Kerohanian

Rosyam Nor Kongsi Kisah Hijrah -“Hanya Tahu Baca Al-Fatihah & 3 Qul Je Untuk Arwah Bapa”

Share

Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.

BACA LAGI : Rambut Pendek Lebih Kemas! Lihat Gaya 9 Selebriti Ini Dengan ‘Buzz Cut’!

Walaupun dikenali salah satu ikon dalam industri hiburan tanah air dan berada di puncak jaya, namun beliau tidak malu mengakui agak jahil dalam bab agama suatu ketika dulu.

Rosyam Nor dalam program Rumah No 107 berkongsi kisah pemergian arwah bapanya yang memberikan pengajaran cukup besar untuk dirinya.

Rosyam Nor

Dia mendedahkan sangat menyesal apabila tidak dapat mengaji untuk jenazah arwah bapanya.

“Saya tak salahkan ibu bapa kerana saya pun dibesarkan di Kuala Lumpur dan kami tidak ada sekolah agama pada ketika itu.

“Bila bapa saya meninggal bayangkan saya tidak boleh mengaji untuk jenazah arwah bapa saya sebab saya tak tahu mengaji.

Rosyam Nor

“Saya tengok jenazah bapa saya terbujur kaku tapi saya tak boleh nak mengaji untuk jenazah arwah bapa saya.

“Yang saya tahu nak baca pada ketika itu hanyalah Al-Fatihah dan tiga Qul, itu sahaja dan saya merasakan betapa hinanya saya.

“Nama saya besar, saya diangkat menjadi hero nombor satu Malaysia, hero Malaya tapi bila bapa mati kau tak boleh sedekahkan.

“Dari situ terdetiklah di hati saya… Mak saya selalu pesan apa-apa pun doa. Saya minta pada Allah saya nak mengaji, tolonglah aku Ya Allah

“Akhirnya Allah temukan saya ketika berumur 45 tahun dengan seorang ustaz, bukan di masjid tapi di lokasi KL Gangster,” ceritanya yang menjadi tetamu undangan untuk program berkenaan bersama Zizan Razak.

Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.

Sumber: Astro Gempak

Foto Kredit: Instagram Rosyam Nor

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana