RODA PANAS EP.7 – Deruan Kencang Di Litar Perlumbaan, Ikuti Selok-Belok Dunia MOTOGP/MOTO 2 Bersama Rider Legenda!

Share

Tanyalah mana-mana peminat sukan permotoran dua roda di Malaysia apakah kejohanan perlumbaan yang paling popular dan sering mereka nantikan. MASKULIN boleh berani katakan pastinya perlumbaan MotoGP!

Lebih istimewa Litar Antarabangsa Bangsa Sepang (SIC) saban tahun menjadi salah sebuah persinggahan perlumbaan Grand Prix motosikal paling berprestij di dunia. Bagi kalendar perlumbaan tahun ini, SIC bakal menjadi tuan rumah perlumbaan ke-20 iaitu pada 23 Oktober 2022.

Selepas sekian lama nama Malaysia kini tidak dapat dipisahkan dengan MotoGP. Selain mempunyai salah sebuah litar terbaik di Asia negara kita juga telah melahirkan beberapa bakat besar dalam dunia perlumbaan motosikal ini.

Nama-nama seperti Hafiz Syahrin yang sebelum ini bertarung di MotoGP membuatkan nama negara begitu dikenali sebagai antara yang terbaik mengeluarkan penunggang berbisa di Asia khususnya.

Untuk episod ketujuh RODA PANAS 2 pada minggu ini, kami membawakan seorang lagi bekas penunggang motosikal yang tidak kurang hebatnya. Beliau ialah Zulfahmi Khairuddin yang memiliki pengalaman cukup luar biasa dalam perlumbaan kategori Moto3 dan juga Moto2.

Kini selepas bersara pada tahun 2018, beliau telah dikenali sebagai pengurus pasukan perlumbaan paling muda dalam sejarah sukan permotoran negara. Bersama hos Fizo Omar, dia akan berkongsi beberapa aspek teknikal dan juga pengalamannya sebagai penunggang profesional. Zulfahmi tampil bersama jentera yang cukup hebat di litar, Yamaha R6.

Selain itu, RODA PANAS 2 minggu ini turut menampilkan dia orang jemputan yang turut mempunyai latar belakang perlumbaan motosikal. Mereka adalah Syarifuddin Azman dan Leez yang hadir bersama motosikal mantap, BMW S 100 RR.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian dan pengalaman mereka dalam dunia perlumbaan motosikal jangan untuk saksikan RODA PANAS 2 episod 7 pada 27 Februari 2022, jam 6 petang di Astro RIA atau boleh strim menerusi platfrom Astro GO!

Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim