RODA PANAS 2 EP.9 – Kehebatan Kereta Mantap Dimodifikasi Toyota Supra dan Mitsubishi Lancer Evolution

Share

Nampaknya RODA PANAS 2 sudah sampai ke episod ke-9. Pelbagai tema serta jenis kenderaan yang telah ditampilkan dan mendapat jumlah tontonan cukup memberangsangkan.

Ini membuktikan ramai penggemar automotif di Malaysia cukup dahagakan kandungan eksklusif seperti dipaparkan menerusi RODA PANAS 2.

Aoabila kita membicarakan tentang tentang hobi permotoran automotif, secara tidak langsung kita tidak akan dapat lari daripada membincangkan topik modifikasi. Bukan sahaja di Malaysia malah penggemar automotif di seluruh dunia memang cukup fanatik dengan aspek mofifikasi.

Menerusi modifikasi inilah mereka bukan sahaja dapat meningkatkan kemampuan prestasi kereta tetapi menyerlahkan personaliti masing-masing. Di negara kita sendiri pelbagai jenis kereta tampil dengan modifikasi hebat unik serta sentuhan tersendiri.

Inilah tema yang akan dibawa pada episod ke-9 RODA PANAS 2 pada minggu ini! Bersama hos Fizo Omar, ‘RODA PANAS 2’ menampilkan dua buah kereta yang telah melalui modifikasi mantap iaitu Toyota Supra dan Mitsubishi Lancer Evolution.

Dalam episod kali ini pakar dan jemputan pada minggu ini, Nim Azath akan berkongsi tip serta info menarik tentang modifikasi kereta. Selain berkongsi tentang jenis-jenis modifikasi yang telah dilakukan pelbagai tip serta panduan menarik akan turut dipersembahankan menerusi episod ini.

Buat anda yang ingin tahu apakah jenis modifikasi tersebut jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS 2’ pada 13 Mac 2022 jam 6 petang di saluran Astro RIA dan platform Astro GO!

Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim