Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Meniti usia 57 tahun, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatannya untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.
Menurut laporan Gempak, Rosyam Nor berkata dia mengawal ketat pengambilan makanannya serta mengelakkan diri dari mengambil gula dengan berlebihan.
Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia begini, saya terpaksa jaga pemakanan dengan lebih ketat
Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia
Rosyam Nor turut berkata dia bimbang akan keadaan rakyat Malaysia yang mungkin akan berdepan masalah kencing manis kerana makanan yang dibeli di luar kebanyakkan terlalu manis.
Apa-apa pun kesihatan perlu dijaga selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta asalkan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan
BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.