Rugi Kalau Tak Buat Senaman Kardio. Selain Untuk Kurus, Banyak Lagi Kelebihannya!

Share

Senaman kardio adalah aktiviti yang memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh masa tertentu dan intensiti tertentu.

Ia juga merupakan senaman yang akan membuatkan jantung berdegup lebih laju dan berpeluh dengan banyak daripada biasa.

Aktiviti ini mampu memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan terutamanya jantung.

Ini kerana senaman kardio akan membuatkan jantung lebih kuat, mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.

Bagi yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, sememangnya senaman ini sesuai untuk anda lakukan kerana ia boleh membuatkan badan cepat kurus.

Apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, secara automatik badan akan menjadi lebih sihat kerana banyak oksigen akan sampai ke seluruh badan sekali gus menggalakkan proses pembakaran lemak.

Jenis-jenis senaman yang boleh anda praktikkan.

1. BERBASIKAL

Naik basikal dan kayuh. Paling sikit anda buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam secara berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan berasa penat dan lesu. Tapi jika anda berjaya melakukannya sekurang-kurangnya 3 bulan pertama, percayalah yang badan anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

2. BERJOGING

Buat kardio ini dalam tempoh masa 30 minit, itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam dan cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan mendapat feel yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh berjoging secara indoor di gym atau outdoor di taman ataupun di pantai.

3. BERLARI

Salah satu senaman yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tidak sama dengan berjoging. Ini kerana berjoging ada manfaatnya tersendiri dan berlari pula, ada kelebihannya tersendiri terutamanya apabila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya anda akan nampak ketara selepas berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.

4. BERENANG

Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang merupakan salah satu cara untuk membakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.

5. NAIK TURUN BANGKU

Ini antara cara paling ringkas untuk anda melakukan senaman tetapi senaman yang paling memenatkan walaupun anda melakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya maintain dalam 5 minit. Buat sebanyak 3 set yang mana 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Selepas itu, cuba timbang berat badan anda. Turun atau tidak?

Selain bagus untuk meningkatkan kesihatan jantung, ini antara kebaikan lain melakukan kardio.

Buat tip senaman ini:

Lakukan dahulu senaman dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Bimbang anda tidak boleh ikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman ini.

Apabila sudah bosan, anda akan rasa lebih malas untuk bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.

Ini bukan cara untuk membina badan, tapi memadai untuk menjadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus.

Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan.

Menjadi perkara yang sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam tempoh 1 bulan tapi bulan seterusnya anda kembali gemuk dan malas bersenam.

Jom follow Instagram MASKULIN

Published by
RY