Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
1. LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
2. PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
Ads
3. GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
4. GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
5. POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
Ads
6. CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
7. AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
Ads
8. JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lagi dua hari nak raya, mungkin ada antara anda yang dah tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Mungkin ada juga antara anda yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Apa pun situasi anda, persiapan untuk raya dah ready ke belum? Barang-barang ini dah masukkan dalam bagasi dah?
Charger Phone
Ini khas untuk lelaki. Jangan harapkan pasangan anda untuk bungkuskan charger anda masuk ke dalam bag. Apabila di kampung, tentu ramai yang nak berswaphoto dan melayari laman sosial. Anda bayangkan, anda terpaksa berkongsi charger ketika di kampung, entah bila giliran anda untuk penuhkan balik bateri phone anda. Jadi jika anda bawa sendiri, tak perlu anda berebut dengan orang lain.
Aksesori Fesyen
Butang baju melayu! Sentiasa ingatkan isteri atau anak perempuan ada yang terlibat dalam mengemas baju. Jika nada bujang, anda harus lebih beringat! Tak kan nak OOTD tanpa butang baju melayu kan? Selain daripada itu, jangan lupa untuk bawa stokin dan kasut yang sudah dikilatkan. Senanglah nanti bila dah sampai kampung, tak ada tergesa-gesa nak kilatkan kasut. Nak pergi solat hari raya pun jangan dilupakan songkok. Saiz berbeza-beza kan? Jadi letak terus dalam kereta atau masukkan dalam bagasi. Tak kan semua isteri dan anak-anak kena ingatkan?
Buah Tangan
Biarpun pulang ke rumah sendiri jangan lokek atau buat-buat tak faham. Sediakan buah tangan, cukup dengan dua atau tiga balang kuih raya. Kuih raya tak buat sendiri pun tidak apa, janji ikhlas. Jika susah sangat nak bawa balik kuih, apa kata anda beli kerepek pisang, boleh buat makan kudap-kudap ketika tonton cerita hindustan sabtu ni!
Duit Raya!
Mesti ramai yang nak elak kalau bercakap bab ini. Duit raya sudah menjadi kemestian dan amalan untuk diberi kepada kanak-kanak mahupun kepada ibubapa. Pastikan anda sudah sedia bajet untuk duit raya dan sudah menukar di bank yang terdekat. Terus sisip masuk duit kedalam sampul yang telah tersedia dan asingkan mengikut kepada siapa yang anda hendak memberi. Barulah well prepared!
Extension Wire
Kami sarankan anda bawak beberapa extension ketika pulang ke kampung, ingat tak tadi kami pesan agar anda tidak lupa bawa charger pulang? Kalau ada charger, tapi tak boleh nak cucuk plug pun tak boleh juga kan? Jadi kami cadang agar anda bawa balik terus extension supaya anda tidak berebut plug.
Sumber: wanista.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Balik raya ni semestinya memenatkan kan? Tambah pula bila jem, lenguh kaku wyeh! Tapi bila dah sampai ke destinasi tu, senyum lebar pemandu sebab dapat berehat. Tentunya setelah bergelar anak yang sudah bekerjaya ni, mestilah ibu dan ayah korang dah pencen dari memandu kan? Jadi andalah yang kena memandu. Ingat lagi tak zaman nak ambil lesen memandu dulu, mak ayah dah pesan kan, nanti bila dah pandai bawak kereta, mereka pula jadi penumpang. Tapi, dah suruh anda memandu, mereka tak habis-habis membebel di sebelah atau belakang. Ini antara yang dilalui oleh anak-anak ketika ibu bapa menjadi penumpang.
JPJ Tak berbayar
Ingatkan zaman ambil lesen memandu saja yang akan berhadapan dengan JPJ, tapi bila dah habis Percubaan dah pro bawak kereta pun, masih kena kecam dengan ibu bapa bila bawa kereta. Macam-macam soalan memandu mereka kemukakan, contohnya jarak antara kereta anda dan kenderaan hadapan, patuhi had lajuan.
Radio tak boleh kuat
Biasalah anak muda, mestilah nak memandu sambil dengar lagu di corong radio kan? Tapi tidak bagi ibu bapa anda, mungkin kerana faktor usia, mereka sudah tidak boleh dengar bunyi yang sangat kuat. Jadi, daripada biarkan anda memekik dengan lagu, mereka akan ajak anda membawang!
Speed Trap sepanjang jalan
Anda pun tahu kan, dengan aplikasi di telefon anda boleh dapat tahu dimana lokasi speed trap, tapi dengan adanya ibu bapa anda di dalam kereta, anda speed je, mulalah membebel. Had kelajuan kadang-kadang lebih lendah dari yang diberi. Nak melawan, orang tua. Kalau dia bawak kereta laju boleh, kita bawak tak boleh. Mesti anda pernah membebel benda ni dalam hati kan?
Waze Bergerak
Mereka ini warga tua, yang lebih percayakan Signboard dan gerak hati daripada teknologi. Pernah tak anda pasang Waze, namun ibu dan ayah anda tidak mengikut laluan yang diberikan? Mereka ikut jalan lain kemudian, sesat?! hmmm inilah yang anak-anak zaman sekarang perlu lalui.
Menjerit tak bagi salam!
Mungki sesetengah anda yang kaki bawa laju akan mendengar background muzik di belakang atau sisi anda. Ibu anda merupakan insan yang gemar menjerit walaupun nampak kucing tepi jalan nak mengawan! ini pasti akan membuatkan anda turut terkejut dan anda akan menekan paddle break. Sabar je lah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ebenezer Place adalah antara jalan yang paling unik di dunia memandangkan ia merupakan laluan yang terpendek dengan panjangnya hanya kira-kira dua meter sahaja.
Lokasi Ebenezer Place terletak di bahagian utara Scotland serta bersebelahan dengan Sungai Wick.
Selain daripada itu, Ebenezer Place juga turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record pada 7 Mac 2014 lalu berikutan memiliki laluan hanya sepanjang 6.9 kaki atau kira-kira 2.06 meter.
Sebelum ini, jalan paling pendek di dunia terletak di Elgin Street dengan panjangnya sekitar 5.2 meter sahaja.
Apa yang menarik mengenai jalan ini adalah hanya terdapat satu alamat yang berdaftar di bawah laluan tersebut iaitu sebuah bistro yang merupakan sebahagian daripada Mackays Hotel yang dibangunkan sejak tahun 1883.
Menurut sejarah, nama Ebenezer di ambil bersempena dengan nama pemilik hotel tersebut dan dijadikan nama rasmi laluan berkenaan sejak tahun 1887.
Difahamkan, orang ramai hanya mengambil masa kira-kira lima saat untuk melalui jalan tersebut. – amusingplanet.com