mak, adik, eh semua lah selamat mencuba dan jangan lupa share
Bahan-bahannya:
2 sudu besar madu
Setengah biji lemon
Sedikit betik. Betik masak yaaa.
Caranya : Boleh lihat langkah-langkah gambar di bawah.
Sumber : Facebook Hery Rozular
Sumber : Facebook Hery Rozular
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perut oh perut kenapa engkau buncit? Macamana aku tak buncit makan banyak sangat…….makan banyak sangat!!!
Perut sememangnya sinonim ngan buncit, tapi adakah semua orang suka mempunyai perut yang buncit? Sememangnya tidak la kan tak kira lelaki atau perempuan. Sebab bila perut buncit ni kita punya keyakinan pun berkurang terutama lelaki .
Lemak pada perut dikenali sebagai lemak viseral, lemak ini menghasilkan hormon-hormon tekanan mempengaruhi pengeluaran insulin dalam badan. Kesannya lebih teruk dari obesiti dan meningkatkan risiko serangan jantung. Jom hilangkannya dengan 6 cara ini. Paling penting kena la rajin dan disiplin. Bukan hangat-hangat tahi ayam je tau .
1. Jangan Malas Bergerak
Hilangkan kalori melalui berlari, berbasikal dan berenang. Semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung dapat menghilangkan lemak degil pada perut.
2. Makan Makanan Berprotein
Dalam satu kajian, lelaki obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding lelaki yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak.
3. Amalkan Yoga Untuk Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang sibuk dan tiada masa untuk bersukan. Sekarang tiada lagi alasan kerana anda boleh lakukan yoga di rumah. Lakukan senaman santai dengan tarik nafas secara mendalam. Ia juga membantu mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut.
4. Tidur 8 Jam Sehari
Menurut kajian oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral. Seperti yang anda tahu, 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan.
5. Jangan Tidur Lewat
Menurut kajian terbaru dari Univeristi Brigham Young, wanita yang bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari mempunyai paras lemak dalam badan yang rendah. Masa tidur tidak teratur akan mengakibatkan jam biologi menjadi huru-hara, mengakibatkan badan merembeskan hormon penyimpan lemak seperti kortisol.
6. Teh Hijau Setiap hari
Seseorang yang amalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding mereka yang tidak minum.
Sumber ; Hanasuva
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Itulah perkara pertama yang menerjah di minda MASKULIN selepas melihat sendiri beberapa foto dan juga rakaman video tentang lokasi trek basikal yang cukup cantik sepanjang Sungai Perak.
Beberapa hari lalu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyempurnakan perasmian Kuala Kangsar Bike Trail (Victoria Bridge – Chenderoh).
Memetik laman sesawang Tourism Perak, trek berbasikal ini merangkumi laluan sejauh 25 kilometer. Lebih menarik lagi, laluannya akan merentasi beberapa buah kampung serta kebun di sekitar Karai dan Enggor.
Di sepanjang laluan yang berturap dengan cukup baik tersebut, pengunjung yang berbasikal akan dapat menikmati pemandangan suasanan kampung, merentasi Jambatan Victoria dan juga menelusuri persisiran Sungai Perak yang indah lagi nyaman.
“Terdapat banyak sungai di negara kita yang tidak lagi dikategorikan sebagai kelas pertama namun Sungai Perak masih mengekalkan tahap kebersihan paling tinggi.
“Strategi kami ialah apabila sungai menjadi ‘hidup’. maka ia akan dijaga dengan sebaiknya oleh komuniti setempat dan badan bukan kerajaan. Dengan itu sungai tidak lagi menjadi lokasi pembuangan sampah,” jelas Tuan Ibrahim menerusi temubualnya bersama NST.
Sungai-sungai di Malaysia dikategori dalam lima kelas berbeza iaitu I, II, III, IV and V yang dinilai berdasarkan tahap kualiti air dan kebersihan. Tahap V merupakan paling kotor sekali.
Untuk rekod, Sungai Perak merupakan sungai kedua yang paling panjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
Kemuculan Bike Trail ini dikenal pasti sebagai salah satu cara untuk mengharmonikan Sungai PeraK. Projek menelan kos sebanyak RM2 juta tersebut diyakini akan menjadi lokasi hotspot buat pencinta aktiviti berbasikal dan juga alam sekitar.
Jadi buat anda yang tinggal di Perak memang cukup beruntung kerana dapat mengujunginya sekarang. Mungkin selepas tamatkan PKPB nanti geng berbasikal dari Lembah Klang pula boleh ramai-ramai serbu.
Kredit: Perak Press
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Motor adalah salah satu jentera yang menjadi kegilaan setiap lelaki tidak kira muda ataupun berusia...Namun, siapa sangka pelakon Sharnaaz Ahmad menyimpan niat selama 40...