Program TV automotif paling sensasi dan gempak di Malaysia, ‘RODA PANAS’ kini bakal kembali untuk musim yang kedua! Buat penggemar program automotif yang menampilkan pelbagai kenderaan sama ada dua atau empat roda pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan semula ‘RODA PANAS’ di skrin anda.
Roda Panas musim pertama telah melakar kejayaan yang membanggakan dengan jumlah tontonan yang memberangsangkan di saluran Naura.
Sedikit perubahan bagi musim kedua ini, Roda Panas akan bersiaran di saluran utama iaitu Astro RIA!
Jika tahun lalu aktor kacak, Remy Ishak menerajui program ini sebagai hos, pada musim kedua pula ‘RODA PANAS’ menampilkan aktor, usahawan serta ikon perniagaan yang cukup disegani ramai, Fizo Omar.
Ads
Kemunculan Fizo Omar sebagai hos untuk musim kedua dilihat MASKULIN sebagai calon yang sangat tepat. Buat peminat Fizo pastinnya sudah mengetahui bahawa dia merupakan seorang peminat automotif sejak dari dulu lagi.
VARIASI JEMPUTAN & KENDERAAN GEMPAK!
Malah pengetahuannya dalam bidang automotif juga tidak kurang hebatnya melihatkan dia sendiri memiliki seleksi kenderaan yang cukup mantap!
Bagi musim kedua, ‘RODA PANAS’ akan menampilkan pelbagai variasi kenderaan dengan setiap satunya hadir dengan modifikasi tersendiri. Interaksi bersama pemiliknya juga akan ditonjolkan bagi mengorak apakah inspirasi di sebalik kenderaan yang dimiliki mereka.
Ads
Lebih menarik setiap episod berbeza ‘RODA PANAS’ akan menampilkan tema yang berbeza. Di antara tema yang paling menarik ialah drift car, super car, super bike dan banyak lagi!
Selain menampilkan pelbagai variasi kenderaan bersama pemiliknya, segmen bersama pakar atau expert juga akan ditengahkan. Menerusi segmen ini pakar undangan akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang beberapa tip serta trik yang kena dengan tema dibawakan menerusi episod tersebut.
Ads
Jadi jangan lupa untuk saksikan ‘RODA PANAS’ musim yang kedua di saluran Astro Ria setiap Ahad bermula pada 16 Januari 2022 ini setiap jam 6 petang! Anda juga boleh menontonnya menerusi platform penstriman eksklusif, Astro GO!
Terus setia bersama laman sesawang dan media sosial MASKULIN untuk temu bual belakang tabir serta info terkini tentang ‘RODA PANAS’ musim kedua. Follow kami di IG dan Twitter ya!
https://www.youtube.com/watch?v=27A5WaTPLOc&t=8s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tayar kereta yang cepat botak adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh pemandu. Selain membahayakan keselamatan, keadaan ini juga meningkatkan kos penyelenggaraan kereta.
Inilah masalah kita sebagai lelaki mahu elak. Kos yang boleh mengeringkan poket! Jadi untuk atasi masalah ini kita harus kenal pasti apa puncanya.
Berikut adalah beberapa punca utama tayar cepat botak dan langkah untuk mengelakkannya:
1. Tekanan Angin Tayar Tidak Konsisten
Foto hiasan
Tekanan angin yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. Tekanan yang rendah akan menyebabkan bahagian tepi tayar lebih cepat botak, manakala tekanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan bahagian tengah tayar haus terlebih dahulu.
Cara Mengatasi:
Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurangnya sekali seminggu menggunakan alat pengukur tekanan.
Ikut spesifikasi tekanan yang disyorkan oleh pengeluar kereta.
2. Pelarasan Balancing dan Alignment Tidak Tepat
Foto hiasan
Balancing yang tidak tepat boleh menyebabkan getaran pada roda, manakala alignment yang tidak betul menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. Kedua-duanya menyumbang kepada kehausan tayar yang lebih cepat.
Cara Mengatasi:
Lakukan balancing dan alignment sekurang-kurangnya setiap 10,000 km.
Periksa alignment jika stereng terasa berat ke satu arah.
3. Gaya Pemanduan yang Kasar
Foto hiasan
Pemanduan agresif seperti membrek secara mengejut, memecut dengan laju, atau mengambil selekoh tajam boleh mempercepatkan kehausan tayar. Tindakan ini meningkatkan tekanan pada permukaan tayar.
Cara Mengatasi:
Amalkan pemanduan yang lebih berhemah.
Elakkan membrek secara mengejut kecuali dalam kecemasan.
4. Muatan Berlebihan
Foto hiasan
Kereta yang membawa beban melebihi had maksimum akan menyebabkan tayar bekerja lebih keras. Ini akan meningkatkan suhu tayar dan mempercepatkan kehausan.
Cara Mengatasi:
Pastikan muatan kereta tidak melebihi spesifikasi yang disyorkan.
Gunakan tayar yang sesuai dengan jenis kenderaan dan berat muatan.
Kerap memandu di atas jalan yang berlubang atau tidak rata juga boleh menyebabkan tayar cepat rosak. Permukaan jalan yang kasar meningkatkan geseran pada tayar.
Cara Mengatasi:
Elakkan jalan berlubang jika boleh.
Perlahankan kenderaan apabila melalui kawasan jalan tidak rata.
Menjaga tayar kereta adalah tanggungjawab penting bagi setiap pemilik kenderaan. Dengan memahami punca-punca utama tayar cepat botak dan mengambil langkah pencegahan, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi juga meningkatkan keselamatan semasa memandu.
Luangkan masa untuk memeriksa keadaan tayar anda secara berkala kerana tayar yang baik adalah asas kepada pengalaman pemanduan yang selamat dan selesa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru baru ini Perodua telah melancarkan Perodua Bezza 2020 yang diberi nafas baru dengan versi facelift yang lebih sporty.
Kereta sedan paling popular ini juga di datangkan dengan sistem keselamatan (yang turut dinaik taraf) ASA 2.0 yang merangkumi sisitem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB),Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misopertaion Control (PMC).
Bezza 2020m nampak lebih sporty dangan penyertaan lampu LED yang lebih garang. Malah turut didatangkan dan dilengkapi dengan sistem Anti-Lock Brakin System (ABS) dan Electronic Brakeforce Distribution (EBD).
Manakala enjin bagi model facelift ini masih dikekalkan dengan 1KR-VE 1.0 liter VVT-i dengan 67 kuasa kuda dan 91 NM serta enjin 1NR-VE 1.3L dual VVT-i berkuasa 94 hp/121Nm.
Sebanyak enam warna ditawarkan buat BEZZA 2020 untu pilihan pembeli iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey dan Garnet Red.
Dari segi harga pula ia agak meningkat dari sebelum tetapi dengan beberapa ciri terbaru. Ia menawarkan empat varian buat para pengguna dengan varian 1.0 G manual yang hadir dengan harga RM 34,580. Varian 1.0g Automatik dengan harga RM36,580, 1.3X dengan harga RM 43,980 dan model premium varian keempat 1.3 AV dengan harga RM49,980.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di Malaysia, musim hujan sering kali membawa bersama masalah jalan yang dinaiki air. Sebagai pemandu, penting untuk mempunyai teknik pemanduan yang betul jika anda terpaksa ‘redah’ jalan yang dinaiki air.
Langkah-langkah yang betul bukan sahaja boleh mengurangkan risiko kerosakan kenderaan tetapi juga melindungi keselamatan diri dan penumpang. Jika anda berada dalam keadaan ini, berikut adalah cara pemanduan yang perlu kita praktikkan.
Teknik pemanduan ‘redah jalan dinaiki air
1.Paling penting sebolehnya elak daripada redah banjir! Jangan fikir kereta di hadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Lebih selamat berpatah balik.
2. Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi jalan dinaiki air, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 (dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap.
3. Jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda kerana air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.
4. Jangan panik dan jangan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)
Kalau terjadi aquaplaning ini, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar grip semula di atas permukaan jalan.
5. Setelah berjaya mengharungi jalan yang banjir, uji break dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek berfungsi. Kemudian pegang stering dengan kuat dan tekan brek sedikit demi sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek.
6. Kalau kereta telah di kelilingi air anda gagal melepasi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.
Bahayanya jalan dinaiki air ini adalah kita tidak tahu berapa kedalaman air. Kereta berisiko dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi.
INFO
Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!
Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.
Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui kereta sekiranya -Paras banjir sedalam 0.35m (14″) di permukaan jalan. –Sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2’6″) di permukaan jalan ia tidak boleh dilalui semua kenderaan.