Gaya Hidup

Jangan Abaikan Perkara Ini Kalau Tak Nak Rumah Jadi Sasaran ‘Orang Tak Diundang’!

Share

Media baru-baru ini banyak melaporkan kejadian kes pecah rumah dan rompakan bersenjata yang disasarkan di kawasan perumahan. Apa yang lebih bahaya adalah perompak hari ini semakin berani untuk memasuki rumah yang mempunyai penghuni di dalamnya.

Jika mereka hanya mengambil barang berharga, itu tidak mengapa, lebih dahsyat mereka semakin berani untuk mencederakan tuan rumah malahan terdapat juga kes bunuh sewaktu rompakan.

Benar, tiada siapa dapat jangkakan bencana begini akan berlaku, namun kita juga mempunyai pilihan untuk selamatkan dahulu kawasan perumahan atau jadi mangsa baru menyesali kesilapanm diri.

Oleh itu, MASKULIN ingin berkongsikan beberapa perkara yang anda boleh buat untuk selamatkan kediaman serta diri sendiri daripada menjadi mangsa rompakan bersenjata di dalam rumah sendiri.

BACA: Jenis Kereta Paling Kerap Dicuri Di Malaysia, Proton Wira Di Tangga Teratas!

1. Rumah selalu kosong di siang hari

Taktik jenayah masa kini sudah berubah, mereka tidak menunggu waktu malam untuk membuat kerja malahan kali ini rumah disasarkan untuk dirompak pada siang hari. Selalunya perompak sudah mengintip lama keadaan rumah sebelum menjalankan kegiatan jenayah mereka.

2. Selalu tinggal rumah tidak berkunci

Jika rumah yang berkunci perompak boleh masuk, apatah lagi yang tidak berkunci. Seorang bekas penjenayah pernah menjelaskan kepada polis bahawa ramai orang tidak mengunci rumah mereka. Disini cuai bukan salah satu sebab kerana ia sudah menjadi rutin, bila masuk rumah terus kunci pintu. Bukan setiap hari anda buat kenduri atau rumah terbuka.

3. Membiarkan surat di peti atau luar rumah

Ini untuk rumah landed, perompak selalu memerhati rumah yang lama dibiarkan dan salah satu petanda adalah terdapat banyak surat serta surat khabar yang terbiar di laman rumah. Anda boleh minta bantuan jiran untuk menyimpan dahulu semua surat sementara menunggu anda pulang dari bercuti atau urusan luar kawasan.

4. Perompak selalunya berada dalam persekitaran anda


Jabatan keadilan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa 66% kes rompakan terjadi dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa. Pengajarannya jangan mudah percaya semua orang.

5. Suka payung harta kepada orang ramai

Habit ini sangat negative malah mengundang bahaya kepada anda sendiri. Percayalah, tiada orang peduli dengan banyak mana harta yang anda miliki kecuali perompak. Tak perlu tunjuk harta atau tunjuk kaya, selalu orang suka menunjuk ini akan rugi. Berhati-hati.

BACA: Jangan Marah Kalau Suami Curi-Curi Peluk Dari Arah Belakang, Sebaliknya Nikmatilah!

6. Tidak pasang sistem keselamatan dalam rumah

Benar, sistem penggera harganya tidak murah, namun ia diakui sebagai salah satu taktik yag terbaik untuk mengurangkan peratus rompakan berlaku ke atas rumah anda. Di saat penggera berbunyi, ia sudah cukup buat perompak lari lintang-pukang.

Published by
arif.karim