Tipu la kalau ada yang cakap tak kenal roti putih kan. Roti putih memang senang dibeli di kedai-kedai berdekatan kita. Pasti korang dengan muka penuh yakin capai roti putih capai roti putih, makan dan rasa kita sudah mendapat khasiat kerana roti tadi tidak diletak jem atau dicicah kopi.
Tapi tahu tak kamu , tabiat memakan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan. Jadi mari kita melihat lebih lanjut tentang fakta tentang keburukan amalan roti putih dengan terperinci.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
Roti putih tidak mempunyai nutrisi. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau preotein yang diperlukan tubuh.
Seperti yang dikatakan pada awalnya, ramai yang konfiden makan roti putih untuk elak nasi akan membuatkan mereka jadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Gandum pada roti mengandungi protein ‘jahat’ (glutten) yang sangat tinggi. Protein ini boleh menyebabkan perut terasa sakit (Coeliac) selepas makan.
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh dan seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Bila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. jenis gula ini memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Sumber : www.boldsky.com