Siapa tidak kenal dengan Ronaldo. Boleh dikatakan dia merupakan antara pemain paling popular dan terbaik pernah lahir dalam sukan ini.

Jadi tidak hairanlah setiap gerak-gerinya dan apa jua yang dilakukan sentiasa menjadi buruan lensa.

Menjadi salah seorang pemain bola sepak terkaya di dunia juga membuatkan dirinya sentiasa tampil dengan seleksi fesyen mewah.

IKLAN

Terbaru peminat-peminat jam mewah tertarik dengan jam tangan yang dipakai oleh Ronaldo pada minggu lalu. Kemunculannya di 14th Dubai International Sport Conference berjaya dirakam lensa media antarabangsa.

IKLAN

Ronaldo dilihat memakai jam tangan Rolex GMT Master Ice. Bagi peminat jam Rolex siri ini sudah tidak asing lagi kerana ia merupakan antara jam termahal dihasilkan oleh jenama popular ini.

IKLAN

You always make me feel so special ‍‍‍

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on Dec 27, 2019 at 10:24am PST

Jam tangan Rolex yang dipakai oleh Ronaldo dikatakan bernilai USD485,350 (RM1,989,935) dihiasi dengan emas putih 18-karat dan berlian 30 karat berlian.

Rolex GMT Master Ice yang dipakai oleh Ronaldo juga bahagian tali atau bracelet dilengkapi dengan berlian potongan eksklusif. Ia juga menggunakan kaliber 3186 yang menyaksikan ketahanan selama 48 jam penggunaan. Lebih menarik ia juga mempunyai ketahanan air sedalam 100 meter.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI